20150610

Hanako

Hamagatzzzz dulu nak tunggu semua kawin kemain berjanggut. Nasib baik nak tunggu anak buah tak lama sangat. 9 bulan je lepas Aniq lahir ploppppp yang ini pulak keluaq. Pantas! Tak payah tunggu lama-lama. Ha lepas ni siapa pulak? Kembar ok. Biasa biasa tak nak lol. Gaya macam order air ikat tepi je kan -_-


Along balik sini untuk raya terus balik untuk beranak. Kang kalau raya balik sini, nak beranak kang balik sini lagi. Orang kata kaya raya pulak. (Amin-kan cepat!) Padahal rakyat marhaen je. Eh? Haha. Padahal gap raya dgn due dah nak dekat kot. Lagipun 7 bulan dah tak boleh kot? Kena surat doctor. Tah, aku mana lah ada pengalaman lagi khenn *tddmka* *rolls eyes*



Nak pilih hospital pon susah rupa-rupanya chuols. HKL ke Hospital Ampang? Sebab 2 hospital ni je yang dekat dengan  rumah. HKL parking susah. Time tu bangunan parking baru belum buka walaupun dah berzaman siap. Bangunan lama tapi banyak pakar. Kalau Hospital Ampang pulak hospital baru, parking banyak siap tingkat tingkat tapi pakar tak banyak. Tapi kes-kes bersalin ni jarang lah kot nak guna pakar. Melainkan memang ada risiko. Tu memang dia dah suruh pergi HKL awal-awal kot. Tapi kalau beranak kat Selangor banyak benefit katanya.


Due padahal awal bulan 10. Berapa hb tah tak ingat. Lepas tu tetiba 24/9 hari rabu malam, dah ada tanda nak bersalin. Woahhhh. Along pergi hospital dengan mummy & Syawal. Tapi dia suruh balik sebab baru 2cm kot. Laju-laju Raman balik. Pagi esok pukul 9 kot dah sampai rumah. Kemain laju! Tik tok 25/9 tak beranak jugak. 26/9 hari Jumaat pagi dah pergi hospital. Pagi okay pagi. Petang baru selamat beranak.


Petang tu jugak aku dikerah tenaga pergi hospital bawakkan ikan garih panggang. Dah petang. Kalau Raman balik nak amik. Pergi sana balik, dah tentu tentu dah habis waktu melawat. Naik kereta petang Jumaat kat MRR2 tu dah tentu-tentu jem. Pergh aku naik motor bawak jauh jauh. Seriousss. Rasa gagah sangat. Bawak motor selit celah-celah lori. Nasib baik muatdan tak tersepit di celahan. Gittewww

Sampai-sampai tu tengok eeee keciknya. Aaaa baby. Newborn! Haha. Ai is sukaaa newborn. Kecik je. Fragile. Time sampai tu kemain sedap dia hisap jari.  Dari lahir membawak ke sekarang. Suka sangat hisap jari. Petang tu jugak kemain dia berak weh. Time Raman nak cuci bontot dia, angkat kaki dia ke atas dan dan time tu jugak lancar je keluar tahi tu. Dah lah lama. Banyak pulak tu. Hahahaha. Kulit dah lah kedut-kedut!


Esoknya 27/9 baru boleh balik sebab nak monitor 24 jam check gula dalam darah baby. Along hari tu GDM?

Dulu kemain kecik kan. Sekarang dah boleh lawan sumo dah gemuk gedempol. Tumbuk kang koko ni. Dah lah suka sembur-sembur cakap akoooo akooo lebih kurang. Sebab tu panggil koko. & Hanako. Heheh. Kalau menjerit pehhh kemain kuat. Nangis kadang-kadang tak boleh dibawa berbincang. Ada jugak yang merajuk karang. Hish Hanako ni.



 Time kat hospital aku tanya along nama dia. Rahsia. K fineeee. Hahaha. Lepas tu nak jugak jugak tahu. Nak klu. Lepas tu along bagitahu initial. H. Ada 2 H, takde Nur. Yang satu ada –an sebab nak sama dengan nama Raman belakang dia bunyi –an. Jenuh fikir teringat Hanan. Betul chuols. Heiibat. Lagi satu tak fikir lama memang ingat Humaira. Betul! Bijaknya daku terharu kahkahkah


Hanan Humaira binti Abdul Rahman
26 September 2014
Hospital Ampang
2.7 kg
SVD!


















Jumpa raya Koko!