20150617

Hippopo Baby Spa & Wellness

Haritu kan kan kan. Baby spa ni mula famous rasanya lepas Irine Nadia bawak anak dia, Medina pergi Hippopo kat PJ. Dah lepas tu ramai tanya dia ramai yang teringin nak bawak anak pergi situ. Irine pon untung terus dapat free 10x wehhhhh waaa mahal kot. Best best heheh


Ai is teringin jugak. Walaupun hakak tak ada anak, anak buah pon boleh ok. Mih mih mih. Memandangkan masing-masing rakyat marhaen je nak pergi spa macam mampu tak mampu je walaupun pergi spa berapa je kannnnnnn. Kan lah sangat engko. So takde lah heran sangat. Sekali haritu (haritu maksudnya dah lama yang memang betul-betul dah lama kahkah) tengok fb Hippopo. Diorang ada baru bukak branch kat Great Eastern Mall. Eh dekat! Lepas tu ada promo omg omg. PROMO!


Berapa? RM66. Kira ok lah daripada harga asal tu. Terus laju-laju call nak book. Orang tu ter’mummy mummy’ dengan aku. Ah lantak. Aku masih muda ok. Dengar suara pon dah boleh kenal pasti umur berapa kot. Muahaha.

Hari apa tak ingat. Yang pasti aku ingat masa birthday aku. 28 Mei 2014. Ha cer tengok calendar hari ni dah berapa hb. Sebab tu aku punya hari tu memang telur ayam dah sah sah menetas. Hari kerja. Angah amik cuti. Amik pukul 10.30 pagi. Dah lah tak pernah pergi GE tawakal je lah masing-masing. Nasib baik bukan aku drive.

Sampai sana cari-cari kat mana Hippopo tak tahu. Alamat tak perasan dalam fb. Terpaksa call. Lol. Rupa-rupanya kat atas sekali dekat dengn Toys’r’us .


Oh, sebelum pergi kena pastikan:
Baby dah kenyang menyusu
Baby cukup tidur & waktu appointment tu bukan waktu tidur dia
Takde injection sehari sebelum & hari tu (ni lupa)

Masuk-masuk tu nanti dia tanya ada buat appointment ke. Lepas tu dia bagi form untuk isi details. Sebelum mandi, kena bayar dulu ok.


Best! Setiap sorang baby akan ada sorang ‘penjaga’. Aku tak tahu nak panggil apa. Aku panggil penjaga je lah. Aniq dapat dia ni. Nama memang harap maklum takde ingat langsung. Eh, dia ni yang layan Noah anak Yasmin Hani dulu aku perasan. Hehe. Cara dia layan, main-main dengan Aniq memang best. Aniq pon suka je, #mudahterhibur . Eh? Hahahahaha. Kolam dia macam jakuzi ada bubble-bubble untuk kuatkan muscle baby. Lebih kurang gitu lah. & air dia air suam so jangan risau, kebarangkalian untuk baby kena hypothermia sangat rendah.




Untuk first timer, dia bagi mandi 20 minit je sebab apa tah. Lupa. Lepas mandi dia bawak urut. Boleh pilih nak pakai minyak biasa je ataupun tambah duit untuk guna minyak beraroma terapi. Manusia cheapskate harus lah pilih minyak biasa je! Hahahaha ala kegunaan tetap sama nak urut jugak kan ;)



So, keseluruhannya bagi aku Hippopo Baby Spa ni memang best. Layanan best! Tapi untuk harga dia bagi aku cukup lah sekali je engko merasa wahai Aniq. Nak mandi, mandi je dalam baby bath tub kat rumah tu. Nak urut, suruh mama urutkan. Jimat. KDK lah katakan!

FB : https://www.facebook.com/hippopobabyspa
web: http://www.hippopo.my/







20150612

Kuku

Haha ni memang dah dalam draft lamaaaaa dah. Sambung je lah.

Bentuk kuku ada macam-macam jenis eh. Kuku gelas, kuku cawan, kuku mug (eh ada ke). Yang ku tahu kuku gelas dengan kuku cawan je sebenarnya. Paling suka kuku gelas hoi lawa sungguh pulak tu jari runcing panjang. Lawa je tengok! Cer tengok jari aku, dah lah pendek. Gemok. Kuku? Kuku kole. Kahkahkah betul lah. Apasal tah besar sangat ibu jari. Rare sungguh :p

Oh dulu time sekolah rendah Syazana ada banyak yang garis putih kat kuku tu. Aku tanya kenapa dia je ada. Kau tahu dia jawab apa? Garis tu tanda orang yang rajin menabung. Perghhh time tu aku tengok kuku aku takde langsung garis tu. Terus semangat nak menabung sebab nak ada benda tu. Ye lah kalau orang tengok kuku kan tak ke dia tahu oh budak ni jimat, rajin menabung. Lepas tu aku fikir cepat sikit kaya. Mata duitan betul. Bengongnya. Siap ada pernah aku gariskan sendiri guna hujung pembaris kat kuku. Muahahaha


Eh tapi sekarang dah tahu dah yang garis tu tanda kau tu kurang vitamin. Oh, vitamin cukup ni *tiup kuku* :p

Haaa dulu masa Aniq baru lahir. Haruslah nak belek satu badan kan. Tengok kuku dia. Oh kuku gelas. Jari runcing ni. Ha baguslah. Lawa lah lelaki jari panjang kuku gelasssss. Bagi aku lol. Tapi sekalinya sekarang takde pon macam tu dah. Ikut jari mama lah tu kan chom? Pendek.


Time Hanan baru lahir pon haruslah tengok kuku. Kuku gelas jugak. Eh ke memang baby baru lahir kuku gelas dulu. Lepas tu decide nak kuku cawan ke gelas. Boleh eh camtu. Lepas tu engko taahu mummy cakap apa?


Oh kuku gelas ni nanti dah besar pandai masak ni.


Hahahahahhaaha ye ye je mummy tu. Memang macam tu eh. Kalau macam tu aku memang tahap master lah sebab kuku aku kan bentuk dia macam kole. Padahaaaal wkwkwk. Oh, aku sukaaaaa minum air kat kole puas gila gulp gulp gulp air sejuk masuk lalu kat tekak. Tu yang kuku pon terkenan nak bentuk macam kole jugak kot muahahaha

Tapi macam mummy takde pon berkuku gelas. Sedapppp je dia masak. Bertambah-tambah makan. Sambal ayam, ayam masak cuka, ayam berpengat, ikan terubuk pindang, nasi tomato. Semua lah sedap. Tu yang terpaling favourite. Ee nak ayam masak sahang lah. Makan dengan kicap perghhhh dap!

20150610

Hanako

Hamagatzzzz dulu nak tunggu semua kawin kemain berjanggut. Nasib baik nak tunggu anak buah tak lama sangat. 9 bulan je lepas Aniq lahir ploppppp yang ini pulak keluaq. Pantas! Tak payah tunggu lama-lama. Ha lepas ni siapa pulak? Kembar ok. Biasa biasa tak nak lol. Gaya macam order air ikat tepi je kan -_-


Along balik sini untuk raya terus balik untuk beranak. Kang kalau raya balik sini, nak beranak kang balik sini lagi. Orang kata kaya raya pulak. (Amin-kan cepat!) Padahal rakyat marhaen je. Eh? Haha. Padahal gap raya dgn due dah nak dekat kot. Lagipun 7 bulan dah tak boleh kot? Kena surat doctor. Tah, aku mana lah ada pengalaman lagi khenn *tddmka* *rolls eyes*



Nak pilih hospital pon susah rupa-rupanya chuols. HKL ke Hospital Ampang? Sebab 2 hospital ni je yang dekat dengan  rumah. HKL parking susah. Time tu bangunan parking baru belum buka walaupun dah berzaman siap. Bangunan lama tapi banyak pakar. Kalau Hospital Ampang pulak hospital baru, parking banyak siap tingkat tingkat tapi pakar tak banyak. Tapi kes-kes bersalin ni jarang lah kot nak guna pakar. Melainkan memang ada risiko. Tu memang dia dah suruh pergi HKL awal-awal kot. Tapi kalau beranak kat Selangor banyak benefit katanya.


Due padahal awal bulan 10. Berapa hb tah tak ingat. Lepas tu tetiba 24/9 hari rabu malam, dah ada tanda nak bersalin. Woahhhh. Along pergi hospital dengan mummy & Syawal. Tapi dia suruh balik sebab baru 2cm kot. Laju-laju Raman balik. Pagi esok pukul 9 kot dah sampai rumah. Kemain laju! Tik tok 25/9 tak beranak jugak. 26/9 hari Jumaat pagi dah pergi hospital. Pagi okay pagi. Petang baru selamat beranak.


Petang tu jugak aku dikerah tenaga pergi hospital bawakkan ikan garih panggang. Dah petang. Kalau Raman balik nak amik. Pergi sana balik, dah tentu tentu dah habis waktu melawat. Naik kereta petang Jumaat kat MRR2 tu dah tentu-tentu jem. Pergh aku naik motor bawak jauh jauh. Seriousss. Rasa gagah sangat. Bawak motor selit celah-celah lori. Nasib baik muatdan tak tersepit di celahan. Gittewww

Sampai-sampai tu tengok eeee keciknya. Aaaa baby. Newborn! Haha. Ai is sukaaa newborn. Kecik je. Fragile. Time sampai tu kemain sedap dia hisap jari.  Dari lahir membawak ke sekarang. Suka sangat hisap jari. Petang tu jugak kemain dia berak weh. Time Raman nak cuci bontot dia, angkat kaki dia ke atas dan dan time tu jugak lancar je keluar tahi tu. Dah lah lama. Banyak pulak tu. Hahahaha. Kulit dah lah kedut-kedut!


Esoknya 27/9 baru boleh balik sebab nak monitor 24 jam check gula dalam darah baby. Along hari tu GDM?

Dulu kemain kecik kan. Sekarang dah boleh lawan sumo dah gemuk gedempol. Tumbuk kang koko ni. Dah lah suka sembur-sembur cakap akoooo akooo lebih kurang. Sebab tu panggil koko. & Hanako. Heheh. Kalau menjerit pehhh kemain kuat. Nangis kadang-kadang tak boleh dibawa berbincang. Ada jugak yang merajuk karang. Hish Hanako ni.



 Time kat hospital aku tanya along nama dia. Rahsia. K fineeee. Hahaha. Lepas tu nak jugak jugak tahu. Nak klu. Lepas tu along bagitahu initial. H. Ada 2 H, takde Nur. Yang satu ada –an sebab nak sama dengan nama Raman belakang dia bunyi –an. Jenuh fikir teringat Hanan. Betul chuols. Heiibat. Lagi satu tak fikir lama memang ingat Humaira. Betul! Bijaknya daku terharu kahkahkah


Hanan Humaira binti Abdul Rahman
26 September 2014
Hospital Ampang
2.7 kg
SVD!


















Jumpa raya Koko!