20120619

Bertandang 5 Mei 2012

HAHAHAHAHAHAHA. Gelak syaiton namanya ni. Dah nak masuk 2 bulan okay kenduri bertandang ni. Baru hari ni kau nak post? Eh kesah. Aku kan rajin :b


Kenduri bertandang rumah belah lelaki 5 Mei 2012. Hari Sabtu seminggu lepas kenduri belah perempuan. Kenduri belah lelaki bukannya jauh pon. Dekat je. Kat Dewan Serbaguna Taman Maluri. Kalau aku pekik dari rumah pon sampai suara aku kat sana. Kan Tarzan. Lol.

:: Cream puff, angah beli dekat akak office dia. Ada yang sedap, ada yang tak. Aik? ::

Hari Jumaat tu dalam pukul 8 lebih kakak sampai. Iyo lah, dah hari sekolah. Isyia petang sekolah agama. So, kena tunggu dia balik sekolah dulu baru kakak boleh datang sini. Kakak sampai semua watlek watpis tengok tv. Abang Emi tidur sebab dia kerja malam hari sebelum tu ke apa. Tah.

Lepas tu, macam biasa. Cik Cah datang. Eleh, depan rumah je punnn. Mula-mula mak cakap nak rebus telur esok pagi. Hoih, dah alang-alang malam tu semuanya 'rajin' baik malam tu je rebus. Eh, rebus ke kukus ah? Tak ingat. Mak pergi rebus telur gred A. Homai, besar okay. Telur untuk bertandang je pon. Saiz dia dah macam telur dinosaur. Tipu.

Dah siapa rebus nak bungkus dalam bunga telur baru lah menyesal. Bunjut telur tu tak muat! Haa siapa suruh guna telur dinosaur. Lain kali guna telur burung puyuh je. Kedekut taik hidung masin. Hahahaha.



Suka warna bunga telur ni!! Beli dekat kedai bunga Vivian dekat Chow Kit. Masa ni abah kat hospital lagi. Oh, masa settlekan barang-barang cat, stationaries semua tu. Jenuh kot nak mencari kedai si Vivian ni. Along lah. Dia tahu Vivian Vivian Vivian. Kedai dia kat mana tak tahu. Tak, sebenarnya tak tahu pasar Chow Kit tu kat mana. Bangunan dia. Tu yang jenuh mencari. Nampak sangat tak pernah masuk pasar Chow Kit. Hehehe

:: Letak tq tag jugak. Lebih masa kenduri. Tak baik membazir, perangai syaitonnnn :B ::

Hari Sabtu. Macam biasa lah hari Sabtu nyah. Boring. Pukul 11 lebih? Farahain dengan Helmi keluar pergi kedai Kak Ila make up apa semua. Kitorang yang kat rumah ni bersiap  lah jugak. Katanya pukul 12.30 nak gerak pergi ke sana. Tema family warna kelabu. Gigih benor semuanya nak bertema-tema bagai. Haktuihh



Pukul 12.30 diorang dah balik rumah semula. Nak ambil kitorang ni ha bawak pergi ke dewan. Mak tak ajak ramai pon. Geng-geng bersembang selalu lah. Cik Cah, Cik Arah, Cik Ina, Cik Nor. Cik Mah tertinggal! Boleh pulak terlupa. Padahal dia dah siap okay. Lepas tu boleh semua orang blah je tinggalkan dia. Merajuk lah orang tua tu.

Pergi sana tah berapa kereta tah. Aku naik kereta Cik Ot dengan budak-budak kecik tu ha. Yasmin sampai tertidur-tidur dalam kereta. Tak cukup tidur ke apa budak ni? Sebelum nak pergi diorang semua kereta dah kumpul dekat depan pagar. Sekali Cik Ot keluar je dari pagar, dia terus jalan tak tunggu orang. Nice. Aku dah bengkek dalam kereta. Sepatutnya Helmi yang lead, bukannya Cik Ot -,-

Kereta Angah dengan Cik Arah tertinggal kat belakang. Diorang pon ikut jalan MRR2. Diorang sampai dulu. Sangat bagus. Diorang memang sampai dulu. Tapi tak tahu dewan tu kat mana. Padahal dekat belakang je lebih kurang macam tu. Dia dah nangis-nangis call abah. Lepas tu abah pon pergi lah ambil 2 kereta yang dah 'tersesat' tu. Nasib baik jumpa. Fuhh

:: Rombongan dah nak masuk ke dalam dewan ::

Oh, kenduri dekat belah lelaki takde sanding-sanding bagai ni. Dah kalau takde sanding tu, maknanya tepung tawar pon takde! Kitorang sampai-sampai terus duduk dan makan. Mula-mula aku dengan siapa haa masa tu. Kitorang nak duduk dekat meja bulat, tempat biasa tu. Lepas tu tah macam mana family duduk sekali dengan pengantin makan. Yeah, bagus. Aku nak juga makan makanan pengantin. Lol







:: Pelamin yang hanya digunakan untuk mengambil gambar ::


Motip? Hahaha, sebenarnya aku saje je ni nak tunjuk makanan dia. Hmm. Aku makan sesuap je. Diulangi  lagi sekali, sesuap je. Tak selera lah haih nak makan. Aku pon tak faham asal aku tak berselera nak makan. Masa kenduri dekat rumah pon aku macam takde selera. Membazir je orang katering tu kautkan nasi dengan lauk.


Dah aku tak berapa nak selera makan tu, aku pon apa lagi. Ambil gambar manjang. Sekejap meja sini, sekejap meja sana, sekejap duduk balik. Hahaha, aku nak ambil gambar, tapi macam malu pon ada jugak. Malu malu nak pergi ke mana cik kak oi~ Bukannya tak cukup sifat pon. Cuma terlebih daging dan lemak sahaja :b





:: Bila aku nak ambil gambar belah sini dari tempat duduk, mesti ada OP ni. ::



Pahtu. Pahtu? Hahahahahha. Pahtu, lauk pengantin tu bukannya makan sangat pon kan. Lepas tu siapa tah suruh bagi lauk tu dekat diorang yang dekat meja bulat tu. Aku pon dengan muka tak malunya angkat lauk tu pergi dekat meja-meja yang diorang duduk. Apa yang aku angkut bawa kat meja diorang tu semuanya licin. Bagus. Bab-bab menghabiskan makanan ni diorang memang tak kisah. Kalau aku pon sebenarnya tak kisah :B


:: Abang Emi ambil sendiri ayam ni kat meja pengantin. Lagi hebat! ::




:: Diorang kat meja ni dapat ikan. Apa tah lagi tak ingat ::


:: Alololo, suwit sungguh Cik Cah suapkan Cik Arah. Hahahaha, tapi sayang gambar gegar T_T ::


:: Haaa, yang ni cubaan Cik Ina nak suap Cik Cah makan aiskrim ;D ::



Masa untuk makan dessert. Time ni aku dah duduk balik. Ye lah, siapa tak nak makan kan. Pulak tu aku tak makan nasi sebelum tu. Alahh, setakat dessert macam ni pon aku boleh buat. Haa kau, aku dah berlagak ni ha! Memang betul kot, yang warna kuning tu guna je jelly nata de coco yang dalam cup, lepas tu letak nata de coco dengan air dia kat atas tu. Simple. Aqil yang umur 2 tahun tu pon boleh buat lah. Tipu.

:: Hasilnya, licin uolss ::










Masa untuk ambil gambar dengan pengantin. Huhh, gambar masa kenduri belah lelaki ni macam banyak sikit gambar daripada belah perempuan hari tu. Nak gambar banyak banyak banyak lagiiii sebenarnya. Tapi kau jangan nak over okay. Macam lah majlis kau. Ingat tu :3
:: Saje letak gambar kabur. Macam orang tak kenal siapa kannn ::

:: Kakak letak balik tempat merenjis tu. Masa ambil gambar ramai-ramai benda tu terpaksa dialihkan. Dah tak muat katanya. Padahal takde lah ramai sangat ::



:: Punyalah banyak gambar ramai-ramai ni. Tapi semuanya hampeh, ada je yang tak betul ::
:: Family Helmi ::









Makan aiskrim yang berlambak tu ha sebelum balik.. Aku ambil satu je. Tu pon masa nak balik. Diorang yang lain ada yang makan berbekas-bekas. Aku ambil satu je sebab aiolss tak tamak. Huh? Nak pengsan sekejap memuji diri sendiri ke apa tu...











BALIK!!!


:: Babai ;D ::