20120601

Hari Guru SMKTSW ♥

Okay okay. Aku tetiba semangat nak update blog. Yeay yeay yeay. Manjang update pasal kahwin. Kali ni pasal Hari Guru sekolah pulak 



Hari Jumaat 25 Mei 2012. Wah, detail uolss. Hari Jumaat tu hari last sebelum cuti seklah 2 minggu bermula kan? Haih, siapa tak ingat, hari last terseksa kat sekolah. Aku manjang boring, mengantuk, malas dekat sekolah tu. Haih, tak bagus betul! Eh, terlari daripada tajuk pulak. Hari Jumaat tu ada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Macam biasa lah, bila ada majlis ke sambutan ke hapa boleh dikatakan satu sekolah tu semua orang bawak gadget. Bawak phone, kamera, laptop, iPad, tab etc. Biasalah, zaman dah berubah :b Aku pon bawaklah kamera untuk ambil gambar. Tak banyak pon. Sedih T_T


Hari Khamis tu, Jah tanya "Kita nak bagi apa kat cikgu-cikgu?" Ha, lepas tu lah ada cadangan nak bawak kek. Azreen volunteer nak buat blueberry cheese cake. So, semua orang cuma bayar duit modal je lah kat dia. Rasanya lah. Hahaha, tak tahu. Sebab buakak sekolah ni baru buat perhitungan. Buat kek ni untuk 9 orang cikgu. Yelah, 9 subjek. Hoho. Sorang cikgu dapat 4. Oh, kek tu Az buat dalam bekas cupcakes. Sebab tu lah dapat sorang 4. 




:: Salah satu kotak berisi kek. Khas buat Pn. Normah Mispar :D ::

Pagi tu aku pergi rumah Azreen nak ambil kek. Tetiba hujan lah pulak. Renyai je lah tapinya. Terpaksa redah je lah nak pergi sekolah kan. Sampai sekolah laju-laju naik kelas sebab nak pindahkan kek daripada dalam tupperware masuk dalam kotak. Lepas tu, turun bawah dewan dah penuh gila dengan orang. Terpaksa duduk kat Laman Bacaan. Masa ada persembahan terpaksa lah jalan pergi dewan nak tengok. Kesiannyaaaaaa :c


"Rajin pulak kau nak datang sekolah kan." Ada lah orang tu cakap dekat aku. Ye, memang aku rajin. Sebelum ni memang yang rajin nak datang sekolah kalau Hari Guru ke Hari Sukan ke wtv. Hari Guru aku pernah datang sekali je. Tu pon masa form 2. Beberapa tahun yang lepas. Itu pon rasa macam ada keajaiban tetiba aku rajin pulak nak datang :b Tahun ni aku semangat nak datang sebab tahun ni tahun terakhir kat sekolah. Lepas ni mana ada Hari Guru dah. Melainkan aku masuk Form6 -,-

Lagi satu, aku datang sebab aku ada dengar ura-ura yang mengatakan bahawa Sir Ramis akan menari! Woo wooo. Biar betul! Sir Ramis menari? Hahaha, okay okay aku datang. Lepas tu tengok-tengok memang betul dia menari okay. Terkezut Maimon. Terkinja-kinja atas pentas. Dah tu, pengetua pon join sekali. Amboi, sporting betul Datin Rock! Eh, aku suka pengetua yang baru ni. Bila dia ada rasa macam semangat je. Ececeh 

:: Sir Ramis :o hahahahaha ::



:: Haaa ni pengetua menari. Goyang sakan. Lol ::

:: Pengetua + Pn.Fatimah naik atas pentas menari sakan. Ni masa Cikgu Takrim dengan band dia menyanyi. Layann ::



:: Motif? ::

Oh, sebelum tu. Jap, aku malas nak susun gambar. Masa rehat aku dengan Nab laju-laju cari Cikgu Normah degan Datin sebab nak ambil gambar. Kau tengok, semangat betul. Sanggup berbasah ketiak jalan laju-laju semata-mata nak ambil gambar sorang 2 keping dengan Cikgu Normah plus Datin. Hahahaha. Buat lawak :b




:: Cikgu Normah Mispar. Ajar Chemistry. Mentor gue jugak. Hahahihihoho ::



:: Datin dah kenapa, mulut terbukak tu :b ::




Dikir barat cikgu best! Walaupun cuma cikgu Elis je yang menyanyi dan cikgu yang lain sibuk buat yang gerak-gerakkan tangan tu je. Tapi tetap best. Aku ada upload satu video ni lawak kot Pn.Fatimah, mak Abdin. Hahaha, Nanyn dah manjang gelakkan dia. Masa awal-awal dikir barat tu lagi lah. Serabut je semua orang. Pn.Sabiah macam blur. Yang tu pon Nanyn gelakkan dia non-stop. Nanyn jahat! XD











:: Video XD ::

Yang Sir Ramis menari tu aku ada record jugak tapi sekejap je. Yang dikir barat ni gambar ada, video pon ada. Tak larat lah haih nak upload semua video. Tak payah nak gigih sangat. Lol. Dah habis persembahan dikir barat tu, aku terus pergi duduk dekat Laman Bacaan balik. Lepas tu Nabilah dengan Nanyn pulak datang. Keluarkan kamera, ambil gambar. Hehe 















:: Ni dah kenapa. Muka tu tonyoh dalam lubang jamban lagi bagus! ::









Kebai <3