20130613

DIY pt.2

Hamboi, kemain siap ber-part part entry DIY. Macam banyak sangat je yang aku do it yourself kan. Padahal kalau nak kira berapa banyak benda yang aku DIY, kira guna jari tangan je dah cukup. Tak payah nak kira sampai guna jari kaki, kalkulator lagi lah. Takde maknanya! Macam lah berjuta kannn :b

1. Bantal Mr & Mrs

Bantal ni aku memula perasan kat blog photographer. Onald rasanya. Lepas tu berkenan. Nak buat untuk sendiri kahwin, 10 tahun lagi belum tentu sobs. So, memandangkan angah nak kahwin masa tu aku pon buat je lah.

Dah tu mula lah google sana, google sini cara nak buat. Padahal senang nak mamps buat. Aku je yang kecoh. Beli kain buat baju sekolah yang licin tu kat Nagoya semeter RM6.80 je rasanya. Beli semeter untuk 2 bantal. Itu pon lebih lagi.

Oh, untuk wordings tu beli kain felt. Hari tu angah beli kat Kenanga semeter RM9 rasanya. Beli yang jenis tak berbulu. Katanya kain felt tu ada 2 jenis. Satu jenis yang berbulu, satu lagi tak. Tulisan tu print. Aku guna Microsoft Word pilih jenis Harrington saiz berapa tah. Lepas tu print sebesar-besar alam. Ye lah, kang tak nampak pulak.

Bantal ni benda paling awal aku prepare tapi lambat jugak siapnya. Biasalah bila penyakit malas datang berbondong-bondong memang tak boleh nak buat apa dah. Terperap je barang-barang tu kat dalam bilik.




Dah tu bila nak buat, aku ni bukannya pandai menjahit pon. Nak senang dan cepat, amik gam panas, gam je words tu atas sarung bantal. Senang. Tak payah banyak fikir. Tapi tu pon tersenget aku tampal. Bior lah janji siap.




2. Pillow ring / Ring pillow

Aku tak tahu mana yang betul. Pillow ring ke ring pillow. Nak senang bantal cincin je weh. Tak payah nak omputih sangat. Berlagak! Walaupun spaghetti carbonara favourite terkini. Lagi-lagi air tangan sendiri. Hmm wallaaaa sedap gila!!


Hehe dah termelalut pulak. Untuk buat batal air sembahyang, angah bagi Syawal cincin. Kalau tu taknak lah macam hantaran yang selalu letak dalam sangkar lah, letak kat tengah keliling dia ada bunga penuh. Nak yang lain.

Lepas tu angah cakap dia pernah tengok hantaran cincin Fa Ismail. Cantik. Aku pon apa lagi google lah. Okay, cantik. Angah pon setuju nak buat macam tu. Lepas tu tetiba fikir mana nak dapat bantal tu. Macam mana nak buat.

Dahtu teringat shredded paper yang angah bawak balik dari ofis. Teringat paper crepe yang tebal yang mahal yang harga sepeket RM10 yang simpan dalam kotak tu jugak. Ting ting ting. Ceh, tak berbunyi pon.



Yeay, idea nak buat guna benda-benda tu je. Paper crepe potong & tampal keliling jadi macam bentuk bantal. Saiz sedang-sedang janji boleh letak atas dulang. Dah siap, sumbat dengan shredded paper. Dah, siap! Bijak gila! Ahahahahaha.

Lebih kurang sama je dengan Fa & Rilla punya kan. Pentiru aku ni :B Kelopak dia tu main tampal je. Asal boleh. Reben nak letak cincin tu guna reben lebih masa kenduri Farahain hari tu. Sekejapan je dah siap. Sap sap soi chuols!!





3. Signage

Muahahaha signage pon kira DIY jugak ke? Padahal senang je kan. Bukak microsoft taip benda penting, print. Apa lah sangat. Pejam mata je kottt.


Untuk signage apa yang ada dalam tu? Nama pengantin jangan tak letak pulak. Tarikh, hari. Tu je kot. Tambahan, letak nama mak abah. Tapi kecik. Bila tengok dari jauh tak nampak pon. Tapi ye lah takkan nak letak nama 4-4 orang kot. Semua gila glamour nampaknya... Kah kah kah.

Dah print signage tu, tampal atas kotak yang dah dipotong. Hoih, ingat senang nak potong kotak-kotak tu? Kalau yang jenis nipis tu ye lah. Ni yang jenis tebal. Jenuh gila. Dah tampal, masuk dalam plastik pulak. Takut kang hujan, lunyai dah tak nampak tulisan tu. Tak guna weh tak guna kalau lunyai.




Cucuk lubang atas bawah masukkan dawai halus lepas tu sedia nak pergi pasang pukul 1 pagi. Nak pasang tu jangan lupa pulak bawak bunga manggar nak letak sekali. Kalau boleh biar warna cerah, hari siang senang memancor-mancor berkilat. Dari jauh orang nampak dah.


20130607

DIY

Ha moh kita ceghita pasal persiapan kenduri angah hari tu. Sebagai adik yang paling ohsem aku mestilah ada bagi sumbangan idea/tenaga kan. Eh, orang lain pun bagi sumbangan tenaga okeh! Bebajet je aku ni. Huh. Walaupun idea tu macam mana cara nak kempiskan perut sebelum kenduri.  Hahaha sangatlah tetiba -____________-' Nasib baik semua orang berjaya. Berjaya lah sikit. Wiwiwi. Semua orang? Rahsia sulit kerajaan!! 

:: Bucuk yang masa tu baru keluar hospital kena operate T_____________T ::

1. Hantaran

Sebagai golongan marhaen yang gaji idok le sejuta ringgit malaysia sebulan, takde maknanya lah weh nak tempah hantaran kat orang / kedai. Mau tak makan sebulan kang. Tapi kalau nak tempah alang-alang baik tempah kat Arma ke, Rastali ke. Cantik! Hehehe.

Tapi ni sedor diri. Tu yang bila fikir, ahh buat sendiri je lah. So, buat keputusan buat bunga tisu guna paper crepe lepas tu gubah je lah. Beli kat Carrefour sepeket ada 10 baru berapa ringgit. Beli dekat kedai buku Popular pon sepeket baru 80 sen. Total semuanya tak sampai RM20 rasanya. Jimat sangat sangat sangattt.

:: Hoih, bersepahnya bilik. Macam tongkang pecah. Bantal baru bersusun kat tepi tu ha. Kain dalam raga benyek. Ish ish ::

:: Tuala siapa lah tu =..= ::


Hahahaha tapi hari tu termembazir terbeli paper crepe yang tebal tu. Sepeket RM10, aku pergi beli 3. Damn. Lepas tu tak tahu nak buat apa simpan dalam kotak tak guna. Kalau rasa duit tu banyak sangat, nak membazir bagi aku je lah eh. Hadoi membazir sangat!!



Cara nak buat bunga tisu tu kat google berlambak. Aku pon tengok je kat situ. Semua blog aku masuk nak tengok cara buat. Nasib baik senang. Tapi aku buat macam tak jadi je. Dan tak kemas. Dan tak cantik. Dan semuanyalah!!

Hantaran Syawal bagi angah pon kitorang buat jugak. Beli bunga kat kedai 2 ringgit total semua tak sampai RM50 . Tapi tak cantik pon kena terima je lah kan. Hehehehe. Tak payah membazir nak buat hantaran bajet sampai beratus.

:: Gambar hantaran tak cukup ::

Yang penting hantaran konsep murah, jimat, simple tapi cantik. Hahahaha cantik ke?!

2. Bilik pengantin

Pak kebung pak kebung lol lol lol. Bilik pengantin tak mau letak tirai-tirai semua tu. Fikir punya fikir idea hias bilik pengantin, ting! Haa apa kata susun bunga tisu atas kepala katil. So, buatlah. Untuk bilik pengantin guna tisu serviette beli kat Mydin Jalan Tar tu ha. Murah banget!






 Sebelum tampal, bukak dulu semua bunga tisu tu dulu masuk dalam kotak. Dah siap bukak baru lah buat kerja menampal. Memula ingat nak letak banyak putih, kuning dengan pink letak 4-5 je. Tapi tetiba jadi macam tu. Ala boleh lah. Janji ada.


:: Hari kejadian. Nampak tak lawa pulak! Tapi okay lah hm ::

:: Seminggu selepas. Banyak dah yang tercabut. Buat penat-penat lepas tu buang masuk dalam tong sampah :(( ::



3. Button badge (BB)

Button badge masa Farahain kahwin hari tu dah buat. Kali ni angah kahwin pon mestilah nak buat jugak. Kang tak adil pulak. Ada jugak yang merajuk masuk batu belah batu tertangkup. Hahaha amende ni woi tetiba sangatttt!


BB ni idokle DIY pon. Tapi design sendiri lah. Tak guna yang custom design. Inspirasi (haha inspirasi sangat) daripada BB yang family Hanis Zalikha pakai masa kakak dia kahwin. Hampir sejibik sejibon dengan dia punya aku buat.


Memula ingat nak buat cemtu. Lepas tu mak jemah sekalian kata simple sangat. Tapi aku suka. Tapi diorang nak macam Hanis Zalikha punya tu jugak. Hmm sebelum mereka semua hentak kaki macam puss in boots, aku pon turutkan lah jugak. -_______-' Hehehehe poyo je aku.

:: Antara dua ni. So, pilih yang kanan ::

Memula google background pink polka dot. Lepas tu edit. Lepas tu google brush untuk tempat tulisan, yang curly curly terbalik aku letak tu. Lol. Ha lepas tu edit guna photoshop. Okay lah. Tak sangka aku ni pandai jugak guna photoshop kan. Bangga dengan diri sendiri *nangis*


Tempah button badge ni dekat CeriaKadKahwin. Oh, tempah 8 biji sahaja so harga satu RM4. Lagi banyak lagi murah lah. Servis laju pantas tuntas. Eh, apa maksud tuntas? Memandai je. Kbai.

20130606

Gold Coast Resort, Morib.


20130605

090313 - bertandang


Haih dah 3 bulan weh. Hadoi sibuk benr nampaknya aku ni. Sibuk baring, goyang kaki segala kan. Kah kah kah. Tak lawak -______-' . Duduk rumah selama ni takde maknanya weh nak nampak aku kemas rumah sampai shine bright like a diamond. Lol.

Ha kenduri bertandang sebelah Syawal buat seminggu lepas kenduri kat sini. Hari Sabtu jugak 9 Mac 2013 tu. Majlis bertandang buat kat rumah family Syawal kat Felda Tersang 3, Raub, Pahang. Jauh jugak kot. Ingat dekat sebab keluar Tol Bentong. Rupanya kat dalam tu jauh lagi perjalanan. Sempat lah tidur doblas kali wkwkwk.


Untuk kenduri bertandang, abah sewa bas untuk pergi sana. Abah sewa dekat kawan abah punya kawan sebab yang tu paling murah antara yang dah survey. Transnasional sumpah mahal! Dah ada yang murah, baik amik yang tu kan. Dah kenapa kalau ada yang murah tetiba pergi amik yang mahal. Tu namanya bengong! Haha


Pukul 9 dah gerak dari sini. Angah, Syawal & pengapit diorang naik satu kereta. Bas follow diorang dari belakang. Aku rasa dah laju habis tapi tetap rasa macam tak sampai-sampai. Sudahnya, pukul 12 baru sampai sana. 

Memula diorang plan nak bersanding pukul 12.30 tapi kalau dah sampai pukul 12 sempat pulak angah nak make up. Ingat make up sepuluh minit je ke. So, sanding tunda pukul 1.30 lepas Zohor. 





Masa kat dalam rumah singgah tu aku ada dengar siapa tah orang sana cakap nak julang. Aku ingat apa benda julang tu. Julang amende weh. So, kita sabar je menunggu sampai berarak nanti ehhh.

Sekali masa nak berarak tu ghopenye ada orang angkat pengantin. 2 ke 3 orang angkat angah. Lagi 2/3 angkat Syawal. Homai, nasib baik kecil dan kurus. Cuba aku yang besar dan gemuk ni, haih mau semput orang yang mengangkat. Heheheh






Memandangkan berarak pukul 1.30 diorang rombongan semua tu dah pergi makan dulu sebab dah lapar. So, masa pengantin nak berarak pergi rumah Syawal diorang pergi lagi. Tapi dah tak makan lah. Ada beberapa orang je yang makan lagi. Tu pon sebab duduk kat khemah memang khas untuk rombongan pengantin perempuan. Oh, makan dulu.

Dah makan, masuk dalam rumah amik gambar kat pelamin. Balikkkk.