20130607

DIY

Ha moh kita ceghita pasal persiapan kenduri angah hari tu. Sebagai adik yang paling ohsem aku mestilah ada bagi sumbangan idea/tenaga kan. Eh, orang lain pun bagi sumbangan tenaga okeh! Bebajet je aku ni. Huh. Walaupun idea tu macam mana cara nak kempiskan perut sebelum kenduri.  Hahaha sangatlah tetiba -____________-' Nasib baik semua orang berjaya. Berjaya lah sikit. Wiwiwi. Semua orang? Rahsia sulit kerajaan!! 

:: Bucuk yang masa tu baru keluar hospital kena operate T_____________T ::

1. Hantaran

Sebagai golongan marhaen yang gaji idok le sejuta ringgit malaysia sebulan, takde maknanya lah weh nak tempah hantaran kat orang / kedai. Mau tak makan sebulan kang. Tapi kalau nak tempah alang-alang baik tempah kat Arma ke, Rastali ke. Cantik! Hehehe.

Tapi ni sedor diri. Tu yang bila fikir, ahh buat sendiri je lah. So, buat keputusan buat bunga tisu guna paper crepe lepas tu gubah je lah. Beli kat Carrefour sepeket ada 10 baru berapa ringgit. Beli dekat kedai buku Popular pon sepeket baru 80 sen. Total semuanya tak sampai RM20 rasanya. Jimat sangat sangat sangattt.

:: Hoih, bersepahnya bilik. Macam tongkang pecah. Bantal baru bersusun kat tepi tu ha. Kain dalam raga benyek. Ish ish ::

:: Tuala siapa lah tu =..= ::


Hahahaha tapi hari tu termembazir terbeli paper crepe yang tebal tu. Sepeket RM10, aku pergi beli 3. Damn. Lepas tu tak tahu nak buat apa simpan dalam kotak tak guna. Kalau rasa duit tu banyak sangat, nak membazir bagi aku je lah eh. Hadoi membazir sangat!!



Cara nak buat bunga tisu tu kat google berlambak. Aku pon tengok je kat situ. Semua blog aku masuk nak tengok cara buat. Nasib baik senang. Tapi aku buat macam tak jadi je. Dan tak kemas. Dan tak cantik. Dan semuanyalah!!

Hantaran Syawal bagi angah pon kitorang buat jugak. Beli bunga kat kedai 2 ringgit total semua tak sampai RM50 . Tapi tak cantik pon kena terima je lah kan. Hehehehe. Tak payah membazir nak buat hantaran bajet sampai beratus.

:: Gambar hantaran tak cukup ::

Yang penting hantaran konsep murah, jimat, simple tapi cantik. Hahahaha cantik ke?!

2. Bilik pengantin

Pak kebung pak kebung lol lol lol. Bilik pengantin tak mau letak tirai-tirai semua tu. Fikir punya fikir idea hias bilik pengantin, ting! Haa apa kata susun bunga tisu atas kepala katil. So, buatlah. Untuk bilik pengantin guna tisu serviette beli kat Mydin Jalan Tar tu ha. Murah banget!






 Sebelum tampal, bukak dulu semua bunga tisu tu dulu masuk dalam kotak. Dah siap bukak baru lah buat kerja menampal. Memula ingat nak letak banyak putih, kuning dengan pink letak 4-5 je. Tapi tetiba jadi macam tu. Ala boleh lah. Janji ada.


:: Hari kejadian. Nampak tak lawa pulak! Tapi okay lah hm ::

:: Seminggu selepas. Banyak dah yang tercabut. Buat penat-penat lepas tu buang masuk dalam tong sampah :(( ::



3. Button badge (BB)

Button badge masa Farahain kahwin hari tu dah buat. Kali ni angah kahwin pon mestilah nak buat jugak. Kang tak adil pulak. Ada jugak yang merajuk masuk batu belah batu tertangkup. Hahaha amende ni woi tetiba sangatttt!


BB ni idokle DIY pon. Tapi design sendiri lah. Tak guna yang custom design. Inspirasi (haha inspirasi sangat) daripada BB yang family Hanis Zalikha pakai masa kakak dia kahwin. Hampir sejibik sejibon dengan dia punya aku buat.


Memula ingat nak buat cemtu. Lepas tu mak jemah sekalian kata simple sangat. Tapi aku suka. Tapi diorang nak macam Hanis Zalikha punya tu jugak. Hmm sebelum mereka semua hentak kaki macam puss in boots, aku pon turutkan lah jugak. -_______-' Hehehehe poyo je aku.

:: Antara dua ni. So, pilih yang kanan ::

Memula google background pink polka dot. Lepas tu edit. Lepas tu google brush untuk tempat tulisan, yang curly curly terbalik aku letak tu. Lol. Ha lepas tu edit guna photoshop. Okay lah. Tak sangka aku ni pandai jugak guna photoshop kan. Bangga dengan diri sendiri *nangis*


Tempah button badge ni dekat CeriaKadKahwin. Oh, tempah 8 biji sahaja so harga satu RM4. Lagi banyak lagi murah lah. Servis laju pantas tuntas. Eh, apa maksud tuntas? Memandai je. Kbai.