20141118

Control

I think
I need to learn
How to control myself
Huh?

20141107

Auntybab

Dah lama dalam draft. Budaknya pon dah 11 bulan berapa hari tah. Nak setahun *duhhhh*

_______________________________________________________________________________________

3 December 2013 haritu kan, iols officially jadi Auntybab sebenar. Auntybab yang gagah perkasa. Hahaha tetiba gagah perkasa sangat :p

Selama ni memula dulu Iffat, lepas tu Fayyadh, lepas tu adik Ijat panggil aku auntybab. Walaupun adik Ijat tak pandai cakap lagi masa tu terus pindah. Oh 3-3 ni semua yang mummy jaga sebelum ni. Semua panggil aku Auntybab paling best, paling ohsem, paling comel, paling gemuk! Eh?

Kali ni betul-betul fruit son, no baby sit punya kanak-kanak. Tehehehe.


Angah kan memula kalau tak memang kena bersalin 3/12. Kalau tu kena induce. Due yang sebenar-benarnya 15/12. Tapi tak jadi, sebab memang tarikh tu dia tetiba memang nak beranak. Ha senang tak payah paksa-paksa. Katanya takut baby besar ke apa tah. Tidak ku tahu.


Ni first time aku bagi tahu orang. Hahaha. 2/12 malam tu kan angah dah pergi hospital. Kalau takde tanda nak bersalin pon memang kena bersalin 3/12 jugak. Malam tu kan, macam aku pulak yang nak beranak. Awal-awal nak tidur tu rasa macam tak boleh tidur. Terfikir-fikir muka baby macam mana. Comel macam aku ke? Gemuk macam aku ke? Hahahah kemain over!

Kot macam ni ke khennn. Erk? :p

Esok pagi wassap tak beranak jugak lagi. Tetiba pukul 10 macam tu kot Syawal cakap dah 10 cm! Finally. Tunggu rasa nak berak je lagi chuols. Lepas tu apa lagi, teran lah. Kau tahu tak perasaan bila dalam berapa minit je lagi, lepas tu ada baby seketul lepas tu nanti kat rumah kena siap sedia dah nak dengar bunyi baby bau minyak telon apa bagai. Excited dan nervous. Again, aku yang over! Kahhhh

Akhirnya, pukul 10.06 pagi tonet selamat dilahirkan! Ingatkan besar, rupa-rupanya kecik coinonet. Berat 2.5kg, tinggi 51 cm, ukur lilit kepala terbesar sikit 34cm. Hahaha boleh pulak ter kan. SVD!

Gambar ni je yang ada. Syawal tak tahu yang boleh amik gambar. Tu pon doktor yang tanya tak nak amik gambar ke? Heh dah rugiii

Penantian aku tu macam mana? Oh, rupa-rupanya macam babah dia... punya kulit! Wakakaka jangan marah ha :p  

Lepas tu Syawal ws gambar tonet, cakap angah tengah jahit lagi. Banyak lah jugak kena jahit. Oh, masa tu aku dah terfikir mesti kena buat episiotomy. Yang kena gunting tu. Lepas tu aku pon bebajet banyak sangat pengetahuan tuuu tanya Syawal epi ke? (episiotomy) Hahahahahaha yang dia fikir aku tanya happy ke. Memang tak lah weh, sejak bila pulak aku eja happy macam tu. Dah hantar ws baru aku teringat kalau epi shortform epidural! Ha tu lah bebajet tahu sangat kan. Salah faham sangat! Terus Syawal tak balas dah kah kah kah.

Tengah hari pukul 12 macam tu kot, aku dengan mummy dengan Fayyadh dengan kelajuan cahaya cepat-cepat bersiap nak pergi hospital. Cehhh. First time tahu tak aku bawak kereta naik MRR2. Nasib baik tak jauh.


Sampai hospital, bukan ada baby pon kat bilik. Baby kat nurseri. Dah kitorang tercengok menunggu nurse hantar. Sekali dia dah hantar, alahai keciknya engko tonet! Kepala tu haih sampai tenggelam letak kat dimple pillow.


Lepas tu balik. Dah baru je balik tetiba angah call suruh datang sebab Syawal nak bawak balik uri, nak basuh & tanam. Takde siapa teman dia kat hospital. Pulak. Kali ni aku naik motor. First time jugak aku bawak motor naik MRR2. Hahahaha kau semua first time Abo.

Peliknya aku pegang. Dah macam nak tercekik tonet.


Petang diorang datang balik. Abah, along pon datang sekali lepas balik kerja. Malam tu mummy yang teman angah kat ward sebab bilik 2 orang, so no lelaki. Syawal menangis kat rumah tidur sorang-sorang :p


Esok dah boleh balik. Walaupun dalam pakej, kalau normal 3 hari 2 malam. Balik lepas maghrib. Kali ni aku first time bawak motor naik MRR2 waktu malam. Ha ye lah tak habis-habis dengan first time dia tu. Kemain, singgah McD jap nak beli prosperity konon nak jealouskan angah. Hmmm, hagham dia nak kesah. Hahahaha

Time bersiap kemain kuat dia nangis. Aku time tu dah bermonolog dalam hati, hmm habislah balik rumah nanti. Kuatnya dia nangis -___-' Hahahaha


Ha sampai situ je cerita okay tak? Oh, hari ke-3 dah bagi nama. Muhammad (yang terpuji) Aniq (yang menawan hati) Amzar (yang mulia) bin Muhammad Syawal. Sekarang ni dah besar dah pon. Dah macam-macam peel ada. Kadang-kadang sampai rasa nak bawak bergusti pon ada. Geram!! :D

















20141030

CCM : Cameron Highlands 2013

Lama sungguh iols tidak berblogging. Duit kat nuffnang pon macam gitu je aku nengoknya. Ada lah naik sesikit dalam 2-3 kupang. Lol.

Kemain lama tu sampai lupa pasal cuti-cuti Malaysia kekononnya tu walaupun tidur sana satu malam je. Kemain. Ni kira short trip, short vacay, getaway. Ha lebih kurang je kan semua terms tu kan? Semua perkataan aku balun. Biar senang sikit nak faham kot ada yang terbengong-bengong nak memahami apakah itu short trip, apa tu short vacay. Hahaha kau dah kenapa Abo. Eh tapikan ada orang yang eja gateway lah getway lah gateaway lah. Pagar tu nak pergi mana woi eja gateaway. Aku pon dah confuse nak eja macam mana. Setelah digoogle ni ejaan sebenar eh

GETAWAY
  1. a place where one escapes for relaxation, vacation, etc., or a period of time for such recreation: a little seaside getaway; a two-week getawayin the Bahamas. used as a means of escape or fleeing: a stolengetaway car. used for occasional relaxation, retreat, or reclusion: a weekend getaway house.
  2. dictionary.reference.com/browse/getaway
So, ada faham ke tidak? Annoying jugak kan aku nih siap kemain rajin nak google untuk tunjukkan kebenaran. Hebat sangat lah BI kau tu? Haktuih :p

Hahaha woi ni dah bulan 10. Pergi Cameron bulan 10 ke 11 tah tahun 2013. Ni bulan OKTOBER, tahun 2014. Nak dekat setahun. Ke dah setahun. Walaupun dah lama, aku tetap jugak nak blogkan. Eh, Aniq pon dah nak setahun -_-'


Memandangkan sudah lama berlalu, iols tersangat lah lupa macam mana boleh semua setuju je, on je, tetiba semua depolarized sampai reach threshold level dan setuju. Kau dah kenapa tetiba nak bebajet biology bagai ni. Lol

Yang aku ingat, bertolak dari rumah pagi. Guna highway Plus keluar tol Simpang Pulai. Tak ikut Tapah. Sampai sana dalam tengah hari. Makan tengah hari? Makan kat apartment je chuols. Bawak bekal dari rumah. Mummy masak nasi dengan rendang ayam. Tu pon bisa menyenakkan perut sekalian umat rombongan. Kekenyangan dan mahu ketiduran.

Sampai sana tengah hari, tak check-in lagi. Pergi Big Red Strawberry Farm. Sebelum pergi dah google tempat menarik kat Cameron Highlands. Kebanyakan orang memang pergi sini. So, lai lai lai. Moh kita pon pergi sini jugak. Kang mummy bersembang kat depan dengan Cik Arah Cik Mah senang nak cerita kan. Lagi pulak memang tempat orang selalu pergi. Kalau mummy tak pergi, macam mana nak bersembang? Kah kah kah kongajo sangat *dush*




Memula kekononnya nak makan macam-macam. Maklumlah, nafsu. Lepas tu katanyaaaaa nanti nak makan dekat ladang teh je. Iols okay je. So, kat sini makan sikit je. Takde lah makan sangat. Beli aiskrim ke apa benda tah. 2-3 jenis. Paling untung, aku tak beli apa-apa. Aku ngap orang punya je. Sangat untung. Dan menjimatkan. Hahahaha





Abah tunggu kat kereta je sambil makan ubi rebus panas panasss




Dah lepas tu, baru lah pergi check-in homestay/apartment. Kat Tanah Rata. Apa ke namanya tah, aku pon tak tahu. Yang aku tahu, 3 bilik. Besar. Untuk 10 orang muat. Homestay macam biasa lah, ada dapur. Macam rumah. Tapi nasib baik mummy tak begitu rajin nak masak. Hahahaha nasib baik? Ha ye lah aku kan suka makan luar, so tu macam peluang. Lol. Mummy masak lagi sedap tahu? & lagi jimat Ya Allah tak habis-habis lagi ke pasal penjimatan berganda kau tu Abo zzz

Petang lepas asar, hujan. Hujan hujan hujan dan hujan. Agak-agak dah reda sikit, terus keluar nak pergi pasar malam. Kang pergi pasar malam lambat-lambat, ramai sangat.






Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa takde lah menarik sangat. Biasa-biasa saja. Ke aku yang tak pandai nak menikmati keseronokan ittewww. Haha. Tapi kalau nak beli borong macam sayur, buah termasuk strawberi boleh lah. Tapi kena jalan hujung ke hujung. Kang takut dah beli, kat depan sana lagi murah rupa-rupanya. Tak ke dah rugi. Manjang fikir rugi aku ni -__-'

Esok pepagi dah check out. Pergi sarapan jap. Lepas dah kenyang melantak nasi lemak dengan ayam goreng :D terus pergi Bharat Tea kat tanah rata. Mak sesampai kat sana terus masuk kedai dia nak beli teh. Gelojoh benor. Orang dah cakap nanti nak pergi Kea Farm. Situ mesti lagi murah. Dia nak beli jugak, biar lewww.






Balik sempat singgah dekat tempat ada tulis Tanah Rata ni. Berhenti. Nak amik gambar kenkononnya. Mengada gila aku tetiba malas. Tak nak amik gambar. Dah orang nak ajak balik baru nak pulak :p Mengada sangat malas orang nak layan heh. Oh lepas tu time tu ada kereta yang lalu-lalang kat situ tetiba nak hon kitorang sambil pandang-pandang. Apasal? Jealous? lol




Kea Farm. Pergi. Aku takde duit. So, tak menarik mana pon bila pergi tempat  yang memerlukan duit dan kau takde duit. Hahahaha. Mummy beli strawberry lepas tu rugi. Along beli lagi murah. Dah lah pek besar. Ha tengok, fikir rugi lagi. Nampak sangat nak murah je aku ni kan -___-' Hmm keturunan :p





Oh, otw nak balik singgah Bharat Tea yang lagi satu kat mana tah ni. Yang ni berhenti sebab nak pergi sendiri kat ladang. Yang kat Tanah Rata jauh nak berjalan. Kena turun bawah pulak tu. & time tu lepas hujan. Kosser sangat nak pergi. Yang ni depan parking je ladang dia. So pergi lah ke situ.


& lepas tu balik! Cameron best lah jugak. Tapi takde lah memanggil-manggil sangat nak suruh aku pergi sana lagi lepas ni. Biasa-biasa je. Mungkin kalau aku dah ada duit berkepuk-kepuk dalam poket baru syok kot. Hmmm berapa tahun lagi lah tuuuuu :p

So itu lah dia cerita tahun lepas yang boleh tahan juga lah dia punya dah berkulat tu. Muehehe. Kbai!