20120606

28 April - Kenduri


Mai mai mai. Mai kita mulakan entry dengan gambar Aina Maisarah ni ha. Ala tomei tomei. Hahahaha. Eh, Aina memang comel

Hari Sabtu! 28 April 2012 hari berlangsungnya majlis kenduri kahwin Nor Farahain & Mohd Helmi. Huih, sibuk betull hari tu. Bangun pagi tu memang banyak dah kerja tersedia untuk disiapkan. Eceh, banyak lah sangat kan. Propa je tu. Haipp, jangan nak propa sangat. Memang betul okay!

Aku tak ingat pagi tu aku buat apa. Jap, nak ingat balik. Haa, pagi tu siapkan meja beradab pengantin tu. Kerusi semua kena pasang dia punya sarung tu sebab Kak Ila tak pasang awal-awal taku kotor. Dah jadi satu kerja. Nak ikat reben dia lagi. Tapi aku tolong sikit je lah yang banyak buatnya angah dengan kakak? Tak perasan.

Lepas tu diorang ada buat bunga rampai semua apa bagai untuk merenjis. Aku angkat benda merenjis tu. Bawak barang-barang merenjis. Lol. Tu je punnn. Lepas tu lepas tu Cik Ina dah sibuk tanya aku. Bila nak pergi ayam? Duhh, dah aku pergi JJ laju-laju sekalinya JJ tak bukak lagi. Bagus lah tu. Dah tu aku pon pergi lah Giant Setiawangsa nak beli ayam. Cik Ina suruh beli barang untuk basuh pinggan mangkuk sekali sebab takde. Padahal ada tapi tak perasan benda tu ada. Balik tu terus aku hantar ayam dekat rumah Riadah untuk diorang masak. Diorang tu orang yang masak lauk pengantin :3


Ni ha diorang geng-geng yang masak lauk pengantin. Diorang masak kat rumah Riadah. Geng tukang masak lauk pengantin ni diketuai oleh Cik Mira. Daripada awal sampai pengantin habis makan diorang yang uruskan. Good. Haa, tang kat belakang yang bersepah tu sebab kan family duduk sana jugak. Tu yang bersepah macam tongkang pecah. Dah tu ada banyak budak, baby, mak budak. Haa, semua orang lah ada.



Balik dari rumah Riadah terus nak balik rumah. Tengok orang ramai-ramai dekat khemah kecil ni nak pasang banner dengan bunting. Banner dengan bunting tu pon last minute baru buat kot! Hahaha macam-macam. Takde lah ramai sangat. Ucu, Mak Usu, Abang Emi, Cik Zali. Tu je sebenarnya :b

:: Abang Emi yang gagah perkasa kononnya tengah nak ikat tali bunting ::

:: Aqeel Muhaimin. Apa benda tah dia buat ni ha. Ummi tengah sibuk lettuwww ::



:: Banner plus bunting. Kawan angah yang design ::


Balik dari Giant dah pukul 11? Lepas tu rileks jap. Tolong orang buat kerja sikit. Dah tu pukul 11.30 baru nak mandi. Hahahaha. Aku pergi Giant tak mandi. Yeah, aku memang cool sejak azali. Apa ada hal, orang bukan nak cium aku pon sampai nak mandi berwangi-wangian segala. Hahaha, pengotoq! Orang dah start datang aku baru terhegeh-hegeh nak cari tuala untuk mandi. See? Konon sibuk sangat lah tu mandi lambat-lambat. Poooodahh


Haa dalam gambar ni kau nampak ada Cik Nor dengan Kakak? Haha. Cik Nor sibuk masuk dalam mencari kertas minyak. Takde. Cari lembalut hadiah. Takde jugak. Haih semua takde. Lepas tu Cik Nor suurh kakak buatkan reben hadiah besar punyaaaa! Bila orang tanya untuk apa Cik Nor cakap ada lah. Kak Deq cakap untuk cabutan bertuah iyekan aje :b Padahal untuk buat kotak letak....

:: Farahain dengan Kak Ila ::

Dah siap mandi apa semua. Teringat button badge family! Pakai. Tapi sayang takde ambil gambar satu family pakai badge tu. Tskk. Keluar je rumah terus kakak ajak ambil makanan pengantin dari rumah Riadah bawa pergi meja pengantin dekat khemah. Jenuh okay nak mengangkat. Semua makanan ada tiga set. Memang jenuh! Dah lah jauh. Apa kau ingat dekat? Berbasah ketiak okay aku ulang-alik. Eksesais kengkononnya :3

Tak habis lagi. Lepas tu tengok diorang nak susun kek. Aku pon join lah sekali. Hahaha. Kek tiga tingkat saja. Tak payah nak banyak sangat tingkat. Kek tempah dekat orang. Eh, memang lah tempah dekat orang. Maksud aku bukan dekat kedai. Ni dekat orang yang buat kat rumah. Kek ni orang tu yang hantar. Nasib baik. Kalau tak dah satu hal nak pergi ambil kek. Rasa kek ni? Hmm, aku tak rasa. Masa kenduri memang aku takde selera. Tak tahu kenapa. Lol

:: Abang Emi keluarkan kek yang pertama. Letak kat bahagian bawah sekali ::

:: Cupcakes purple plus pink untuk susun kat tingkat 2 ::

:: Haa yang ni untuk bahagain atas sekali. Siap berpatung bagai ::

:: Konon-konon Abang Emi nak potong kek. Ceh, nak rasmikan dulu konon ::

:: Tu nampak muka aku sikit. Sikit pon jadi lah :c Hahaha ::

:: Tukang susun cupcakes professional, Abang Emi ::

:: Tak tahu nak susun macam mana sebenarnya. Tak professional lah cenggini :b ::

:: Sudah siap disusun. Well done! ::


:: Keseluruhan kek pengantin. Nak sebut penantin boleh? Haha, pelempang nak? ::

:: Motip gambar macam ni? Konon photographer lettuw? ::

Lepas tu, masuk dalam tengok Farahain dah siap. Ambil gambar sikit. Ye lah sebelum nak keluar bersanding. Kang dah bersanding takde maknanya dah nak ambil gambar macam ni bagai. Tak ada. Jadi, sebelum tu baik bergambar dulu. Dalam pukul 1 aku, along, angah nak masuk rumah nak ambil gambar. Sekali, Farahain dah keluar nak bersanding dah. Pengantin lelaki dah sampai. Dah takde gambar adik-beradik. Sobss

:: Hazlee, pengapit lelaki. Diimport dari Terengganu. Haha ::


:: Apahal badan Hazlee cenggitu? Scaryyyy ::

:: Kedua-dua pengapit berbaju berwarna cream. Masa nikah pon sibuk baju nak warna sama. Gedik :b ::


:: Kawan-kawan Farahain dekat tempat kerja dia dulu. Sekarang dah berhenti ::

Aku tak berapa ingat dah ni. Pukul 1.30 pengantin bersanding. Nak lepaskan azan Zohor dulu. Kang sibuk orang berkompang tetiba azan dah macam mana.. Mula-mula nak buat pukul 12.30 . Serious tiba-tiba nak tukar plan :o

Cakap dekat Cik Ot nak bersanding awal. So, orang kompang kena lah datang awal jugak kalau tu. Lepas tu dia cakap YE YE YE. Okay -,- Tetiba pukul 11.30 baru dia nak pergi ambil group kompang tu. Bukannya dekat, jauh okay. Last buat pukul 1.30 jugak sebab group kompang tu sampai lambat. Jalan jam kat MRR2. Haishhh. Bukan kompang tapi rebana sebenarnya. Bunyi dia tak sedap! Memuyakikk


:: Abah, bapa pengantin. Baju tu memang tak reti nak butang abah ni ::
:: Mak, mak pengantin. Tudung mak tak pin kat dua-dua belah. Terjatuh ke tepi tudung -,- ::


:: Tukang sambut tetamu. Tukang? Lol ::


:: Nenek belah mak. Jamilah namanya :D ::




:: Mak Usu rajin gila. Padahal yang buat kerja ni orang lain. Tapi dia nak tolong jugak ;) ::

:: Kenapa muka Cik Ina cenggitu? Hahaha. Ni orang kuat. Oyeahh ::

:: Cik Nor & Ci Arah. Orang kuat jugak! ::

:: Along & Angah ::


Pengantin sudah sampai nak berarak! Aku pon tak berapa nak perasan masa ni. Bila tengok gambar tengok-tengok eh Helmi *anak Mak Mah payungkan pengantin eh? Hahaha, macam mana boleh tak perasan. Pukul 1.30 kelepak kelepung rebana tu berbunyi, pengantin nak berarak pergi kat pelamin. Aku masa ni pegang phone Farahain. Aku main ambil je gambar. Sikit-sikit ambil, sikit-sikit ambil. Bagus. Pandai aku buat kerja :B



:: Sudah di pelamin untuk bersanding.. ::




Lepas bersanding masa untuk makan. Masa ni macam tak faham sikit. Selalunya pengapit duduk sebelah pengantin kan makan. Tapi ni takk! Mak bapak pengantin lelaki nak duduk sebelah-sebelah. Tu yang jadi pengapit pon kena duduk sepasang. Dah jadi macam tiga psang pengantin makan beradab :b Hahahahaha. Cik Zali cakap tak pernah dibuat orang tiga pasang pengantin makan beradab sekali. Hahahaha. Ada lah. Kan ?

:: Lebar betul senyuman 2 orang ni ha. Kak Deq dengan Hazlee ::

Dah lepas tu sesi mengambil gambar pulak. Gambar family ada sikit je. Gambar family besar pon takde. Tak suka. Tak suka. Nak putar balik masa lepas tu nak ambil gambar banyak-banyak. Ambil gambar family besar. Ambil gambar candid banyak banyak =..=

:: Kenapa aku macam membongkok dalam gambar ni? Erghh ::

:: Mak dengan abah tengah buat apa lah tu. Apa benda tah yang tengah dicakapkan tu ::



:: Tak lengkap langsung! ::

:: Penanggah ::



Masa dah nak habis kenduri tu dah mula dah orang berkaraoke. Kalau dari awal orang berkaraoke mahu hujan lebat. So, untuk mengelakkan cuaca yang elok, cerah dan panas bertukar menjadi hujan baik sesi karaoke dibuat waktu majlis dah berakhir. Eceh. First orang yang nyanyi ialah anak Busu. Haa, tu memang keluarga yang memang suka karaoke. Habis satu family dia berkaraoke hari tu. Lepas tu ada lah orang lain. Hazlee, Kak Ija, Amal etc.

:: Meja kerusi dah berkemas dah masa ni. Karaoke still jalannn ::


Woahh. Akhirnya, habis jugak aku update pasal kenduri kahwin Farahain dengan Helmi. Lama gila masa aku ambil untuk update pasal benda ni. Tu lah, siap berpart-part siku lipat. Konon rajin sangat letuwww. Padahal, dah sebulan lebih baru siap. Apa lahhh. Pasal sesi mengemas, bukak hadiah semua tu lupakan je lah. Tak payah c: