20120529

Nikah 27 April



I'm back. Hahahahahaha. Malasnya -,-




Okay, Farahain nikah 27 April 2012. Ikut perancangan nak petang lah kalau tu lepas solat Jumaat. Tapi sebab minggu tu ramai yang nak nikah ustaz tu jadi sibuk. Ha tu lah ramai nau yang gatal nak kahwin sampai kena ikut giliran nak nikah. Err. So, masa jumpa Ustaz Muadzeen tu dia cakap hari Jumaat yang boleh pagi pukul 9.30 . Lepas tu ramai lagi yang nak nikah. Terpaksa lah cakap okay. Takkan nak cakap tak okay pulak. Done.

26 April. Malam tu isteri ustaz tu text Farahain cakap kena nikah awal. Pukul 8.00 . Oh Mak Datuk tak nak awal lagi kan. Pagi tu semua dah sibuk nak mandi bersiap apa semua. Orang make up tu pulak tak tahu rumah kat mana. Pukul 7 lebih baru sampai rumah. Tu pon aku yang merempit ambil dia bawak balik rumah. Laju-laju dia make up. 



:: Abah mau pakai samping. Tah pandai tah idok tu. Hahahaha ::


Haa kau. Dah orang make up tu sampai lambat, lambat lah siapnya. Abah dah pergi dulu naik motor sebab takut ustaz tu dah sampai. Kang dia tinggalkan pergi pulak kalau takde orang. Ustaz tu dahlah kerek gilaaa. Annoying. Aku dalam hati dah cepatlah cepatlah cepatlah. Hahahaha tak boleh blah. 

Pergi nikah ni naik 2 kereta sahaja. 1 kereta aku, along, angah, mak. Lagi 1 kereta Farahain, nenek aji, Kak Deq, Hazlee. Yang lain semua sibuk. Nak siapkan masak untuk sarapan, untuk orang balik nikah. Nak kemas lagi. Ni semua sebab Bersih wtf tu lah. Menyusahkan orang. Dah lah duduk kawasan perumahan polis. Polisnya lelaki pulak tu kebanyakan. Dah kurang orang nak buat kerja. Tu yang semua orang sibuk gila. Perempuan kena buat kerja perempuan tapi kena buat kerja lelaki jugak. Gila.



:: Nikah kat Masjid Muadz bin Jabal. Yang aku tahu, Peej dengan Dena nikah kat sini jugak. Tapi hari esoknya ::

Akhirnya, sampai jugak kat masjid. Sampai dalam pukul 8.15 . Ustaz tu pon tak sampai lagi. Okay janji Melayu. Dah tahu dah. Duduk dulu kat luar tu sementara nak tunggu Ustaz tu sampai. Tapi takde lah lama sangat pon nak tunggu ustaz tu. Alaaa, rumah dia dekat sebelah pejabat masjid je padahal. Nak lambat-lambat datang nak pergi mana.. Masa sampai tu Helmi dengan family dia dah sampai dah. Berapa lama dah sampai tak tahu lah. Tak perlu nak tahu kot.






Dah masuk dalam. Dah sedia nak nikah. Kalau tak sebenarnya abah yang nikahkan. Tapi, abah tak berapa nak nampak tulisan kat kertas, terpaksa lah tukar. Ustaz tu yang nikahkan. Saksi masa nikah ni Cik Anas suami Cik Yati dengan Haji Bahari. Haji Bahari ni dulu duduk Teratai jugak tapi sudah pencen, sekarang jadi imam kat masjid. Oh masa ni kesian jugak kat abah. Terpaksa duduk bersila. Padahal abah bukannya boleh duduk bawah pon. Kaki sakit. Pulak tu 3 jari kat kaki kanan tu dah takde memang susah lah.


:: Mas kahwin dengan gelang untuk batalkan air sembahyang. Dibuat sendiri oleh Helmi katanya. Ye ye aje. Lol ::

Oh, masa nikah ni takde bawa pape hantaran sebab masa bertunang buat hantaran sekali hantar. So, masa nikah ni berlenggang kangkung lah ke masjid. Cuma Helmi je lah kena bawak mas kahwin dengan gelang untuk batal air sembahyang tu. Sebab tu lah kalau orang tak ramai pon takpe. Kalau masa nikah ada bawak hantaran tu yang jenuh. Orang dah lah semuanya sibuk kan.

:: Surat persetujuan nikah? Abah datang bawak benda ni. Sobs ::



Masa nikah tu tak dengar apa pon tiba-tiba dah. Aik? Haha. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sajo Farahain bukan Miss lagi. Mwehehe.... Lepas nikah tunggu Helmi solat sunat dulu baru batal air sembahyang. Masa Helmi solat sunat ni pon sibuk ambil gambar. Jap, video nikah Hazlee ada record tapi bila dah masukkan dalam laptop tak boleh bukak. Sayang gilaaaaa. Gigih dia record tiba-tiba jadi macam ni pulak. Kenangan tu

:: Penyerahan mas kahwin ::



::Gambar salam je ada. Gambar cium-cium ni nehi. Takdok. Malu. Hahaha, memandai je. Dah orang tak nak, takkan nak paksa pulak. ::

Few pics gambar family lepas selesai akad nikah. Pictures speak louder than words. Sebenarnya aku dah tak tahu nak taip apa sebenarnya niiiii. Malas. Ha tu je lah jawapannya. Malas malas malas malas. Tehehehe :D


:: Abah mengalahkan pengantin. Saje je baju nak warna sama. Mengada. Hik hok ::




:: Tah pape lah aku. Semua gambar nampak macam takde leher. Ada macam penyu kat terengganu tu tak? Dah lah serabai. Tudung tetiba warna pink. Attention seeker betul. Lawak ::

:: Siblings ::

Balik nikah tu keluarga Helmi ikut jugak. Jamuan makan lepas nikah lebih kurang macam tu. Sarapan pagi. Makanan ada nasi lemak lauk ayam goreng berempah, pulut dengan rendang, nasi impit kuah kacang, bahulu. Ha tu je lah kot. Balik tu diorang jiran-jiran sibuk lagi buat kerja. Lepas tu suruh aku pergi kedai beli tu beli ni. Okayyy saya menurut perintah. Haha. Keluarga Helmi dah balik baru lah diorang berhenti rehat. Makan-makan kat khemah. Gambar takdok. Sobss T_T 

20120528

Malam sebelum

Hari Khamis tu sepatutnya kan aku sekolah tapi tak sekolah. Weeeee. Heheheh. Pagi tu orang dah datang nak masak-masak untuk hari Jumaat. Nak buat goodies bag, barangnya belum sampai so terpaksa buat kerja lain dulu. Gambar aktiviti diorang tu takde. Sedih sikit. Pagi tu aku pergi Jusco sebab nak beli iron. Iron lama jahanam. Ganas betul. Iron yang ada tu iron angah dapat hadiah Karnival Sukan office dia. Tak elok. Bila gosok, baju still kedut. Tak mahu lah cenggitu. Untuk baju licin, side tajam gila aku pon pergi lah beli baru. Balik tu sempat lagi basuh motor :D 

Petang tu kena ambil barang-barang masak macam kawah, periuk, kuali, sudip semua segala bagai dekat Cemperling. Kena ada sorang untuk kira. Jadi, aku kena lah ikut untuk kira. Sebab takde orang lain. Along angah balik kampung sebab nak ambil nenek++ .  Barang kena kira sebab takut nanti bila pulangkan barang tak cukup dah kena ganti. Kau hade banyak sangat duit ke nak ganti kalau hilang? Pehhhh. Aku pergi naik motor. Mak pergi dengan Cik Arah plus Cik Laili naik lori. Abah takde, pergi hospital follow up lepas operate hari tu.

 :: Senarai barang-barang ::


Malam tu dah ramai dah orang dalam rumah. Kalau tak ada Kak Deq dengan anak-anak dia je. Tapi ni dah ramai, nenek, nenek aji, wak, abang poi, atam, mak ong, nenek sabak. Oh, hari tu kan esoknya dah nak nikah. So, nenek aji dengan wak buat ape benda tah orang dulu-dulu punya hal lah kot. Beras disangai lepas tu tumbuk. Eh yeke? Untuk haluskan plus putihkan kulit rasanya.Wahhh. Lepas tu ada jugak buat yang sireh, pinang apa tah lagi. Yang tu untuk apa memang aku tak tahu.Habis diorang lumur satu badan Farahain.

:: Ni ha barang-barang dia. Apa kebenda tah :/ ::





:: Apa benda lah yang wak cakap tu. Tengok muka dia tu ha. Macam jenuh nau nak mengexplain. Ekekekeke ::



:: Errrr... ::

Malam tu, mak dengan jiran-jiran yang lain sibuk kat luar buat kerja apa tah. Yang tua-tua kat dalam rumah sibuk menghadap buat kerja orang dulu-dulu kengkononnya tu dekat kuin. Kitorang yang lain ni pon ada kerja jugak okay. Bukan duduk melangut menantikan malaikat datang. Eh. Hahaha, kitorang busy benor buat benda alah ni. Hai, busy ke?



Yeahh, itu signage. Signage tu dah lama dah print. Kotak dia pun dah lama aku tanda untuk potong. Abah masa ni dah keluar wad. Doktor bagi cuti sampai hari Khamis nak kenduri ni lah. So, dah takde buat pape kat rumah tu baik potong kota-kotak tu ikut saiz senang nak buat signage. Tapi haghemmm. Bila 2 3 4 kali aku cakap baru nak buat. Tak dengar cakap betul! Hahahaha. Lepas tu Rafi datang dia yang potong kan semua. Ish ish ish.

Ni nak masukkan dawai untuk ikat kat tiang elektrik. Pasang awal-awal. Kang nak pasang senang pergi ikat je terus kat tempat yang dikehendaki. Ha gitu. semua signage ni berbalut sebab takut hujan ke apa ke kang basah dah tak elok. Kita kena lah ambil langkah berjaga-jaga kan :b .

Nak balut ni pon jenuh tak tahu nak guna apa. Abah awal-awal lagi dah cakap laminate je tapi kalau laminate membazir -,- Guna sekejap je. Lepas tu terbiar and terbuang. Membazir sangattt. Lepas tu fikir nak balut guna pembalut buku. Dah satu hal. Nak beli pembalut yang murah je. Lepas tu nak balut lagi. Hoi, yang rajin... Lepas tu along cakap kan ada plastik saiz A4. Duhh, baru teringat. Terus beli plastik tu kat Hero. Kan senang kerja  (:


:: Abang Poi nak buat lobang kat signage-signage iteww. Hekhek ::

:: Aina dengan Yasmin :D ::




:: Atam tengok saja lah. Dia bukannya sihat pon ::

:: Tangan siapakah ini? Angkat tangan! Muahahaha ::

:: Khusyuk gila Yasmin masukkan dawai-dawai tu dalam lubang dia ::

::Pukul 1 pagi keluar dengan Abang Poi, Abang Emi, Kak Deq nak pasang signage. Abang Poi tengah memasang signage. Gambar gelap gila. Guna kamera fon saja ::


Malam tu pon Kak Ila dengan suami dia datang nak pasang pelamin dengan buat meja beradab. So, kena lah tengok dia buat apa semua. Aku bengang gila dengan orang khemah ni lambat gila buat wiring. Padahal pasang khemah hari Rabu. Masa ni hari Khamis tak buat lagi wiring dia. At least kau dah pasang khemah hari Rabu tu, hari Khamis buat lah wiring. Senang orang nak buat kerja. Ni nasib baik rumah Cik Cah ada lampu apa tah. Elektrik pon guna rumah Cik Cah punya. So boleh guna untuk diorang pasang pelamin. Kalau tak bergelap nak buat kerja. Haiyoo.















Lepas tu nak cari meja bulat yang kecik untuk meja kek. Meja dia ada. Kaki dia tak ada. Ada semua yang bulat je. Dah cari seploh kali pon takde. Call orang yang provide kerusi meja tu. Dia cakap nanti dia hantar. Lepas tu Cik Zali saja datang tengok. Mengadu dekat dia cakap kaki meja bulat yang kecik takde. Dia cakap ada. Dia pergi ambil kaki tu. Padahal ada oh. Cuma orang tu letak kat tempat lain. Haih, macam mana tah cari boleh tak jumpa. Hahahahahahahaha.

Malam ni pon baru barang untuk goodies bag sampai. Bahulu je pon :b Eh, ramai yang cakap bahulu dia sedap! Malam ni jugak lah diorang masukkan semua tu dalam beg. Duduk bawah khemah dalam gelap buat semua tu. Nais. Itu pon tak habis buat semua sebab dah lewat kot. Yang tua-tua tu lah yang bua dengan jiran-jiran blok lain. Tapi dah pukul 12 yang lain tu balik. Err, masa malam ni abah dengan Abang Poi pergi LCCT pergi ambil Hazlee dengan tettt. Heh heh. Diorang sampai tu pon yang nenek-nenek semua tu belum masuk rumah lagi. Gila gigih nak buat. Ai malas :b

Ni few pics masa diorang tengah masak kat luar rumah untuk makan pagi esoknya. Malam tu Hazlee kena tidur luar sebab nak jaga barang-barang yang dah diambil petang tu takut hilang. Hujan pulak tu malam tu. Kesian





Kbai. Ada lagi sambungan. Peh, entry pasal kahwin tak nak banyak lagi. Kahwin kahwin kahwin kahwin ;D