20101223

:')

ALHAMDULILLAH :')

20101219

tak boleh tidur pulak. haiyoo T________T

20101121

NUR IFFAT

:: HAI xD ::


oh, baru berapa hari dah rindu dengan budak kecik tapi tak kecik, gemuss tapi tak gemuss sangat tapi awhh I LIKE :') tapi macam tu pon selalu aku panggil 'gemok, sini cepat' huahuahua, kijams gila panggil gemok.


:: iffat melombong bijih timah :I ::


dia mestilah panggil aku aunty tapi aunty bukan sebarang aunty tapi auntyBAB. haishh, ain lah yang mengajar panggil aku auntybab. agak kurang kan ajar budak yang tak tahu apa-apa panggil aku macam tu. takpetakpetakpe T___T







NUR IFFAT! cuti sekolah dah lah lama, dah susah nak jumpa iffat sebab ibu+ayah dia cuti jugak. biasalah cikgu, cuti pon dapat gaji kalau macam tu aku nak betulkan segala jenis wayar dalam otak aku biar pandai sikit lagi, sekarang ni pongg dah pandai tapi nak pandai lagi senang nanti boleh jadi cikgu, banyakkkkkk cuti. wakaka masuk bakul angkat sendiri =.="



:: angah cakap gambar ni macam orang gatal ::


 post seterusnya,

20101101

kantoi

okayy, sekarang aku suka lagu kantoi walaupon dah lama lagu ni. first time dengar time kat rumah elya hari tu, adik dia LISA nyanyi lepas tu bukak youtube video dia sendiri. yea aku suka lagu tu sampai sepuluh kali dengar pon takpe, tapi dengar kat phone mak. apakan daya, phone aku cap ayam je T__T




zee avi- kantoi

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy...




walaupon lagu ni rojak pasembor, rojak buah semua ada aku tetap suka. kalau orang dewan bahasa dan pustaka dengar mesti lagi suka sebab bahasa rojak kan :I

ni lisa nyanyi lagu kantoi :DDD






//tak pegy sekolah hari ni. yeayy >.<


post seterusnya,

20101029

melaka river cruise


naik ni lepas pegy A FAMOSA. RM10 memang murah kan berbanding dengan cruise tasik putrajaya. cuma yang ni open yang putrajaya tu air-cond. setakat air-cond je pon + kat sini lagi menarik tertarik kau memang da bomb. cuma naik tengah hari so memang panas menggila lah kan. melaka panas :I



aku duduk tepi sekali dan hujung memang kena lah kan cahaya matahari. dah lah lama 45 minit, memang terbakar kulit sampai merah kaki aku. sungai dia berbau. bau hanyir je kot lepas tu ikut tempat nanti mesti nampak ikan mati kat tepi-tepi tu sampai ada yang dah kembung. sebab tu busuk kot




abah cakap lain kali kalau pegy nak naik malam lah sebab mesti cantik nanti dia pasang lampu-lampu. kat kampung morten tu pon dekat bumbung dia pasang lampu, kat pokok-pokok, bangunan yang ada lukisan semua tu. oh, saya soooooooka


::monorel yang tak boleh guna :S ::

//lupa nak publish, huahuahua 

post seterusnya,

cendol :)


lepas naik cruise + makan ain nak makan cendol pulak. jalan kaki (lagi) pegy kedai cendol depan stadthuys. ramai gilaa orang yang makan kat situ oh kalau dah ramai tu maknanya takde tempat dan terpaksa berdiri kat tepi menunggu ada tempat kosong. nasib baik tak lama =.="

ain je yang makan cendol, aku makan abc along angah pon kongsi makan abc jugakss. abc dia terbaik, memang sedap terangkat marvellous delicious meletup slrrpppp :DDD



cendol dia sedaaap gila bagi aku sebab kacang merah dia lembut. maknanya orang yang berniaga tu memang pandai buat lah kan sebab tu ramai orang yang makan kat kedai tu selain sebab panas ya ahmad :S


post seterusnya,

dataran pahlawan



lepas turun dari taming sari jalan kaki ataupon dalam kata lain naik bas no.11 pegy dataran pahlawan sebab kat situ kan banyak kedai-kedai yang jual inang-inang, lampok durian, dodol, belacan, cencaluk semua tu. abah duduk dalam kereta je sebab malas + nak baca surat khabar HAHA



oh, kat sini lagi mahal dari kat umbai kot mungkin sebab sewa dia mahal aku pon tak tahu. mak time kat umbai nak beli tudung saji tapi cakap tak payah lah nanti pegy dataran pahlawan mesti lagi murah sebab kat situ banyak kedai. tapi hampeh, lagi mahal dari umbai



beli apa je, aku nak opak ngan kuih piring. mak beli inang-inang je kot sebab dodol, cencaluk, belacan, inang-inang (lagi) kawan along dah bagi malam tu tapi takpe lah.

post seterusnya,


menara TAMING SARI


esoknya pagi-pagi lagi dah keluar sebab hari ahad kan lagipon nak balik kl terus so kena cepat. sampai banda hilir pukul 9+ pegy sarapan dulu sebab taming sari bukak pukul 10. lepas kenyang makan nasi lemak lauk ayam goreng barulah boleh nak tawaf tempat-tempat yang menarik :DDD



nak naik taming sari kena tunjuk ic dulu baru boleh bayar RM10 kalau tak kena bayar RM20. dua kali ganda kot dah lah yang naiknya 6 orang, tak ke RM120 kalau tu. nasib baik ditanggung beres oleh along. oh, bagusbagusbagus I LIKE






post seterusnya,

U M B A I

senyap. dah lama senyap :I hari ni baru bermaya nak taip-menaip sesuka hati. kesah ha? macam tu eh sampai dalam hati nak cakap ada aku kesah ? sepak laju-laju kang baru tahu rasa kenikmatan hidup sampai berjuta-juta kali nak tekan button like dekat FACEBOOK.


hari sabtu 2 minggu lepas pegy melaka. first time pegy melaka dan kejakunan agak meninggi hampir tahap maksimum. yeayy, aku suka melaka sampai  berapa kali aku cakap nak duduk melaka kat abah time dalam kereta 




malam tu pegy umbai. aktiviti bersenam untuk mulut, bagus kan aktiviti senaman mulut ni gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati :DDD sampai-sampai je sana makanan dah siap atas meja tinggal nak makan je. 



fuhh, dari rumah ucu kat bukit rambai nak pegy umbai gilaaa jauh macam dari rumah nak pegy shah alam time nak hantar angah kat UiTM sebelum-sebelum ni. itupon umbai tu jauh ke dalam kot macam nak pegy kawasan pedalaman je kan, padahal tempat makan je pon ;b


makang-makang penuh satu meja untuk lapan orang. abah, mak, along, angah, ain, aku, ucu + kawan along. makan kat NAKHODA SEAFOOD. tapi kureng sodapp, along cakap kawan dia ajak makan kat alai ke mana tah lebih kurang tapi mokcik tu nak makan kat umbai jugak. rasakann








kat umbai memang dah tak sedap sebab tu orang tak ramai sangat. orang ramai makan kat kawasan alai. somewhere kat situ lah, aku pon tak tahu mungkin :I lain kali boleh pegy lagi tapi try yang kat tempat sedap lah kan :DDD

post seterusnya,

20101008

beberapa hari sebelum PMR



okay, hari ni hari jumaat tapi cuti sebab hari ni takde periksa. yeayy, 3 paper lagi tapi 2 subjek ; math + kh.




hari sabtu minggu lepas beberapa hari sebelum PMR. cikgu saja je suruh datang konon sebab nak susun meja tengok tempat duduk semua. malas tahu nak datang sekolah hari sabtu sampai kasut kotor pon aku tak basuh terus minggu ni pegy sekolah pakai kasut abah T___T



sebelum rehat masuk kelas tapi sekejap je sebab lepas tu rehat terus duduk bertapa dekat dewan ramai-ramai. tapi buat apa kat dewan aku dah lupa sebab dah lama kan,  tapi belum tahap purba zaman paleolitik neolitik logam semua tu. okay berhenti merepek kertas sejarah dah lepas.






susun meja kemas kelas semua tu untuk orang yang terpilih sahaja. nasib baik aku tak payah kemas kelas semua tu. fuhh, lepas dorang yang kemas kelas tu turun dewan, ada mohon restu salam cikgu-cikgu. semua nak menangis je kan tapi aku tak pon. tahan tahan tahan



time UPSR dulu aku menangis tapi aku pon tak tahu sebab aku menangis. sebab tu kali ni aku senyum je bila salam cikgu, cover-mengover itu amat penting. KAH KAH KAH. cikgu najwa ngan cikgu azlin menangis tapi cikgu hasniza, teacher biasa je. cikgu lain tak perasan :I


post seterusnya,