20150330

Aqiqah & Berendoi Aniq

Ya Allah dah setahun dah weh. Semalam hahaah. Aqiqah Aniq buat masa Aniq 3 bulan, 29 Mac 2014. Buat kat mana lagi? Kat sini lah. Lagipun sini cucu first, bagi lah can *angkat kening* hehe


Aniq buat aqiqah & berendoi. Lepas tu mummy ajak Kak Nur suruh Quinn sekali. Tapi dia buat berendoi je lah. Preparation apa semua kitorang buat sendiri. Dia cuma tumpang je. hehe




Kemain orang sekarang kan, berendoi pon nak berpelamin bagai. Heh. So, Aniq pon haruslah ada jugak. Memandangkan sentiasa nakkan yang murah, buat sendiri. DIY pelamin berendoi yang sangat senang mudah simple. Cantik tak cantik belakang kira. Yang penting penjimatan. Haha!



Nak warna putih je semua. Warna putih kan lawa? Bunga tisu harus, tak pernah lupa. Sebab murah. Kahkahkah. Memula ingat nak beli warna biru lepas tu tak jumpa paper crepe warna tu. Jenuh cari kat Sin Yin, SayangYou, Popular pon. Ha dah macam tu beli je lah warna purple dengan biru apa tah nama dia ni.

Baju nak warna purple kundang tapi along dengan Princess Quinn nak warna maroon. Lagipun takde lagi baju kenduri warn maroon. So, ok. Macam biasa selalu beli kain material yang sama je Cuma tempat beli kali ni kat Nagoya, Aeon Big Wangsa Maju. Murah! Tuan rumah, Angah dengan Syawal pakai warna peach. Lace beli dekat kedai biasa jugak, Kedai Bunga Reben Jalan Tar. Nak yang murah, beli yang lebihan tu je. Bukan guna banyak pon kan.


Awal-awal time cakap nak buat kenduri aku dah cakap dah kali ni nak pakai jubah. Asyik baju kurung je. Boring lah. Boring tahu tak boring? Muahaha. Jubah nak tiru Calaqisya je. Cheapskate taknak beli kat sana kan. Eh tapi padahal lebih kurang sama je. Dah kalau upah kemain mahal. Rasa macam nak terjun bangunan je stress kenapa upah jahit baju mahal sangat. Hish

Weee makanan! Aqiqah anak lelaki kambing 2 ekor. So 2 ekor kambing golek chuols Ya Allah sedapnya slurp slurppppp. Amik dekat Cik Laili. Kandang dia dekat AU1 tu je.  Eee makanan lain dah tak ingat lah apa benda. Yang ingat ayam golek time Along kahwin hari tu je. Air sedap. Sarsi & Ribena. Mmmm dap dap dap




Biskut butang yang dulu-dulu tu comel kan? Memula ingat nak bagi tu je sebab comel, baru lah nampak baby baby sikit nampak macam Aqiqah. Muahaha. Dah tu fikir leceh pulak nak bungkus sendiri satu-satu. Tukar plan. Bagi kacang yang pre-packed, air kotak dengan biskut bear coklat yang plastic warna biru tu. Bungkus dalam kertas pisang goreng. Siap! Diy doorgift senang je kot :p



Takde gambar yang ada nama Aniq pulak =='


Ni Aniq punya. Ada tambah tulis Aqiqah

Lebih untuk goodies tu DIY buat centrepiece. Belakang dia tu ada letak gambar. Kalau nama Quinn, gambar dia. Kalau nama Aniq, gambar Aniq lah!

Design simple simple macam ni, print & tampal atas doily paper. Lepas tu tampal pulak atas kertas posing goreng. Leceh sikit. Tapi senang je kalau dah buat ramai-ramai. Tapi sempat jugaklah berpeluh melap keringat yang tak seberapa ittewww

Aku paling gembira bila Mummy amik kumpulan marhaban rumah teres bawah ni. Kawan-kawan Cik Zah. Eh kumpulan Marhaban ke Qasidah eh? Best!! Siap ada tambourine marakas cing cing cing. Syawal demo siap macam orang zaman 60-an menari cha cha cha tu. Haha! Dap.  Bukan macam marhaban biasa yang selalu kita jumpa tu. Yang bukan baby je tidur, tah tah yang tua pon tertidur nanti ekekeke.










Photographer. Nak lah jugak amik photographer untuk capture moment-moment. Nak mengharapkan diri sendiri/orang lain macam hmmm hmmm. So, melalui FB Onald aku tengok page photographer yang dia like. Aku tapis tapis tapi tengok yang gambar lawa. Lepas tu baru lah pm/email. Dapat. Haziq Saharuddin wedding & portrait photography. Rezeki dapat dia. Isnin tu terus dia pergi Sabah dah mengajar. Tak duduk sini. Output ok, cantik. Recommended.