20140411

DIY Hantaran paling jimat.

Hantarans yang sangat cantiknessss daripada along nak bagi Rahman dibuat oleh aku, adik paling osemmmm dalam dunia. Sila muntah sekarang! Hahahahaha :B

Kah kah kah. Hantaran paling mudah pernah aku buat dalam 3-3 hantaran yang pernah aku buat.  Ceh, aku ke? Patutlah tak cantik. Har har har. Padahal hasil kerjasama segala wonderpets eh wonder girls (gelinyewww) dalam rumah ni kottt.

Yang paling penting sekarang ni kos gubahan hantaran mesti murah semaksimum yang mungkin. Kalau boleh RM0 lagi bagus!! Muahaha kedekut benor. 

Bantal hantaran guna balik Syawal punya hari tu yang warna kuning cair. Oh, hantaran daripada along 9. Syawal punya bantal hantaran tu ada 7 sajo. So, nak cukupkan 9, tambah lagi satu. Untuk sirih junjung tak payah letak kat bantal hantaran. Ha, kan dah jimat tambah satu je bantal hantaran tu. Hehehe


Aku rasa bantal hantaran ni paling banyakkkkk kali guna. Daripada time angah bertunang. Syawal bagi kat angah. Time angah nikah. Daripada Syawal jugak. & yang ni along pulak guna bagi Raman. Jimat sangat. Tak sia-sia Syawal beli. Orang lain guna jeeeee. Hahahaha. Eh, along je guna sekali ni je ha. 2 kali tu dia sendiri yang guna!

Bunga sangat lah murah. Dah lah cantik. Bagi aku. & bagi Along. Beli kat Mydin saje chuols. Dah lah murah uols. RM3 saje sebatang. Sebatang ada sekuntum bunga. Beli 10 kuntum RM 30 sajo. Ya Allah murahnyaaaaaa. Eh ke 2 lebih eh? Lupa pulak.

Bunga beli time bulan puasa hari tu. Memula ingat nak beli kat SinYin kedai kat Semua House tu. Tapi time nak balik tu lalu lah Mydin. Mydin pulak time tu tengah buat jualan murah sale apekebenda tah. 50% kot. Along ajak masuk tengok bunga. Tengok bunga yang kekecik. Ingat nak campur. Lepas tu terjumpa yang ni. Tengok harga murah. Lepas tu memang dari awal fikir hantaran tu nak letak bunga sebunjut je kat tepi. Dah jumpa yang cantik & murah, apa lagi. Cecepat pilih & bayar terus! Takut habis katekooo :b

Gubah hantaran ni dah kata senang, petang Khamis baru nak buat. Kalau nak buat Jumaat pagi takde nya  sempat. Itupon petang sangat baru nak buat. Sebab senang konon. Tapi dah nak elokkan kelopak bunga tu pon dah berapa lama. Nak ikat reben kat barang hantaran pon tak pandai. Nasib baik ada Cik Ina jadi penyelamat! Pheww *lap peluh*

Sila abaikan segala sepah-sepah dalam rumah tu ha. Orang nak kenduri. Biasalah~ Hahaha alasan je tu abo -___-'

Sireh junjung pulak aku dah lama nak buat macam ni jugak-jugak. Walaupon bukan aku yang kahwin & ada orang suruh buat macam tu macam ni. Tapi dah suruh aku yang buat, aku guna kuasa diktator. Kena ikut macam tu jugak-jugak!

Inspirasi daripada Chentaweddings

Khamis malam dah gubah sireh junjung sekali time Cik Ina & Cik Cah pakaikan along inai. Malam tu yang ada kat rumah Cik Cah, Cik Ina, Cik Arah & Cik Mah. Biasa lah geng-geng bersembang mak. Muehehe. Cik Ina & Cik Cah pakaikan inai, Cik Mah polish daun sireh, Cik Arah bunjut bunga rampai untuk hantaran.





Oh, memula ingat nak gubah sireh tu pagi Jumaat. Tapi siapa tah 2-3 orang asyik tanya bila nak buat bila nak buat. Nak puaskan hati semua orang, aku pon buat malam tu jugak lepas balik dari Petaling Street beli baby breath & Gerbera.



Baby breath untuk bunga tangan yang kecik cinonet tu ha. Hahah tapi tetap lawa kat mata iols! :p

Gerbera untuk letak kat bedside table. Tak pandai susun. Bunga pon tak segar sangat sebenarnya.

Sireh junjung tu pagi Jumaat baru cucuk bunga. Memula ingat guna bunga Gerbera yang beli kat Petaling Street tu. Lepas tu bunga tu cukup-cukup untuk letak dalam bilik. So, terpaksa kerah Farahain & Helmi pergi cari kedai india beli bunga. Nasib baik ada.

Hasilnya memang rasa macam nak terjun bangunan. Cantik sangat. Hahahaha puji diri sendiri nampak! Heh heh

Sireh junjung paling senang paling mudah macam kacang Ngan Yin paling simple palinggggg cantik! Eh? Hahaha.

Hasilnya: 

Tadaaaaaa!!


Cincin masih lagi mengekalkan konsep pillow ring / ring pillow amende tah. Tapi bantal kecik buat last minit tampal guna hot glue kat tengah-tengah bunga 3 hengget tu.

Tambahan, hantaran daripada Raman bagi along.





20140409

Kecelakaan, kemalangan dan tah pape

Perghh tajuk nak bombastik kebabom je.

Hari Khamis lepas lepas lepas. Tah berapa minggu lepas tah. Aku eksiden! Sobss. Tah macam mana tah boleh eksiden. Macam spontan kot. Tetiba je rasa macam eh eh aku eksiden ke ni? Terus macam bingai. Hahaha

Dulu aku selalu ikut jalan Setiawangsa. Tapi dah lepas tu macam malas sebab rasa macam lagi jauh. Kalau dah jauh tu mestilah guna banyak minyak. Aku kan kedekut taik hidung masin, so baik aku guna jalan dekat ikut jalan enggang yang guna minyak sikit je tu. Padahal takde lah sikit mana. Booo

Masa hari kejadian. Time tu nak masuk jalan utama kat simpang LRT Jelatek tu. Aku tengok kereta Honda City tu macam nak tak nak jalan. Eh, aku masuk lah. Dah jalan dah kot. Tetiba rasa macam ada benda langgar belakang motor. Aku terus terjatuh ke belah kiri. Bukan jatuh himpap kereta tu. Tapi motor terjatuh & aku terus berdiri. Tah macam mana tah. Macam blur gila time tu.

Nasib baik tak jatuh atas jalan. Kalau tak mau leper aku kang. Lolz. Lepas tu orang kereta belah kiri tu turun tolong angkatkan motor. Dah tu dia suruh aku pergi ke tepi. Dia suruh driver kereta Honda City tu ketepi jugak. Orang tu turun dari kereta. Time tu aku dah menggigil. Dalam kepala dah terfikir kalau dia marah macam mana. Kalau tanya okay ke tak nak cakap apa. Hahaha sampai ke situ. Dia tanya okay ke? Dia cakap je terus rasa nak nangis. Tapi tak nangis mih mih mih

Eeeee. Tah pape. Lepas tu aku terus macam ha okay okay. Dan dan tu jugak nak start motor. Aku cakap takpe. Dia macam nak masuk kereta. Aku terus blah. Sambil bawak motor tangan menggigil gila. Sumpah takut nak bawak motor. Sambil bawak sambil nangis pulak tu hahahahaha :p

Rasa tak larat gila bawak motor dah time tu. Bawak depan sikit sampai Petron kat Datuk Keramat, terus berhenti. Masuk toilet terus nangis kuat kuat. Kah kah kah. Call mummy bagitahu. Yang mak pon, aku call sambil nangis dia cakap hah tak dengar lah. Terus bagi phone kat angah -________-'

Angah cakap dia nak amik. Aku dah cakap takyah. Nanti aku dah okay, aku balik lah. Dia nak jugak. Dah aku duduk melanguk dalam toilet tu lama-lama. Motor tinggal je kat situ. Tengah hari tu abah amikkan bawak balik rumah.

Hahahaha amende tah. Tah macam mana boleh eksiden. Kata pro kan :p

Lepas tu esoknya datang sekolah. Lepas rehat kemas kelas kat blok form 5 untuk exam MUET. Lepas tu tak ingat lah ada siapa. Yang aku ingat time tu aku duduk sebab malas. Kahhh! Tetiba Denny cakap 

'Fatihah termenung teringat kalah race semalam lah tu' . 

Oh sebelum tu pon dalam kelas Puvan cakap 
'Fatihah macam mana boleh eksiden, kata pro'

Zuraidi pon ada jugak. Dia cakap apa tah.
'Kau kona baring sangat. Sikit-sikit sudah lah'
Lebih kurang macam tu.

Time kat parking, Puvan tengok kat motor:
P: 'Takde calar pon. Mana?' 
A: 'Eh kata pro' 
P: 'Ha mengaku pon'

Dah hari Isnin tu Denny kemain kan. Siap tanya macam ni:
'Sabtu hari tu macam mana? Naik podium tak'

Masing-masingggggggg! Saje je kan -_______-'
Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi aku tak ingat dah. Malas nak ingat! Heheh.





20140407

OP : Maze Lensa Studio

Along kahwin hari tu, dia hire photographer dari Maze Lensa Studio. Aku yang recommend okeh!! Haha. Gambar yang diorang ambil lawa, memang macam yang photographer sekarang selalu amik. Takde lah macam gambar zaman mak abah kahwin dulu kan. Hik hok. Pakej pon best! Yeay thumbs up :D

Abo, photographer paling best zaman ni ikat tepi satu!

Tu ha arahan yang along bagi aku. Kemain kan siap ikat tepi satu. Ape ko ingat ni teh ais cincau beli kat Krisik yang sedap sangat mabeles enak gila tu ke? Hahaha. Tipu je tu. Tapi ada lah along suruh aku cari official photographer wedding dia bersama-sama. Eh ke aku yang memandai-mandai ah? Dah lupa lah!


Hari tu masa nak cari OP pon based on kriteria utama. Ewah, kemain kooo. Nak cari OP pon nak kena ada kriteria-kriteria dia dulu. Hamboi sangat. Hahaha. Idok le, time tu macam fikir nak hire photographer yang ada

  • 2 photographers. Kalau lebih lagi bagus. *Over gilaaaaaa! :D*
  • Gambar dalam photobook. Taknak custom album. Taknak sticky album. *Konon trend terkini. Hahaktuih*
  • unlimited photo *ada photographer yang ada tempoh masa untuk shoot. Iols taknak yang begitu*

& Yeayyy diorang ada 3-3 kriteria ittewwww. Kriteria yang sangat sangat sangat penting bagi along & aku sebagai penasihat terbaik ! :b  Oh & diorang profesional kot. Sebelum tu ada bagitahu nikah kat masjid. Tak sangka diorang datang pakai baju melayu. Dah macam pengantin dah Wan Mahazir sebab siap pakai sampin.

MLS diorang ada pakej photography & cinematography. Tapi along amik photo sajo. Buat kenduri kat rumah, macam tak perlu nak ada video. So, takde lah video. Kalau tak mungkin hire diorang jugak. Kot. Heheh.


Lagi satu, diorang yang buat MV Waris lagu Rembau Most Wanted. Itu pon tahu masa first time pergi studio diorang nak bincang. Tengah bincang tu diorang ada play video wedding yang diorang buat. Tetiba ada video tu. Rupa-rupanya diorang buat. Dah lepas tu, kalau ada dengar lagu RMW kat memana aku dengan along mesti sengih-sengih tergelak. Tah pape tah. Bangga sebab MLS yang buat video tu kot. Hahaha bengong.


Photographer along request nak Khairil Khairudin (KK) sebab memang dah lama perhatikan dia. Eh? Haha. Idok le, dah lama suka gambar-gambar yang dia amik. Sejak dari sebelum dia join MLS lagi. Dan dapat. Dia kira senior photographer kat MLS. 3-3 events dari nikah, sanding & bertandang dia yang cover. 

Oh, dia sangat hyper okay! Ni bukan aku yang cakap. Nabila kawan along angah yang cakap. Time nikah tu kemain kau macam berlari dari sini ke sana ke sini balik. Aku pon perasan. Tapi aku takde lah cakap dia hyper. Haha. Eh, tapi bagus lah dia try nak dapatkan momen-momen yang best. Tak nak terlepas. Eceh, macam tahu sangat je kan :b


Untuk time nikah & sanding, Wan Mahazir yang teman KK. Dia ni pon senior photographer jugak kat MLS. Dia macam lagi relaks daripada KK. Tapi dia pon hebat jugak amik gambar. Gambar-gambar yang dia ambil pon cantik jugak. Tapi sayang, time hari sanding dia tak cover sampai habis. Terpaksa balik awal sebab ada emergency. Alaaaaa T_T

So macam gambar time hari sanding tu tak banyak sangat kot sebab KK sorang je yang cover. Tapi okay banyak je. KK takde lah terlepas amik gambar moment-moment best. Tapi nak lagi banyak. Faham tak ketamakan aku tu macam mana? Hahahaha.

Kau tengok diorang punya tahap dedikasi tu macam mana sampai basah baju berpeluh-perluh amik gambar! 

Time majlis bertandang kat Melaka, Opie Ismail yang assist KK. Dia kira junior photog MLS. Walaupun junior, dia tetap pandai ambil gambar. Tapi tahu lah macam dia tengah belajar lagi. & tak boleh lawan cara senior ambil gambar.

Tapi pape pon 3-3 best! MLS best. So, sesiapa yang nak kahwin tu boleh lah hire dorang jadi OP yeayyy  :D

Ni je gambar in action yang ada. Time nikah. Sebab time tu aku pon duduk je melanguk. Heheh. Time-time lain tak termampu dah nak amik. Bukan diorang ada depan mata aku pon. Haruslah ke hulu ke hilir kan nak amik gambar. Kang tak amik gambar marah pulak!




Ni antara gambar-gambar yang aku suka.








Ha tengok. Ambil gambar outdoor pon sampai tak larat. Along cakap, diorang siap cakap kalau sampai malam pon diorang okay je. Cuma along je dah penat time tu. Ha ye lah, hari nak kenduri tu pukul 3 baru tidur. Penat okay jadi pengantin! Hehehe. 


Pastikan ambik MLS! ;)


20140403

Vendor pelamin best!

Along kahwin hari tu, sekali lagi amik pakej andaman yang sama macam angah hari tu. Amik dekat Misha Andaman. Mudoh sangat, dah lah dekat. Kat Ampang Waterfront sana tu je ha.

Semua sesiapa yang rasa macam gatal dah nak kahwin tu (eh?) haha boleh lah pergi tempah pakej wedding kat sana. Serious pakej best, harga best, layanan best, baju best, pelamin best. Semua best!! Berbaloi-baloi okeh amik kat Misha.

Untuk pelamin along hari tu, dari awal dah cakap tak nak yang panel tu lah. Sebab angah hari tu dah pakai yang panel. Lagipon along memang dia suka pelamin yang takde panel. Yang orang buat draping tu je.


Google sana sini, lepas tu aku terjumpa pelamin nikah Irma Hasmie. Aww ada bulu-bulu macam fairy tales, lampu LED. Tunjuk kat mokcik tu, dia suka jugak. First time pergi jumpa Misha untuk bincang pasal wedding along, terus tanya boleh tak buat ala-ala pelamin nikah Irma tu. Idok le copy seratus peratus. Dia cakap boleh. Yeayyy heheh :D

Baju pulak, baju kat Misha memang banyak baru. Tak payah nak tempah baru, melainkan memang nak baju baru yang memang bebetol ikut cita rasa, ikut badan. Memula ingat nak baju warna champagne yang memang dah aim daripada time angah fitting kat Misha masa dia nak kahwin, tapi macam simple sangat.


Lepas tu time pergi lagi sekali dengan Raman nak tengok baju, amik warna kuning + hijau tu. Memula macam tak nak sebab tetiba hijau pulak, tapi sebab baju tu dia tak buat lagi baju untuk lelaki, amik je lah. Ha tu lah siapa suruh badan macam Hulk Hogan. Eh. Hahaha. Jap, paku dulang, paku serpih. Mengata orang dia yang lebih. Uhuk uhuk.




Raman kan jauh kat hujung dunia sana. Hujung lah sangat. Hahah. So, seminggu ke 2 minggu sebelum kenduri baru balik sini. Pergi fitting baju, sekalinya tak muat! Homai macam tak percaya. Sebelum tu rasa macam ada dengar orang tu kata nak diet. Nak joging. Tah ye tah idok tu kan. Ha kan dah kena alter baju. Gemuk!



Rasa macam baju tu menonjol sangat kat bahagian perut. Kah kah kah. Mesti tak sit up ni :p

Hari tu kat Misha amik pakej 2. Tapi tolak red carpets dengan walkways sebab rasa macam tak perlu. Majlis kat rumah pulak, lain lah buat kat dewan. Walaupun macam ada je orang yang guna dedua tu walaupun buat kat bawah khemah, kat rumah kan.


Make up pon tolak jugak sebab dah amik orang lain. Tapi harga tetap sama sebab semua tu ganti dengan deko meja beradab. Meja beradab ha ye lah boleh buat sendiri tapi mana pulak nak cekau panel tu kan. Kiranya deko meja beradab tu semua lah, belakang, draping meja, hias bunga, panel, kerusi pengantin, 6 kerusi kat tepi & meja kek. Complete.

Oh, Misha dia ada pakej cuci tangan jugak. Kiranya dia pon boleh jadi wedding planner. Dari catering, photographer, pelamin, baju semua dia buat. Janji kau ada duit, kau boleh bayar dan kau bayar. Ha gitu.


So, hasilnya....


Waktu malam lawa gila!!


So, kalau rasa macam nak pelamin lawa dan murah yang mampu yang berbaloi kalau amik pergi book misha cepat cepat! Tak rugi weh.

Butik andaman terpaling best amat sangat kat kawasan Ampang! Hahaha

Update; Misha Andaman dah tukar nama kepada MA Wedding Gallery. Pelamin, baju makin lawaaaaa! Kedai pon dah tukar dah makin besar & yang penting selesa untuk klien. Good job Misha hehe :D

FB: MA Wedding Gallery
Ig: @maweddinggallery