20141118

Control

I think
I need to learn
How to control myself
Huh?

20141030

CCM : Cameron Highlands 2013

Lama sungguh iols tidak berblogging. Duit kat nuffnang pon macam gitu je aku nengoknya. Ada lah naik sesikit dalam 2-3 kupang. Lol.

Kemain lama tu sampai lupa pasal cuti-cuti Malaysia kekononnya tu walaupun tidur sana satu malam je. Kemain. Ni kira short trip, short vacay, getaway. Ha lebih kurang je kan semua terms tu kan? Semua perkataan aku balun. Biar senang sikit nak faham kot ada yang terbengong-bengong nak memahami apakah itu short trip, apa tu short vacay. Hahaha kau dah kenapa Abo. Eh tapikan ada orang yang eja gateway lah getway lah gateaway lah. Pagar tu nak pergi mana woi eja gateaway. Aku pon dah confuse nak eja macam mana. Setelah digoogle ni ejaan sebenar eh

GETAWAY
  1. a place where one escapes for relaxation, vacation, etc., or a period of time for such recreation: a little seaside getaway; a two-week getawayin the Bahamas. used as a means of escape or fleeing: a stolengetaway car. used for occasional relaxation, retreat, or reclusion: a weekend getaway house.
  2. dictionary.reference.com/browse/getaway
So, ada faham ke tidak? Annoying jugak kan aku nih siap kemain rajin nak google untuk tunjukkan kebenaran. Hebat sangat lah BI kau tu? Haktuih :p

Hahaha woi ni dah bulan 10. Pergi Cameron bulan 10 ke 11 tah tahun 2013. Ni bulan OKTOBER, tahun 2014. Nak dekat setahun. Ke dah setahun. Walaupun dah lama, aku tetap jugak nak blogkan. Eh, Aniq pon dah nak setahun -_-'


Memandangkan sudah lama berlalu, iols tersangat lah lupa macam mana boleh semua setuju je, on je, tetiba semua depolarized sampai reach threshold level dan setuju. Kau dah kenapa tetiba nak bebajet biology bagai ni. Lol

Yang aku ingat, bertolak dari rumah pagi. Guna highway Plus keluar tol Simpang Pulai. Tak ikut Tapah. Sampai sana dalam tengah hari. Makan tengah hari? Makan kat apartment je chuols. Bawak bekal dari rumah. Mummy masak nasi dengan rendang ayam. Tu pon bisa menyenakkan perut sekalian umat rombongan. Kekenyangan dan mahu ketiduran.

Sampai sana tengah hari, tak check-in lagi. Pergi Big Red Strawberry Farm. Sebelum pergi dah google tempat menarik kat Cameron Highlands. Kebanyakan orang memang pergi sini. So, lai lai lai. Moh kita pon pergi sini jugak. Kang mummy bersembang kat depan dengan Cik Arah Cik Mah senang nak cerita kan. Lagi pulak memang tempat orang selalu pergi. Kalau mummy tak pergi, macam mana nak bersembang? Kah kah kah kongajo sangat *dush*




Memula kekononnya nak makan macam-macam. Maklumlah, nafsu. Lepas tu katanyaaaaa nanti nak makan dekat ladang teh je. Iols okay je. So, kat sini makan sikit je. Takde lah makan sangat. Beli aiskrim ke apa benda tah. 2-3 jenis. Paling untung, aku tak beli apa-apa. Aku ngap orang punya je. Sangat untung. Dan menjimatkan. Hahahaha





Abah tunggu kat kereta je sambil makan ubi rebus panas panasss




Dah lepas tu, baru lah pergi check-in homestay/apartment. Kat Tanah Rata. Apa ke namanya tah, aku pon tak tahu. Yang aku tahu, 3 bilik. Besar. Untuk 10 orang muat. Homestay macam biasa lah, ada dapur. Macam rumah. Tapi nasib baik mummy tak begitu rajin nak masak. Hahahaha nasib baik? Ha ye lah aku kan suka makan luar, so tu macam peluang. Lol. Mummy masak lagi sedap tahu? & lagi jimat Ya Allah tak habis-habis lagi ke pasal penjimatan berganda kau tu Abo zzz

Petang lepas asar, hujan. Hujan hujan hujan dan hujan. Agak-agak dah reda sikit, terus keluar nak pergi pasar malam. Kang pergi pasar malam lambat-lambat, ramai sangat.






Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa takde lah menarik sangat. Biasa-biasa saja. Ke aku yang tak pandai nak menikmati keseronokan ittewww. Haha. Tapi kalau nak beli borong macam sayur, buah termasuk strawberi boleh lah. Tapi kena jalan hujung ke hujung. Kang takut dah beli, kat depan sana lagi murah rupa-rupanya. Tak ke dah rugi. Manjang fikir rugi aku ni -__-'

Esok pepagi dah check out. Pergi sarapan jap. Lepas dah kenyang melantak nasi lemak dengan ayam goreng :D terus pergi Bharat Tea kat tanah rata. Mak sesampai kat sana terus masuk kedai dia nak beli teh. Gelojoh benor. Orang dah cakap nanti nak pergi Kea Farm. Situ mesti lagi murah. Dia nak beli jugak, biar lewww.






Balik sempat singgah dekat tempat ada tulis Tanah Rata ni. Berhenti. Nak amik gambar kenkononnya. Mengada gila aku tetiba malas. Tak nak amik gambar. Dah orang nak ajak balik baru nak pulak :p Mengada sangat malas orang nak layan heh. Oh lepas tu time tu ada kereta yang lalu-lalang kat situ tetiba nak hon kitorang sambil pandang-pandang. Apasal? Jealous? lol




Kea Farm. Pergi. Aku takde duit. So, tak menarik mana pon bila pergi tempat  yang memerlukan duit dan kau takde duit. Hahahaha. Mummy beli strawberry lepas tu rugi. Along beli lagi murah. Dah lah pek besar. Ha tengok, fikir rugi lagi. Nampak sangat nak murah je aku ni kan -___-' Hmm keturunan :p





Oh, otw nak balik singgah Bharat Tea yang lagi satu kat mana tah ni. Yang ni berhenti sebab nak pergi sendiri kat ladang. Yang kat Tanah Rata jauh nak berjalan. Kena turun bawah pulak tu. & time tu lepas hujan. Kosser sangat nak pergi. Yang ni depan parking je ladang dia. So pergi lah ke situ.


& lepas tu balik! Cameron best lah jugak. Tapi takde lah memanggil-manggil sangat nak suruh aku pergi sana lagi lepas ni. Biasa-biasa je. Mungkin kalau aku dah ada duit berkepuk-kepuk dalam poket baru syok kot. Hmmm berapa tahun lagi lah tuuuuu :p

So itu lah dia cerita tahun lepas yang boleh tahan juga lah dia punya dah berkulat tu. Muehehe. Kbai!

20140610

Nenek.

Tak tahu kenapa. Tetiba teringat. Tetiba emosi sangat. Haihhh

Semalam. Malam. Sebelum nak tidur. Tetiba terfikir. Eh, betul ke ha nenek dah takde? Dah meninggal eh? Tak tahu kenapa. Lepas tu baru teringat surat daftar kematian. Oh, betul lah. Ye, betul. Dah takde nenek dah.


Mungkin sebab aku tak bau kapur barus.

Mungkin sebab aku tak tengok buat kali terakhir.

Mungkin sebab aku tak cium nenek buat kali terakhir.



Sebab tu aku macam tak percaya. Tak percaya nenek dah tak ada. Nenek yang best. Nenek yang baik walaupun kadang-kadang suka romeng. Heheh. Nenek yang sayang semua cucu! *nangis*

Lepas nenek dah takde, mana ada dah orang yang call mak hari-hari sesaje tanya buat apa. Call mak sebab nak report bagitahu nak pergi mana, siapa datang rumah, hari ni chu’mang datang ke tak. Mana adaaaaa.

Nenek dah takde, sesiapa yang balik rumah nenek mana ada kena hati-hati dah nak masak. Takut terletak bawang putih banyak nanti terasa. Nanti nenek cakap tak sedap. Nanti nenek tak nak makan. Mana adaaaaaa.


Nenek dah takde, stok air sirap sejuk dalam peti ais dah tak sama macam nenek ada dulu. Rasa dah lain. Manis lain. Warna merah lain. Walaupun aku tak suka manis sangat tapi mana adaaaaa dah lepas ni.

Setiap kali balik kampong mesti aku malas nak mandi. Nanti nenek mesti cakap alah bukannya buat apa pun. Takde pergi main kat mana-mana pun. Tak payah mandi. Sama lah dengan aku ni. Lepas ni kalau balik kampong, aku malas mandi mana adaaaaaa sesiapa dah nak menangkan aku. Takde dah nak geng dengan aku.

Seminggu sebelum nenek meninggal, abah ada balik kampung. Abah dah balik baru aku terfikir & rasa menyesal asal tak ikut. Tak tahu yang kalau aku balik mesti last tidur rumah nenek masa nenek hidup. Masa nenek ada lagi. 

Tapi takpe, last jumpa nenek masa aqiqah Aniq. Time tu aku tidur depan sekali dengan nenek. Tidur sebelah nenek. Baring kat tengah antara atam dengan nenek. Last jumpa dengan nenek masa sihat. Last tidur dengan nenek. Aku bangun pukul 4, nenek pon bangun :’c .


Teringat salah satu kalau balik kampong tetiba takde sesuatu benda. Nenek suruh aku pergi kedai senang je. ‘Tihah pergi kedai belikan kunyit(contoh) naik motor nenek tu. Boleh kan?’ Nanti aku pon laju je pergi. Heheh. Nanti bagi duit mesti bagi lebih siap cakap belilah apa yang nak. Macam kan aku budak lagi *nangis*

Last aku naik motor dengan nenek masa pergi rumah Pak Long Sg.Tungku nak amik cili api sekali tengok dia lepas kena strok. Aku bawak motor, nenek bonceng lah. Aku bwak rileks je lepas tu nenek tak habis-habis cakap tak payah bawak laju-laju takde nak ke mana-mana jugak. Hahaha walaupun time tu pon aku bwak 40km/j .


Banyakkkk lagi benda yang ada dah tak ada. Dah jadi tak best. Banyak cerita. Tapi biarlah..

Teringat yang ni. Raya 2012. Tahun ni macam mana lah raya...


Masa nenek kat ICU, aku datang time tu nak bernafas pon susah. Time nak balik, aku cakap ‘Nek, Tihah balik dulu. Nanti datang lagi‘ Ah, tu je aku boleh cakap. Tak nak cakap banyak-banyak. Sedih. Lepas tu dalam susah nak bernafas tu pon, nenek yang tengah tunduk macam berusaha ada pandang aku. Sobs.

Aku sedih. Masa mak call dari kampung cakap nenek dah nazak. Aku still berharap nenek boleh bertahan. Aku exam 3 hari je. Aku berharap aku dapat tengok nenek untuk kali terakhir. Tapi dah kalau ajal dia dah sampai. Aku siapa nak suruh dia hidup lagi bila ajal dia dah tertulis masa tu.

Aku tweet & delete lepas tu.

Nenek baik. Aku tahu ramai yang suka dengan dia. Ramai yang senang dengan dia. Aku tak boleh balik time hari meninggal, ada exam. So, aku tak tahu ramai macam mana orang hari tu. Apa-apa pun semoga roh nenek tenang di alam barzakh. Al-fatihah.  


Last gambar dengan satu family dengan nenek. Time kenduri aqiqah Aniq takde gambar ramai-ramai dengan nenek. Last flying kiss daripada nenek. Bye...

20140411

DIY Hantaran paling jimat.

Hantarans yang sangat cantiknessss daripada along nak bagi Rahman dibuat oleh aku, adik paling osemmmm dalam dunia. Sila muntah sekarang! Hahahahaha :B

Kah kah kah. Hantaran paling mudah pernah aku buat dalam 3-3 hantaran yang pernah aku buat.  Ceh, aku ke? Patutlah tak cantik. Har har har. Padahal hasil kerjasama segala wonderpets eh wonder girls (gelinyewww) dalam rumah ni kottt.

Yang paling penting sekarang ni kos gubahan hantaran mesti murah semaksimum yang mungkin. Kalau boleh RM0 lagi bagus!! Muahaha kedekut benor. 

Bantal hantaran guna balik Syawal punya hari tu yang warna kuning cair. Oh, hantaran daripada along 9. Syawal punya bantal hantaran tu ada 7 sajo. So, nak cukupkan 9, tambah lagi satu. Untuk sirih junjung tak payah letak kat bantal hantaran. Ha, kan dah jimat tambah satu je bantal hantaran tu. Hehehe


Aku rasa bantal hantaran ni paling banyakkkkk kali guna. Daripada time angah bertunang. Syawal bagi kat angah. Time angah nikah. Daripada Syawal jugak. & yang ni along pulak guna bagi Raman. Jimat sangat. Tak sia-sia Syawal beli. Orang lain guna jeeeee. Hahahaha. Eh, along je guna sekali ni je ha. 2 kali tu dia sendiri yang guna!

Bunga sangat lah murah. Dah lah cantik. Bagi aku. & bagi Along. Beli kat Mydin saje chuols. Dah lah murah uols. RM3 saje sebatang. Sebatang ada sekuntum bunga. Beli 10 kuntum RM 30 sajo. Ya Allah murahnyaaaaaa. Eh ke 2 lebih eh? Lupa pulak.

Bunga beli time bulan puasa hari tu. Memula ingat nak beli kat SinYin kedai kat Semua House tu. Tapi time nak balik tu lalu lah Mydin. Mydin pulak time tu tengah buat jualan murah sale apekebenda tah. 50% kot. Along ajak masuk tengok bunga. Tengok bunga yang kekecik. Ingat nak campur. Lepas tu terjumpa yang ni. Tengok harga murah. Lepas tu memang dari awal fikir hantaran tu nak letak bunga sebunjut je kat tepi. Dah jumpa yang cantik & murah, apa lagi. Cecepat pilih & bayar terus! Takut habis katekooo :b

Gubah hantaran ni dah kata senang, petang Khamis baru nak buat. Kalau nak buat Jumaat pagi takde nya  sempat. Itupon petang sangat baru nak buat. Sebab senang konon. Tapi dah nak elokkan kelopak bunga tu pon dah berapa lama. Nak ikat reben kat barang hantaran pon tak pandai. Nasib baik ada Cik Ina jadi penyelamat! Pheww *lap peluh*

Sila abaikan segala sepah-sepah dalam rumah tu ha. Orang nak kenduri. Biasalah~ Hahaha alasan je tu abo -___-'

Sireh junjung pulak aku dah lama nak buat macam ni jugak-jugak. Walaupon bukan aku yang kahwin & ada orang suruh buat macam tu macam ni. Tapi dah suruh aku yang buat, aku guna kuasa diktator. Kena ikut macam tu jugak-jugak!

Inspirasi daripada Chentaweddings

Khamis malam dah gubah sireh junjung sekali time Cik Ina & Cik Cah pakaikan along inai. Malam tu yang ada kat rumah Cik Cah, Cik Ina, Cik Arah & Cik Mah. Biasa lah geng-geng bersembang mak. Muehehe. Cik Ina & Cik Cah pakaikan inai, Cik Mah polish daun sireh, Cik Arah bunjut bunga rampai untuk hantaran.





Oh, memula ingat nak gubah sireh tu pagi Jumaat. Tapi siapa tah 2-3 orang asyik tanya bila nak buat bila nak buat. Nak puaskan hati semua orang, aku pon buat malam tu jugak lepas balik dari Petaling Street beli baby breath & Gerbera.



Baby breath untuk bunga tangan yang kecik cinonet tu ha. Hahah tapi tetap lawa kat mata iols! :p

Gerbera untuk letak kat bedside table. Tak pandai susun. Bunga pon tak segar sangat sebenarnya.

Sireh junjung tu pagi Jumaat baru cucuk bunga. Memula ingat guna bunga Gerbera yang beli kat Petaling Street tu. Lepas tu bunga tu cukup-cukup untuk letak dalam bilik. So, terpaksa kerah Farahain & Helmi pergi cari kedai india beli bunga. Nasib baik ada.

Hasilnya memang rasa macam nak terjun bangunan. Cantik sangat. Hahahaha puji diri sendiri nampak! Heh heh

Sireh junjung paling senang paling mudah macam kacang Ngan Yin paling simple palinggggg cantik! Eh? Hahaha.

Hasilnya: 

Tadaaaaaa!!


Cincin masih lagi mengekalkan konsep pillow ring / ring pillow amende tah. Tapi bantal kecik buat last minit tampal guna hot glue kat tengah-tengah bunga 3 hengget tu.

Tambahan, hantaran daripada Raman bagi along.