20110120

Tutorial kalkulator 350MS ke 570MS

Haha sekarang ni aku dah berhijrah masuk tahun 4 AMANAH dari 3RAJIN. Then mula lah cikgu suruh beli ini lah , itu lah. Di antara barang yang cikgu suruh beli ialah kalkulator 570MS/ES.Kemudian , disuatu pagi , pabila lampu ciptaan Allah mula menyinari bumi , burung berkicau , aku terserempak dengan sebuah blog  ni. Boleh pulak terserempak dengan belog kan. Biasalah BM fail. Dekat belog tuh , dia ada ajar macam mana nak hack kalkulator 350MS ke 570MS. Tutorial ni valid untuk budak IPTA , SPM , PMR , UPSR . Haa budak upsr kalau nak kuda dengan cikgu gunalah. HAHAHA. okay okay , jadi harini aku nak kongsi ngan korang ilmu yang aku ada ni. Nak tak ? Taknak boleh berambus sekarang.

Bahan-bahan yang diperlukan : 

1. 1 buah kalkulator CASIO FX-350MS . ES tak boleh ye. siapa yang ada ES tuh pergi nangis balik rumah jumpe ibu suruh belikan yang MS punya. Hahaha.
2.Mata untuk meneliti step2
3.Jari yang kudung untuk menenyeh kalkulator anda

Mula mula , bukak cover kalkulator , bersedia dengan tangan . Tenyeh button MODE kuat kuat sampai patah jari dan pecah skrin ! :D 


Okay , now uolls tekan number 2 dengan penuh semangat ! Jangan tekan dekat skrin pulak . Iphone bapak korang boleh la . Lepas tu , tekan number 24.


Lepastu , tekan M+ sampai jadi 80 


tekan lagi sekali M+ die akan jadi macam ni


Tekan lagi button M+ , dia akan bertukar macam ni 


Tekan 2. Pastuh tekan anak panah ke atas.


Okay rilek dulu , makan kitkat ke. HAHA. then , korang tekan 13131313131313 sampai dah tak boleh tekan lagi dah. Pastikan turutan 13131 betul. jangan jadi 1131313113111 pulak okay ?  


Bile dah jadi macam ni , ringankan lah tangan anda , dan silalah tekan = 


Die akan jadi macam ni . Then tekan lagi =


Pastuh korang tekan 01 , bukan 1 tapi 01 . Kemudian , tekan = pada masa yang sama.


pastu akan jadi camni . Last step , korang kene tekan AC bukan AC MIZAL ye dan kemudiannya MODE. dan PROFITS !!


kan dah jadi ? Suke tak suke tak ? :p takyah membazir nak beli kalkulator baru. Tapi setiap yang baik ada yang buruknya jugak. Kalkulator 350MS yang telah dihack ni,tak ada fungsi kalkulator 570MS yang sepenuhnya.Setakat EQN BASE semua tuh adalah.Jadi kalau kau nak yang power punya , angkat buntut , pergi POPULAR, angkat satu kalkulator 570MS :P

20110119

adikku sayang

Hokey, hari ni aku kembali bertugas sebagai penulis blog yang memang tak pernah ditauliahkan sejak azali. Okay, itu memang dah lama aku tahu dan jangan nak pernah mengulanginya lebih dari seploh kali. Sangat-sangat dilarang dengan amaran yang sangat keras lagi teguh dan utuh (?)


KENA AJAR MENTEE ?

Kat sekolah macam biasa awal tahun ada program untuk budak PMR yang cemerlang macam aku tahun lepas ;p program tahun ni ADIKKU SAYANG. Mentor form 4, mentee form 3. Macam pelik je aku nak jadi mentor ni kan. Aku dah lah pemalu macam siput macam mana nak jadi mentor T_T ni bukan rancangan realiti TV

Semalam jumpa dengan mentee-mentee sekalian yang lebih kecil dari aku yang macam gergasi ni. semua budak kelas 3R. Heh heh sama dengan kelas aku tahun lepas. Dak dak 3R memang pandai kannn. Jangan nak cakap DAK DAK. apakah itu?

mentor : FATIHAH + FATIHA
mentee : Syasya, Syazwani, Rafidah 

Aku memang senyap je time jumpa ngan diorang yang banyak bercakap macam burung kena tarik ekor tu EAH. Macam-macam dia cakap, aku hanya mampu jadi pendengar setia. Kan aku dah cakap, aku memang pemalu macam siput, jadi memang banyak perkataan yang keluar dari mulut aku HAHA


p.s. aku tahu elya lagi hebat bila buat entry -____-

20110114

this is fucking hilarious

aku tergelak depan laptop , ibu pun pandang pelik . tapi sumpah lawak . 


20110107

Form 4 BUKAN tahun fantasia bulan madu

*disertakan imej yang tak berapa nak memberangsangkan untuk menghubungkan sel-sel otak yang masih belum dipolish setelah 2 bulan bercuti 

...Fantasia Bulan Madu ? 


Demi cintaku pada mu

Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora


Demi cintaku padamu

Kukorbankan jiwa dan raga

Biar pun harus ku telan
Lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara

EH . Ni lagu kumpulan SEARCH . ha , maaf . Entri kali ni ditulis oleh amatur tepi jalan kelas 4 AMANAH yang berjaya mendapat GRED E untuk subjek BAHASA MALAYSIA PMR . jadi , ayat saya tidaklah sehebat dan sepower penulis asal belog ini  . Oleh sebab cik abo yang comel lagi manis dan kepochi malas nak mengupdatekan belognya , jadi saya telah menggodam password beliau dan seterusnya akan menggantikan beliau untuk entri kali ini . 

Hadirin dan hadirat sekalian ,
 *eleh tahulah BM dapat E over pulak kan :D kembali kepada topik utama 

Berbulu dah telinga aku hari hari dengar benda yang sama . Sejak pertama kali aku jejakkan kaki aku yang tak berapa nak wangi ni ke sekolah sampai lah hari terakhir aku ke sekolah untuk tahun minggu ni , cikgu asyik ulang benda yang sama . Apa motif sebut banyak kali , masih tidak diketahui .  Geli geliman pun ada dengar perkataan HONEYMOON tu kan :\  

Anyways , dalam seminggu kita bersekolah ni , memang best . Memang tak belajar langsung sebab cikgu semua cakap " DO YOUR OWN WORK" . Apa lagi , membazir air liuk je lah keja kiteorang sebab stok air liuk ni memang takkan habis kan . Bukan macam stok kiub pati ayam MAGGI . sekali campak dalam kuali  , terus habis . haha tak sabit tiba tiba cakap pasal kiub pati . But , hari ini kita orang ada belajar siket . So far ,  Add math , Physics , Chemistry , Bios dan Logos memang KACANG bagi aku . 

Bukan nak menunjuk pandai , tapi cuma nak memotivasikan diri ini yang memang sudah penuh dengan VITAMIN M yang semakin mencanak canak tumbuh dalam diri aku ni .Korang pun boleh ce try puji diri sendiri pandai walaupun tahu diri tu  kurang bijak mengalahkan beruk yang memang dah bebal macam aku ni  , manalah tahu tetibe boleh jadi pandai cam AMALINA tuh . Hm sebelum aku tamatkan riwayat entri kali ni  , aku nak selitkan siket peribahasa yang telah diubahsuai mengikut trend masa kini .

Hendak seribu daya , tak hendak tak apa .


-yang lelah menulis E***