20110425

Cer cite II

Dalam perjalanan menuju ke Lab Bio di hujung blok C, terserempak dengan cikgu BI kelas 4Amanah. Haaa, siapa lagi cikgu BI kelas aku kalau bukan Cikgu Jospehine yang berketurunan Kadazandusun iteww. keh keh

Dia berjalan secara lenggang kangkung dan aku bersama-sama dengan azreen berjalan gaya kangkung ;p Dia kat depan, kitorang kat belakang. Bagai anak membontoti ibunya. Bau minyak wangi dia, perghhh, menikam ke  hidung!

Azreen : Teacher, lepas ni pegy Computer Lab eh?
Teacher : Yelah. Kenapa, awak tak mahu masuk ka?
Aku : Ya, saya tidak mahu masuk.
Teacher : Kenapa pula tak mahu masuk? Cer cite cer cite
Aku + Azreen : HAHAHAHA, pengaruh Kak Limah

:: nah, gambar Kak Limah sekeping::



*lebih kurang gitulah dialog aku, azreen + teacher JO

20110422

Kentuiiiiiiiiiiiiiit

:: Kentut bikin gua seteresss ::

Masa kejadian; hari Rabu waktu English ajaran hampir sesat Pn.Josephine Wong

Teacher datang kat setiap meja nak tengok kerja writing yang dia bagi

Aku : Aduh, dia dah nak datang sini. Weh, (cakap dengan AZ) tanya lah dia pasal grammar ni.
Az : Cepatlah cari *sambil selak-selak buku grammar rules laju-laju tak pandang kiri dan kanan

**************

Aku + Az : Teacher, kalau yang ni bla bla bla
Jo : Ouh, sekejap * terus jalan ke depan ambil iPhone dia

**************

Jo : Yang ni bla bla yada yada ... 

Bila agak-agak dia dah nak habis terangkan terus aku bangun sepantas kilat jalan secara laju menuju ke meja Aje. Teacher dah pandang pelik, Azreen tergelak-gelak dah. Aku kat meja Aje tanya dah siap writing [sambil bernafas macam baru kena kejar hantu]? Huahuahua

DAH SIAP. *aje cakap








Damn, aku terus patah balik jalan menuju ke belakang kelas, tempat duduk aku.

Jo : You kenapa tadi? Nak KENTUT ke?
Aku : Huh, mana ada *sambil gelak volume hampir mencapai tahap maksimum*
Jo : Cakap lah betul-betul, you KENTUT ke? Jangan malu
Aku : Mana ada lah. kah kah kah
Jo : Habis tu tadi kenapa tiba-tiba bangun terus laju pergi ke depan?
Aku : Ouh, saje je nak pegy kat sanaa.


Masa kejadian ; Semalam ...

Masuk je kelas, lepas cakap GM ++, dia datang kat meja aku. Tahu dia tanya apa?

Hari ni you taknak KENTUT ke?

Okay teacher, okay T___________T padahal aku buat macam tu sebab aku cuak dia nak cek buku writing. Aku tak siapkan lagi report pasal cleanliness of the school. Hampehhhh. Reti menyiapkan kerja sekolah? Eh, time tu Az pon tak siap. Kannnnnnn?

20110420

Mid Year Exam

Coming soon.

20110419

Kotak rokok.

Baring-baring atas katil dalam bilik. Seronok! Ain baring kat katil dia, seberang katil aku. Leh, boleh pulak seberang-menyeberang bagai kan. Pon boleh ;p



Amaran keras: Ibu-ibu mengandung dan pesakit jantung dilarang membaca kerana takut terberanak / kena serangan jantung.

:: merokok membahayakan kesihatan ::



Masa kejadian ; Baru sahaja berlaku. 



Aku : Malam tadi aku mimpi pakai iPhone. Best gila weh, pakai iPhone. *realitinya memang takkan T___T
Ain : Orang tak tahu mimpi ke apa malam tadi. Lepas tu pegang phone. Eh, apa benda ni? Kotak rokok? *terus buka tingkap nak buang*
Aku : HAHAHA
Ain : Lepas tu pusingkan lah phone tu, lepas tu tengok Eh, berlampu lah
Aku : Kah kah kah, bengong gila kau
Ain : Bukak tengok-tengok ada password, terus tekan password. Tahu pulak tu ada password
Aku : Nasib baik tak buang, bengong betul 
Ain : Tu lah, nasib baik tak buang.


HAHAHAHA, boleh pulak pegy ingat phone sendiri kotak rokok. Nasib baik tak buang, kalau tak memang rosak lah kan. Eh, kalau buang boleh beli BB. HIHI ;p


23/4

20110414

Yawa-Starbucks Green School Carnival



Yawa-Starbucks Green School Carnival
9-11 April 2011
Denai Alam Riding and Recreation Club

:: 3 students from Surabaya ::

Hoyeahh, aku pegy kem kat situ ler. 3 hari 2 malam, tidur dalam khemah T_____T. 4 bas kot semuanya, 22 buah sekolah. Hamek kau, tak cukup ramai lagi tu? 4 orang dari Surabaya Indonesia (3 perempuan, sorang leaki). Tapi dalam kumpulan aku takde dak-dak Indon ;p

:: Aku kumpulan 1; CAFFE MOCHA ::
*say hye to IRFAN

Dah kata Yawa-Starbucks Green School Carnival, nama kumpulan mestilah berasaskan nama kopi yang ada kat starbucks kan. Ada nama kumpulan Pumpkin Spice, apa tah lagi. Aku ingat yang tu je sebab aku fikirkan rasa dia mesti sepelik nama kan. Paling ingat nama kumpulan sendiri lah kan, CAFFE MOCHA 


Makan dari hari pertama kat sana sampai hari terakhir guna daun pisang. Cawan lu pikir lah sendiri. Aku guna botol 100plus yang dah kosong aku minum untuk recycle banyak-banyak-banyak kali. Makanan kat sana okay lah. Keenakan dan kesedapan aku bagi 4 daripada 5.

Oh, setiap kali makan kena ada beberapa orang pegy amik nasi, lauk masuk dalam mangkuk, hidangkan untuk orang lain. Tapi kumpulan aku nak apa-apa sendirian berhad. Eh, ketua kumpulan YOGI dia tak makan selagi orang lain tak habis makan. Kalau lauk tak cukup dia tambahkan. Sangat baik!


:: MY GROUP MEMBERS :DDD ::

Hari kedua kat sana ada 16 workshop, yang aku ingat ada 2 fotografi, buat sabun, silk printing, buat roti BOM, CPR, kraftangan daripada telur. Apa benda tah lagi, aku tak berapa nak ingat semua tu. Roti BOM dia walawehh, percaya sama gua. Sedap to the max okeh. Malam setiap kumpulan kena buat presentation pasal entrepreneurship.


:: Aku yang paling besar tu ;D ::
:: Tak nampak kasut aku kat mana T____T::


Aktiviti hari terakhir buat apa je. Main dengan tali kena buat bentuk bulat konon BUMI. Semua orang kena campak kasut kat dalam tu konon sampah. Ha, cenggitulah. Lepas tu, pegang tangan untuk passkan hulla hoop(?) sampai orang hujung. Kumpulan kalah kena buat aktiviti selut. Kumpulan den monang!




// Time kat camp tu, ada dia ni; DANIEL. Pelakon cerita apa tah, 
AZ memang suka dia sebelum ni. Bila nampak terus macam orang sakit jiwa. 
Ouh, dia satu kumpuan ngan AZ pulak tu. Lagi lah makcik tu suka gilaaaa kan. 
Daniel ni sekolah kat SMK DAMANSARA DAMAI 1.

20110408

S T R E S S

Assalamualaikum, Hai, Hello, Apa khabar?


Hari Jumaat. Sedih sikit sebab ada PHYSICS. Aku tak tahu kenapa aku tak suka physics. Physics boleh bikin aku seteres tahu? STRESS STRESS STRESS. Wooo, aku tak tahu kenapa. Aku dah cuba untuk mencintai physics tapi tetap tak boleh. Benci betul aku dengan perasaan yang sebegini rupa.

Dalam lab physics;

Aku duduk depan sekali, konon semangat nak belajar subjek yang paling dicintai dan saling mencintai. Hampeh

Cikgu ; Okay, buka buku teks muka surat .. buat latihan .. muka surat .. latihan ..
Aku ; Aduh cikgu, yang ni pon tak siap lagi. Banyaknya
Cikgu ; Kenapa tak siap lagi. Ni mesti malas.
Aku ; Saya tak faham lah cikgu dari tajuk INERTIA
Cikgu ; Kenapa tak cakap, hari tu saya tanya faham tak? cakap faham je. Bla bla bla yada yada yada.


Lepas tu dia terangkan balik dari tajuk inertia kat semua orang. Okay, THANKS!

Sambil buat modul, buat soalan dalam buku teks dia datang kat meja tanya faham tak apa semua. Dia cakap jangan ambil hati sebab cara dia cakap macam marah je + lain kali tanya kalau tak faham. Haih, masalah sungguh haku. Keh keh keh ;p



Okay CIKGU ELIS SUHAILI, dah kurang sikit stress bila cikgu ajar balik. 
TERIMA KASIH DAUN KELADI


20110407

S H I B U K



Haaa, lama sudah aku tidak mengepos bahan tidak berfaedah lagi tidak berguna lantas menjadi sampah masyarakat di sini. Siapa setuju, angkat tangan macam saya SOLEY SOLEY SOLEY LEYYY :D

Cuba bukak mata besar-besar sikit bior nampak apa minatang aku post tu hah. Kau nampak? Mak cik ELYA dak dak Emareseng post kat chatbox tanya aku RETI UPDATE VELOG? Hesh, ni yang aku malas nak menaip ni, panjang bebenor ceritanya. Tapi takpe lahhh

PERTAMA ;

Dah sebulan aku mula tusy ataupun dalam bahasa baku englishnya, TUITION. Aku sebenarnya malas nak bertusy-tusy bagai ni tapi apakan daya, dalam kelas BIO yang cikgu TUTI frutti ajar tu kadang-kadang aku faham, kadang kadang aku rasa macam nak bako je lab tu bila tak faham langsung. HESH T__T .

Aku ambil 4 subjek je sebab kalau amik satu RM33, kalau 4 subjek dan ke atas RM 25 satu subjek. Dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai menjilat jari baik aku ambil 4 subjek, cukupkan 2 keping not RM 50. keh keh. Oh, awak tusy kat Maths Clinic Setiawangsa je. Tak mampu nak masuk PREP. sobs sobs

BIOLOGY
PHYSICS
CHEMISTRY
SEJARAH

KEDUA ;

Tusy hari Isnin, Selasa dan Khamis. Hari Selasa ada perjumpaan Skuad PPDa tapi aku memang pegy. Sekarang hari Rabu takde perjumpaan Kelab sebab nak bagi laluan latihan rumah sukan. Baru 2 minggu. Aku semangat kesukanan memang membara-bara tahun ni, biasalah awak nak aktif koko. Minggu lepas aku pegy tapi semalam tak pegy sebab hujan lebat + guruh + kilat dan sewaktu dengannya. 

Maka saya penat dan mengantuk bila balik sekolah setiap hari. Itupun boleh dijadikan alasan kannn :P

KETIGA ;

Hari Jumaat minggu lepas pegy Kem Ketua Platun dekat Pusat Latihan Belia Bukit Lagong. First time hokayy aku tidur dalam khemah. Malam pertama masyaAllah, hazab sungguh aku nak tidur. Fanassss betul sampai baju aku basah. Macam mono ni

Malam kedua aku rasa nikmat gila tidur! Balik dari night walk pukul 3 aku rasa lepas tu mandi. Masuk khemah terus tidur, walawehh sedap gila tidur. Tak panas langsung + tak sedar apa-apa pong. Selalu begitu kalau pegy kem kan. Malam pertama mesti tak boleh tidur, malam kedua heaven gila tidur !

KEEMPAT ;

TAMBAHAN.Hari sabtu ni aku takde kat rumah lagi, 3 hari 2 malam juga. Sabtu, Ahad dan Isnin. Sibuk betul haku sekarang mengalahkan orang nak pergi pilihan raya. Ouh, pilihan raya Sarawak along pegy sana. Setiap kali ada pilihan raya kecil ke besar ke, mesti pegy. Heshh, jealous sikit. HAHA, lari daripada tajuk. Lariiiiiiii


SIBUK GILAAAAAAAA


p.s - Hari Sabtu minggu lepas ada majlis 
Anugerah Cemerlang kat Hotel Flamingo. 
Tak dapat pegy sebab pegy kem kan. Bior
 je lah, dapat jugak duit ngan sijil kan :D