20121210

Bucuk!


Muhammad Fayyadh Dinie !

20121207

Go Genting!

Haa kau, moh kita reramai pergi serbu Genting! Heheh, hari Sabtu hari tu mak dengan abah balik kampung sebab ada kenduri dekat parit 2. Kira orang tu sedara belah abah tapi tah aku tak kenal pon. Tapi kitorang: Aku, along dengan angah tak ikut balik kampung sebab dah ada plan sendiri;

pergi Genting!


Pagi tu dalam pukul 6.30 mak dengan abah dah gerak balik kampung. Tapi sebelum tu mak sempat bukakan tin sardin untuk buat sandwic. Aku pon sambung lah kerja buat sandwic tu. Zassss, siap sandwic super sedap buatan aku sebanyak lapan keping. Poyo ;p

Tapi kesian, dapat makan sorang 2 jelah sandwic tu. Dah orangnya 4 orang termasuk driver tak bergaji, Ramadan. Eh, Syawal. So, kat atas memang kena makan jugak. Takde maknanya kau makan sandwic 2 keping kenyang sampai esok pagi. Hover tau.

Pukul berapa tah gerak dari rumah. Pukul 8 pagi rasanya. Tapi sebelum tu singgah LRT Gombak beli pakej kat bawah. Murah sikit. Lepas tu baru boleh terus naik atas. 

Ai terkejut. Masa nak naik cable car nak naik atas, orang tak ramai! Seghonok tak payah nak beratur panjang-panjang nak naik atas. Naik cable car pon tak payah nak kongsi dengan orang lain. Konon macam satu gondola tu ana yang punya. Wakaka.


:: Sibuk nak fahamkan tiket. Nak cari yang mana tiket bas, cable car dengan theme park ? ::


:: Gelak sebab takut. Nak tenangkan hati kononnya muahaha ::

:: Bila dah okay, buruk beno muka tu ha ::

Kalau naik bas, dalam tiket tu tulis pukul 10.30 baru gerak. Tapi dah kitorang naik kereta, pukul 9.15 dah sampai atas. Beza benor. Tak ke membazir masa kalau naik bas? Duit tak rugi pon jugak. Time tu dah beratur nak main game dah :D

:: Woi, tangan aku pegang apa tu? Hahahaha, sibuk dok tarik baju ::




First game yang aku main, buai hikmat yang boleh bikin jantung tercabut! Wakakaka, orang lain naik rileks je, aku naik? Senyap je dekat atas tu. Mata toksah cakap, tak bukak langsung. Tangan gue yang gemuk gedempol ni memang pegang kuat gila tali tu. Hahahahaha. Nampak sangat takut :p


:: Memula muka happy semacam je kann. Ko tak tau bila dah naik ke atas cemana ::

:: Ni kalau zoom boleh bikin cirit tangok muka aku. Ketap gigi kuat-kuat! ::

Lepas tu kita pergi boating pulak! Yeayy. yang ni macam rileks tapi lenguh kaki nak mengayuh. Lagipun, pepaham je lah, gomok.







Lepas tu nak main go kart tapi tak boleh bawak beg, kamera. So, terpaksa lah bergilir-gilir kalau nak main. Memula angah dengan Syawal beratur menunggu nak main. Line pendek je. Tapi nak menunggu homakaih lama beno. Dah lepas tu memang aku dengan along tak main lah sebab line dah makin panjang. Dah tentu-tentu lagi lama masa terbuang semata-mata nak bergo kart. Kannn


Dah lepas tu, naik si pirate ship tu ha pulak. Along tak nak naik, so kitorang bertiga je lah beratur menunggu giliran nak naik benda alah tu. Sementara menunggu pon aku dah macam, eh tetiba berdebar-debar  pulak. Haiyoo, semua kau nak takut naik. Tak payah main pape lagi senang! Dalam hati je lah :D


Sekali bila dah naik... Awal-awal tu gerak perlahan okay lagi. Bila dah naik lagi tinggi mata aku memang tertutup. Yang angah pulak menjerit. Aku pon menjerit lah jugak. Jerit sambil gelak. Lawak okay. Orang lain tak takut pon, ada budak jugak. Tapi bila sampai tang aku, menjerit tak hingat donia. Sempat lagi tu tangan meraba-raba cari tangan angah. Konon takut sangat lettuwwww!

:: Sekali lagi. Kalau nak gelak berdekah-dekah sila zoom ini gambar :D ::

Haa, dah lepas tu memang aku tobat nasuha. Tak nak naik segala permainan yang thrill. Segala family rides memang aku approve kalau nak naik. Kalau roller coster, space shot semua tu kirim salam je lah. Aku tak nak seluar aku basah. Tak bawak spare pon. Wakaka



:: Naik gondola matahari ni pon pegang kekuat. Semua aku takut! Zzzz ::







Tak banyak main pon kat sana. Lepas tu dalam pukul 4.30 dah nak turun bawah. Tapi sebelum tu pergi padini, cotton on, seed konon banyak sangat duit kan. Nak turun tu pon orang tak ramai kat cable car tapi tetiba ada orang lain masuk jugak. Sangat tak best :c And, nak turun tu kabus tebal gila. Memang putih je tak nampak pape. Tu baru lah namanya berada di awang-awangan. Tetiba feeling macam sedang berfairy tale time tu. Hahahaha




:: Nampak 3 ke 4 tangan? Lol, kang ada jugak yang sentap ni kang ::

Pukul 5.20 sampai rumah akhirnya! Lepas tu kelaparan, kepenatan. Tak kesah lah malam tu Masterchef akhir ke, bola Malaysia lawan Indon ke. Pukul 9 semua orang dah masuk bilik nak rehat! Iols terpaksa tidur jugak sebab takut sensorang kat luar. Kbai 

20121204

Dapat ke tak?



Heh heh. Akhirnya bila dah check baru lah rasa macam lega sikit. Tak dapat sesi 1! Yeayyy. Kesimpulannya nanti angah kahwin aku ada! Kalau sesi 2 pon, masa along kahwin aku ada. Tak kisah lah pasal penangguhan ke apa. Tu belakang kira. Yang penting sekarang boleh duduk rumah goyang kaki lelama! Lol :p