20131022

Drama

Akan update pasal wedding along. Tapi nanti-nanti dulu. Sebelum cerita pasal kenduri, aku cerita pasal drama-drama sebelum kenduri. Hahaha kemain kau jah, kenduri pon ada drama. Kelas chuols along kahwin siap ada drama RTM & swasta. Lolz tak lawak -____-'

Padahal takde lah drama mana pon. Tapi macam kejadian-kejadian yang jadi sebelum kenduri. Ish. Tak tahu nak cakap macam mana. Benda yang jadi sebelum kenduri yang tak boleh lupa. Yang lain pon tak boleh lupa. Tapi ni paling tak boleh lupa. Ha ye lah wtv.

________________________________________________________________________________________

Kisah 1

Hari Khamis petang sebelum kenduri, time tengah sibuk buat hantaran. Cik Arah kat rumah dia. Tetiba dia datang cakap wayar kat khemah putus. Kaki khemah pon tah jadi macam mana tah. Ada orang masuk bawak kereta.


Wayar tu macam sambung dari khemah tempat untuk orang potong bawang semua tu pergi khemah masak. Kat tengah tu kosong takde khemah memang boleh lalu kalau tu. Tapi agak-agak lah weh. Orang tu dah lah bawak kereta besar, tinggi. Unser. Lepas tu atas dia ada yang box Thule tu. Mana tak sangkutnya. Dah putus. Dengan kaki khemah macam terkangkang sekali.


Lepas tu mak apa lagi, macam biasa kelam kabut keluar nak pergi tengok. Dah kecoh. Lepas tu Cik Arah, Cik Ina & Cik Cah suruh orang tu call Akob sendiri. Dia call. Lepas tu Akob suruh elokkan sendiri sebab takde pekerja. Adoi lah Pak Akob ni.


Oh, itu pon nasib baik Cik Laili nampak. Cik Arah cakap time tu Cik Laili duduk kat beranda amik angin. Tetiba orang tu langgar terus menjerit Cik Laili. Cik Laili cakap nasib baik perempuan. Kalau lelaki dah lama dah dia tampar. Wuish, takut aku dengar. Hahaha

Lepas tu Helmi dengan Syawal balik dari pergi kira & amik pinggan mangkuk. Mak ke siapa tah suruh elokkan. Lepas tu Cik Laili tak bagi Syawal buat benda yang ikat-ikat ni. Tah pantang ke amende tah. Lepas tu Helmi lah yang kena ikat kot. Tah, aku tak tengok pon. Cerita je lebihhhh :b

_______________________________________________________________________________________

Kisah 2

Lepas tu Sabtu pagi, dalam pukul 7 camtu aku dengan Farahain kutip, basuh cawan & pinggan yang tak habis basuh masa malam semalam yang ada tahlil dengan doa selamat. Mula-mula aku dengan Farahain yang basuh. Lepas tu tetiba yang lain pon nak join jugak.

Dah ramai sangat, aku pon bangun nak angkat barang bawak masuk dalam rumah. Sekalinya bila aku pergi situ nak angkat lagi barang, tetiba aku terjatuh. Situ basah. Aku pulak pakai selipar yang dah haus. Hoihhh aku geram betul dengan selipar tu. Terus aku campak.

Kat sini!! Tepi tu licin kalau pakai selipar yang dah buruk -___________-'

Dan dan time tu jugak mak keluar kat pintu, dah kena marah. Kena marah sebab mak ingat aku mengamuk marah kat orang sampai baling-baling kasut. Haih lah salah faham betul. Sakit kot!! Tangan terpeleot. Dengan bontot sakit T_________T

Cepat-cepat aku masuk bilik dan menangis menangis menangis. Yang lawaknya sambil menangis sambil cakap sorang-sorang. Muehehe. Cakap nak tolong. Tapi sakit. Aaaa. Lepas tu along masuk bilik tanya mana sakit, bak dia urut. Bila dia cakap macam tu lagi aku nangis. Lepas tu reda. Lepas tu dia masuk bilik cakap 'Abo, kata nak buat bunga tu'. Menangis lagi. Hahahaha drama betul. Aaaa tapi sedih tahuuuuu?!! Sob sob sob

Kbai!

20131018

Nak update. Tapi malas. Tapi nak jugak. Tapi kena update jugak-jugak. Tapi dah kalau malas............


Kenduri kahwin Noorfazlina binti Basir
& Abdul Rahman bin Musa
(Along&Raman)


Esok-esok lah! :D