20140409

Kecelakaan, kemalangan dan tah pape

Perghh tajuk nak bombastik kebabom je.

Hari Khamis lepas lepas lepas. Tah berapa minggu lepas tah. Aku eksiden! Sobss. Tah macam mana tah boleh eksiden. Macam spontan kot. Tetiba je rasa macam eh eh aku eksiden ke ni? Terus macam bingai. Hahaha

Dulu aku selalu ikut jalan Setiawangsa. Tapi dah lepas tu macam malas sebab rasa macam lagi jauh. Kalau dah jauh tu mestilah guna banyak minyak. Aku kan kedekut taik hidung masin, so baik aku guna jalan dekat ikut jalan enggang yang guna minyak sikit je tu. Padahal takde lah sikit mana. Booo

Masa hari kejadian. Time tu nak masuk jalan utama kat simpang LRT Jelatek tu. Aku tengok kereta Honda City tu macam nak tak nak jalan. Eh, aku masuk lah. Dah jalan dah kot. Tetiba rasa macam ada benda langgar belakang motor. Aku terus terjatuh ke belah kiri. Bukan jatuh himpap kereta tu. Tapi motor terjatuh & aku terus berdiri. Tah macam mana tah. Macam blur gila time tu.

Nasib baik tak jatuh atas jalan. Kalau tak mau leper aku kang. Lolz. Lepas tu orang kereta belah kiri tu turun tolong angkatkan motor. Dah tu dia suruh aku pergi ke tepi. Dia suruh driver kereta Honda City tu ketepi jugak. Orang tu turun dari kereta. Time tu aku dah menggigil. Dalam kepala dah terfikir kalau dia marah macam mana. Kalau tanya okay ke tak nak cakap apa. Hahaha sampai ke situ. Dia tanya okay ke? Dia cakap je terus rasa nak nangis. Tapi tak nangis mih mih mih

Eeeee. Tah pape. Lepas tu aku terus macam ha okay okay. Dan dan tu jugak nak start motor. Aku cakap takpe. Dia macam nak masuk kereta. Aku terus blah. Sambil bawak motor tangan menggigil gila. Sumpah takut nak bawak motor. Sambil bawak sambil nangis pulak tu hahahahaha :p

Rasa tak larat gila bawak motor dah time tu. Bawak depan sikit sampai Petron kat Datuk Keramat, terus berhenti. Masuk toilet terus nangis kuat kuat. Kah kah kah. Call mummy bagitahu. Yang mak pon, aku call sambil nangis dia cakap hah tak dengar lah. Terus bagi phone kat angah -________-'

Angah cakap dia nak amik. Aku dah cakap takyah. Nanti aku dah okay, aku balik lah. Dia nak jugak. Dah aku duduk melanguk dalam toilet tu lama-lama. Motor tinggal je kat situ. Tengah hari tu abah amikkan bawak balik rumah.

Hahahaha amende tah. Tah macam mana boleh eksiden. Kata pro kan :p

Lepas tu esoknya datang sekolah. Lepas rehat kemas kelas kat blok form 5 untuk exam MUET. Lepas tu tak ingat lah ada siapa. Yang aku ingat time tu aku duduk sebab malas. Kahhh! Tetiba Denny cakap 

'Fatihah termenung teringat kalah race semalam lah tu' . 

Oh sebelum tu pon dalam kelas Puvan cakap 
'Fatihah macam mana boleh eksiden, kata pro'

Zuraidi pon ada jugak. Dia cakap apa tah.
'Kau kona baring sangat. Sikit-sikit sudah lah'
Lebih kurang macam tu.

Time kat parking, Puvan tengok kat motor:
P: 'Takde calar pon. Mana?' 
A: 'Eh kata pro' 
P: 'Ha mengaku pon'

Dah hari Isnin tu Denny kemain kan. Siap tanya macam ni:
'Sabtu hari tu macam mana? Naik podium tak'

Masing-masingggggggg! Saje je kan -_______-'
Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi aku tak ingat dah. Malas nak ingat! Heheh.