20120604

Rewang II

Okay mari sambung semula entry pasal kahwin yang dah tertangguh sejak sekian lama tu. Dah sebulan lebih nyah. Tapi tetap belum habis publish semuanya. Ni haa, baru nak menaip segala bagi. Heyy, aku memang rajin sebenarnya sejak azali -,- Aku ni memang pemalas. Pemalas sangat. Mandi kau jangan cakap. Kalau aku mandi awal tu ada lah sebabnya tu. Nak keluar. Keh keh. Keji nokss

Ni hari Jumaat. Kan pagi tu dah nikah. Semua orang dah sarapan isi perut penuh-penuh dengan makanan. Senang nanti nak buat kerja lepas tu. Hahahaha. Eh, petang tu baru orang ramai datang nak tolong buat kerja semua. Lepas Solat Jumaat dalam pukul 3 tukang masak datang. Lembu pon sampai dari Pahang. Lembu tu Cik Laili yang uruskan sebab dia kerja kat kandang lembu tu. Lembu antara 2 ekor ataupon seekor setengah. Aku tak tahu information yang mana yang betul ni. Ai konpius.

Petang tu jugak aku keluar dengan Kak Deq pergi beli barang apa tah. LUPA. Aku manjang lupa. Balik tu diorang makcik-makcik semua tengah rewang kopek bawang, kopek kentang, potong daging etc. Selalunya kerja potong daging ni lelaki yang buat tapi dah sebab Bersih nokharom tu, perempuan yang kena potong. Biasalah, makcik-makcik ni bukan ada pengalaman nak potong daging banyak-banyak. Diorang potong tak ikut urat.

Balik tu jugak eh, nampak Cik Ani. Dia duduk Johor tapi  gigih datang uols. Lepas salam, dia tanya nak buat apa ni. Bunga telur dah buat? Haa, belum. Aku ajak lah dia masuk rumah siapkan bunga telur untuk letak dekat pelamin. Bunga telur buat campur. Campur warna maksudnya. Purple + putih. Beli dekat mana? Haih, mana lagi kalau bukan dekat Nilai 3. Memang kalau nak kahwin, wajib pergi sana eh -,-



Work in progress. Heheh. Cik Ani, Angah dengan Kak Deq masukkan telur dalm bunjut bunga telur tu plus ikat sekali. Along stapler tq tag dekat bunga telur-bunga telur tu. Aku cuma duduk dekat tepi tengok diorang buat kerja gaya macam bos besar. See, nampak sangat pemalasnya. Kau tahu nak mengarah orang je kan. Sepuk kang. Hahahaha.

:: Cik Ani, mak nana ::

:: Along tengah khusyuk tu ha buat kerja. Gigih benor ::

:: Bunga telur yang berwarna ungu. Takkan tak tahu ni warna apa kot. Buta warna mungkin.. ::

:: Bunga telur berwarna putih yang melambangkan kesucian. Ecewahh ::

:: Tq tag yang dah distapler oleh Along kat bunga telurrr. Kuku aku berkilat! XD ::

:: Bunga telur yang dah berisi dengan telur tapi belum digantung. Amboi, baik punya caption ::

Bunga pahar? Haa, bunga pahar tapi yang gantung punya. Mula-mula nak guna yang biasa tapi Mak Mah bagi pinjam bunga pahar yang gantung guna je lah. Dah lah orang bagi pinjam, kau pergi jahanam kan pulak kan. Hahahahaha. 2-2 bunga pahar ni ada satu batang dia patah. Yang satu tu tah macam  mana tiba-tiba patah masa dalam simpanan. Yang lagi satu masa letak bunga telur ni, Kak Deq terlebih bengkokkan lepas tu patah. Nasib baik Mak Mah tak marah ;D






:: Bunga telur putih sama yang berwarna purple. Indon betul ::

:: Bunga manggar. Kau tengok, penuh atas almari tu tah apa kebenda tah diletak kat atas tu. Bersepah. Batang bunga manggar tu berlilit dengan reben sebab batangnya dah buruk. Ni lagi satu rajin ::

:: Loyang, peyek, bahulu untuk marhaban. Rumah memang bersepah macam baru kena bom. Tak kesah lah haih dah orang ramai tak tahu macam mana nak kemas :/ ::

Eh, dah habis? Tak perasan. Tetiba je dah habis. Habis? Okay. Gila. Hahaha, dah dah tak payah nak macam-macam lah. Haishh