20120528

rewang

Lepas seminggu berkampung, mak cik-mak cik sekalian kembali lagi untuk bergosip! Jahat nau aku ni. Memandai je cakap diorang bergosip. Eeee, jahat! 

Dah hari Sabtu nak kenduri, hari Isnin tu mak watlek lagi bersembang je kat depan dengan jiran-jiran. Takde nak buat kerja ke rewang hapekebenda untuk kenduri. Haiyoo mak aku ni dah kenapa. Aku pulak yang risau :b. Diorang ada je tanya takde nak buat pape ke. Boleh buat kerja sambil bersembang, takde lah berlaku pembaziran masa kannn.

Lepas tu baru lah mak bawak keluar thank you tag yang belum dipotong. Haaa, merasa lah kau duduk ramai-ramai kat luar menggunting benda alah ni. Biasalah, thank you tag home made punya. Benda ni tah idea siapa tah. Cakap nak  buat thank you tag. Sebab tu lah ada benda ni. Stapler je kat beg goodies dengan dekat bunga telur benda ni.


Sebelum dipotong, ada 30 helai kertas ni. Sehelai ada 56 tq tag rasanya. 30 kali 56 dah berapa. Manyak wooo. Eceh, tak banyak pon. Sekejap je nak potong benda ni sebenarnya tapi dah sambil bersembang pasal isu-isu semasa tu yang kerja sepatutnya sejam je jadi berjam-jam. Miahaha.



Selepas habis digunting, tak banyak pon kannn. Tak penuh pon 1 tupperware tu. Eh, dalam tak penuh pon tak habis stapler kat bunga telur + goodies bag. goodies bag ada 1300. Mula-mula goodies bag tu beli 1000 je hari tu. Lepas tu rasa macam tak cukup. Tu yang tambah lagi 300. Tapi tq tag tak stapler kat beg yang tambahan tu sebab sibuk sangat lepas tu tahu-tahu je diorang dah siap buat kerja goodies semua ni. Goodies bag hari kenduri pagi tu sambung buat yang tambahan tu. Haih, gilos.

Cik Arah, Cik Ina, Cik Cah, mak, Cik Nor, Cik Mah dah memang geng tetap yang akan duduk bersembang gosip sakan kat luar rumah hari-hari. Pukul 10 je mula lah masing-masing bukak pintu, Cik Ina berjalan dari rumah dia pergi blok kitorang. See, betapa rajinnya datang jauh-jauh semata-mata nak bersembang. Rajin benar uolss. Selalunya diorang hanya akan bersembang waktu pagi sampai lah pukul 2. Pehh pehhh rajin siot. Petang duduk lah kau kat rumah diam-diam. Ekekeke.

Lepas tu hari petang hari Selasa minggu yang nak kenduri tu, tengah khusyuk buat rosette kat dalam bilik dengar suara orang bersembang. Sekali aku keluar, tengok ada Cik Cah, Cik Arah dengan Cik Ina. Aku pon apa lagi suruh diorang lah yang tolong buat rosette tu. Aku segala angkut barang-barang nak buat rosette keluar. Fyi, rosette buat sendiri. Kenapa tak beli je yang dah siap, aku pon tak tahu..


:: Awal-awal boleh lah senyum. Lama-lama mau kebas montot tu wkwkwk :D ::

:: Cik Cah sibuk haa belajar cam mono nak lipat duit sehengget tu. Punya lah susah! Cik Arah dengan Cik Ina pon tak pandai jugak. Bila buat asyik lah tergelak-gelak tak hengat dunia ::




:: Kadang-kadang aku menyirap jugak dengan kamera ni. Gambar tetiba jadi gegar. Aku hempuk kat dinding kang dah tak jadi hape. Eh, orang punya k bukan kau punya. Along punya :b ::

:: Cik Mah dah join sekali tapi sekejap je. Kau gila berapa hari lagi nak kenduri baju orang tak siap. Tu yang dia sibuk nak siapkan baju aku, along, angah dengan baju jiran-jiran yang lain. Haa, tahu takut :D ::

Disebabkan diorang datang lambat dalam pukul 6.30 petang cenggitu, maka bila Maghrib haruslah pulang ke rumah masing-masing. Pulak tu reben dah habis. Haiyooo, lepas maghrib, angah dengan Kak Deq keluar pergi cari reben dekat kedai kat Keramat Permai. Reben takde warna yang sama macam yang sebelum ni. Dah terpaksa beli reben warna lain. Pon boleh .Dalam pukul 9 baru diorang sambung. Tu pon Cik Ina tak datang, Cik Cah dengan Cik Arah je sebab rumah diorang bukan jauh pon, depan rumah je. Cik Mah pon sambung tolong sekejap.

Lepas tu dah nak pukul 12 malas lah aku nak menolong. Tidur lagi bagus. Esok tu kalau tak sekolah takpe jugak tapi ni sekolah. Haih, jangan buat pasal kang tertidur kat sekolah habis kena marah! Eh, cikgu marah ke kalau tidur dalam kelas? Tak lah, cikgu tak marah. Sokati kau lah nak tidur ke nak hapa dalam kelas janji exam okay. Wahhh. Esok tu aku dapat tahu yang Cik Cah pukul 1.30 baru balik. Waaaa, dia siapkan semua tu dengan Kak Deq berdua je. Diorang sembang-sembang sambil buat. Pehh, Cik Cah memang orang yang rajin gilaaaa to the max!

:: Kat belakang tu ada 10 kotak air mineral. Angah beli dekat kakak Syawal sebab murah. Satu kotak RM8 sahaja. Ada 12 botol dalam satu kotak. So, semuanya ada 120 botol. Manyak manyak ::

:: Haa, kaki Cik Cah dah melunjur dah tu. Dia bukan boleh duduk bawah pon sebab sakit kaki. Tapi dia nak jugak ha, duduk bawah join buat sekali sampai dia orang terakhir balik rumah sebab nak siapkan benda alah ni. ::


:: See, rumah dah start bersepah. Eh, sebelum tu pon memang bersepah. Huehuehue ::


Hari Rabu tu pulak aku tak berapa nak ingat lah. Diorang ada jugak buat kerja tapi hape benda tah. Malam tu okpek ikan bilis kat luar sebab hari Khamisnya nak masak sambal untuk nasi lemak. Oh, nasi lemak tu untuk Hari Jumaat, balik daripada masjid. Ah, tu lain cerita. See, Cik Cah lagi yang buat kerja. Esoknya tu Cik Cah nak pergi Terengganu so malam tu saja dera Cik Cah suruh kopek ikan bilis. Hahahaha, takde lah. Saje je :b





:: Ikan bilis sudah siap dikopekkk ::

Masa ni Cik Nor dengan Cik Arah pergi mencari tuan punya kereta yang degil dia !@$#@#^% . Hazabbb kau tahu nak suruh alihkan kereta. Ada ke dia cakap kereta dia rosak. Situ nak letak khemah orang masak kayyy. Bila orang suruh alihkan kereta jugak-jugak dia pergi alihkan kat depan rumah Cik Arah. Boleh pulak kan. Padahal depan rumah Cik Arah  tu nak buat pasang khemah untuk deejay. Pergh, Cik Arah dah menyirap dah masa ni. Haih, diorang siap tulis "SILA ALIHKAN KERETA INI" letak kat kereta dia. Hahahaha, degil nak mamps orang tu. Masa hari kenduri tu takde pulak kereta dia. Eh, kata rosak -,-

K k k k, panjang benor dah ni. Esok-esok pulak sambung. Orang lain yang kahwin tapi gaya macam aku pulak yang kahwinnya tu :b