20131230

Sanding 240813

Gahhh kemain lama tergendala tak siap-siap update pasal wedding along! Busy bebenor sebelum ni memikirkan masalah negara yang tak berkesudahan. Katanya :p Why bother why bother why bother! Ceh dan dan nak jadi Azwan Ali Kak Tom Mak Tom tuh.


Hahah okay pagi hari sanding kita mulakan dengan cerita drama swasta tak berapa nak swasta sangat tu. tu sebenarnya cerpen tahap budak sekolah rendah darjah 6 nak ambil UPSR je kot. Saya menangis kesakitan dan bahagia akhirnya. Lol amende tah pfft -____-'

Along start make up awal. Faressa datang pukul 9 rasanya. Along punya session make up dengan Faressa 9-11 sebab Faressa ada nak make up kan orang lain. Dah along book dia lambat, tu yang kena awal. Tapi ok lah kot, baik siap awal daripada siap lambat. Lagipun sanding pukul 12.30 .



:: Gemuknya kau!! Hahahaha ::



Haa bunga manggar! Dah pukul berapa tah baru perasan tak cucuk lagi. Nasib baik ingat. Kalau tak pengantin berarak tak berbunga manggar lah.


Oh, teringat time standby nak tunggu pengantin berarak. Aku suruh Yaya, Iqa, Mia dengan Mimi duduk kat bunga manggar tu. Bebudak biasa lah. Kang tetiba diorang hilang, takkan aku yang nak bawak bunga manggar tu. Memang idok le!


Ha lepas tu aku pergi dekat along rasanya tetiba diorang panggil Kak Tiha ke Bab tah. Rupa-rupanya ada bebudak nak ambil bunga manggar tu. Eh, kalau pengantin dah berarak amik lah korang dengan batang-batangnya. Ni pengantin beum berarak dah nak amik. Kang tak sempat nak berarak dah togel. Lepas tu aku tak bagi sambil buat muka macam mak tiri. Lalalala~

Lauk-pauk hari kenduri macam biasa, ketua masak Cik Piee dengan Haji Din. 3 kali buat kenduri berturut-turut upah diorang sebab memang dah terbukti diorang masak sedap. Omnomnom. & macam biasa segala kerja potong bawang semua tu dibantu oleh penduduk Kelumpuk Teratai!

Nasi putih
Nasi minyak
Ayam golek*
Kari daging
Daging masak hitam
Acar timun
Buah oren
Air sirap+oren
Bubur pulut hitam   
 Cendol**



Kenduri kali ni abah amik ayam golek. Sedap! Orang tu duduk Klang. Memang buat untuk kenduri/majlis. Cendol pulak mak suruh Mak Mah dengan Cik Amat buatkan. & diorang sponsor. Diorang memang berniaga kat rumah diorang kat Nibong Tebal. Semua barang diorang bawak dari sana. Kemain jauh! Tapi serious sedap  amat sangat jugak. Ramai puji :D



Memandangkan ni last kenduri kahwin (ehem) makanya mak pon nak buat cabutan bertuah untuk orang yang buat kerja. Hadiah semua beli kat kedai 2 ringgit kat kampung, ECO. Tupperware je semua. Macam-macam bentuk. Hamper buat 10 rasanya. Ada air gas, keropok 2 yang besar, biskut dengan sumi. Tu je kot.



Hahaha yang tah pape. Farahain dia paling banyak buat kerja (adik-beradik). So, dia pon dapat lah rosette dengan nombor cabutan bertuah. Tetiba time panggil nombor, nombor dia naik. Dapat hamper pulak tu. Kemain berlari keterujaan! Kah kah kah. Lepas tu ada yang macam tak puas hati. Cik Ina sebagai ketua eceh kata amik je. Lol. Mak Usu, Mak Mah pon ada dapat jugak. Tapi Farahain lah paling gah bom kebabom hadiah hahahahaha!


Scallop khemah oren campur pink! Memula along nak kelabu putih takpun semua putih. Tapi Pak Akob takde warna kelabu. Lepastu fikir macam kalau putih je macam dull je walaupun lawa. Serious aku suka kenduri putih bersih! Pak Akob ada warna apa je. Tak banyak. Lepas tu dia cadangkan warna tu. Kitorang pon okay je. Macam lawa. & memang lawa pon. Hahaha pujiannnn.

Oh ha lupa pulak. Pukul 12.40 kot pengantin berarak. Dengan kompang Sri Cahaya sama dengan angah hari tu jugak. Tapi kali ni takde silat :/ .





Memandangkan kali ni kenduri buat time hari raya. Banyak bertindih dengan kenduri kahwin orang lain, open house yang kemain banyak lepas tu sekolah ganti, banyak orang yang datang lambat. Majlis habis pukul 4.45 rasanya. Tetamu terakhir, Datuk Kamaruddin. Memula dia cakap tak boleh datang, sekalinya lepas meeting dia terus datang walaupun dah lambat.



So, along dengan Raman pon terpaksa keluar pergi outdoor lambat. Walaupun padahal kat Taman Rashida depan rumah tu je. Hahahah. Outdoor dengan KK sahaja sebab Wan Mahazir terpaksa balik awal sebab ada emergency. Pukul 1 ke 2 tah dia balik. Tak perasan.





Warghh akhirnya siap entry pasal hari sanding ni kan. Macam kan seksa dan azab sangat je nak buat. Ehehehe.




OH TINGGAL AKU SORANG JE LAGI TAK KAHWIN. SEDIHNYEWWWWWW! :P

Tq to uols uols yang banyak membantu tu. Yu noe who yu are.

20131101

Nikah 230813

Ha kau!! Dalam setahun 2 kali kenduri. Dalam 16 bulan 3 kali kenduri. Bukan kenduri biasa-biasa. 3 kali kenduri kahwin. Nampak nau masing-masing gatai tak sabar nak kahwin tapi tak nak buat kenduri sekali. Macam aku tak tahu taktik diorang tu. Hahahaha. Cer tengok aku, takde pon nak kahwin tahun ni jugak. Muehehe. Amende tah Abo ni. Tunjal dahi lima kali baru tak jadi tahpape kot :b


230412 Farahain nikah. 010313 angah pulak nikah. Kali ni 230813 along pulak nikah. Along nikah pon kat tempat yang sama, Masjid Muaz bin Jabal. Punyalah setia nak nikah kat masjid tu je kan anak-anak Cik Basir & Cik Soba ni. Ustaz Muadzeen jurunikah tu pon dah kenal muka setiap ahli keluarga ni. Lagi-lagi abah lah kan. Manjang muka abah yang pergi masjid tandatangan borang kebenaran wali. Heheh.



Memula hari tu ingat nak nikah lepas sembahyang Jumaat dalam pukul 3 camtu sebab tak nak kelam kabut. Nanti lepas nikah nak bawak rombongan lelaki balik rumah ada jamuan sikit, nak outdoor lagi. Tapi, ustaz tu cakap waktu tu waktu 'panas'. Dia cadangkan nikah lepas asar. So, ikut je lah.


Pukul 2 Faressa dah datang nak makeup. Dia datang along tak siap lagi. Nak pakai contact lense kemain jenuh. Dah lah pakai glove. Kalau tak pakain kang takut jadi macam angah hari tu pulak, inai luntur kat contact lense. Dah aku kena pergi JJ laju-laju sebab nak beli contact lense. Huhu. 2.30 macam tu baru start make up. KK & Wan Mahazir (OP) dari MLS datang pukul 3.30 lepas sembahyang Jumaat.

Asar pukul 4 lebih. Tak nak kelam kabut, pukul 4 dah gerak dari rumah. Sampai masjid, duduk je dalam kereta dulu tunggu azan. Family Raman diorang sampai lagi awal. Diorang berkumpul dekat pondok dekat dengan parking tu. Dah nak azan baru masuk berkumpul kat perkarangan masjid.

Pukul 5, siap solat asar Ustaz Muadzeen tu suruh semua masuk dalam. Kemain kot kali ni ustaz tu macam ramah terlebih. Manjang senyum pulak tu. Hehehehe.



Kali ni abah yang nikahkan? Terkejut iols. Sebelum-sebelum ni ustaz tu yang nikahkan. Suara abah time nikahkan tu bergetar, nampak nau nebes! Haha gegel lettuwww. Dah habis majlis abah cakap time tu ustaz tu yang suruh nikahkan sendiri. Dia cakap dah 2 kali, kali ni biarlah abah yang nikahkan sendiri.




Time abah nikahkan tu, kaki Raman goyang-goyang. Tapi tak nampak dalam video. Rugi gilaaa! Hahaha tu lagi sorang yang nervous selain daripada abah. Sekali lafaz je chuols dah sah sah sah. Tengok gaya tu mesti malam sebelum dah praktis berjuta-juta kali lafaz akad. Kah kah kah











Dahlepas selesai semua tu ada serah tanggungjawab pulak. Time Farahain dengan angah nikah hari tu takde pulak. Aku yang kat belakang dah nak tergelak dengar apa yang abah cakap. Poyonya abah niiiii (dalam hati lah) :b Hahaha. Yang Raman cakap kemain perlahan. Memang takdengar. Dalam video pon tak dengar. Amende tah yang dia cakap. Yang penting sambil cakap sambil goyang kaki! Gambar tu time serah tanggungjawab. Time nikah takde gambar!






Dalam pukul 6 siap semua. Kitorang balik dulu. Along & Raman stay nak ambil gambar. Family Raman pon tunggu sekali. Pukul 6 lebih dah nak dekat pukul 7 baru diorang balik rumah. Ada jamuan makan sikit. Tapiiiii tak sempat nak baca doa selamat, diorang dah serbu makanan (?) Okay tahu lapar hahahaha. Tapi malam tu buat lah sekali dgn tahlil.







Kbai! :D

20131022

Drama

Akan update pasal wedding along. Tapi nanti-nanti dulu. Sebelum cerita pasal kenduri, aku cerita pasal drama-drama sebelum kenduri. Hahaha kemain kau jah, kenduri pon ada drama. Kelas chuols along kahwin siap ada drama RTM & swasta. Lolz tak lawak -____-'

Padahal takde lah drama mana pon. Tapi macam kejadian-kejadian yang jadi sebelum kenduri. Ish. Tak tahu nak cakap macam mana. Benda yang jadi sebelum kenduri yang tak boleh lupa. Yang lain pon tak boleh lupa. Tapi ni paling tak boleh lupa. Ha ye lah wtv.

________________________________________________________________________________________

Kisah 1

Hari Khamis petang sebelum kenduri, time tengah sibuk buat hantaran. Cik Arah kat rumah dia. Tetiba dia datang cakap wayar kat khemah putus. Kaki khemah pon tah jadi macam mana tah. Ada orang masuk bawak kereta.


Wayar tu macam sambung dari khemah tempat untuk orang potong bawang semua tu pergi khemah masak. Kat tengah tu kosong takde khemah memang boleh lalu kalau tu. Tapi agak-agak lah weh. Orang tu dah lah bawak kereta besar, tinggi. Unser. Lepas tu atas dia ada yang box Thule tu. Mana tak sangkutnya. Dah putus. Dengan kaki khemah macam terkangkang sekali.


Lepas tu mak apa lagi, macam biasa kelam kabut keluar nak pergi tengok. Dah kecoh. Lepas tu Cik Arah, Cik Ina & Cik Cah suruh orang tu call Akob sendiri. Dia call. Lepas tu Akob suruh elokkan sendiri sebab takde pekerja. Adoi lah Pak Akob ni.


Oh, itu pon nasib baik Cik Laili nampak. Cik Arah cakap time tu Cik Laili duduk kat beranda amik angin. Tetiba orang tu langgar terus menjerit Cik Laili. Cik Laili cakap nasib baik perempuan. Kalau lelaki dah lama dah dia tampar. Wuish, takut aku dengar. Hahaha

Lepas tu Helmi dengan Syawal balik dari pergi kira & amik pinggan mangkuk. Mak ke siapa tah suruh elokkan. Lepas tu Cik Laili tak bagi Syawal buat benda yang ikat-ikat ni. Tah pantang ke amende tah. Lepas tu Helmi lah yang kena ikat kot. Tah, aku tak tengok pon. Cerita je lebihhhh :b

_______________________________________________________________________________________

Kisah 2

Lepas tu Sabtu pagi, dalam pukul 7 camtu aku dengan Farahain kutip, basuh cawan & pinggan yang tak habis basuh masa malam semalam yang ada tahlil dengan doa selamat. Mula-mula aku dengan Farahain yang basuh. Lepas tu tetiba yang lain pon nak join jugak.

Dah ramai sangat, aku pon bangun nak angkat barang bawak masuk dalam rumah. Sekalinya bila aku pergi situ nak angkat lagi barang, tetiba aku terjatuh. Situ basah. Aku pulak pakai selipar yang dah haus. Hoihhh aku geram betul dengan selipar tu. Terus aku campak.

Kat sini!! Tepi tu licin kalau pakai selipar yang dah buruk -___________-'

Dan dan time tu jugak mak keluar kat pintu, dah kena marah. Kena marah sebab mak ingat aku mengamuk marah kat orang sampai baling-baling kasut. Haih lah salah faham betul. Sakit kot!! Tangan terpeleot. Dengan bontot sakit T_________T

Cepat-cepat aku masuk bilik dan menangis menangis menangis. Yang lawaknya sambil menangis sambil cakap sorang-sorang. Muehehe. Cakap nak tolong. Tapi sakit. Aaaa. Lepas tu along masuk bilik tanya mana sakit, bak dia urut. Bila dia cakap macam tu lagi aku nangis. Lepas tu reda. Lepas tu dia masuk bilik cakap 'Abo, kata nak buat bunga tu'. Menangis lagi. Hahahaha drama betul. Aaaa tapi sedih tahuuuuu?!! Sob sob sob

Kbai!

20131018

Nak update. Tapi malas. Tapi nak jugak. Tapi kena update jugak-jugak. Tapi dah kalau malas............


Kenduri kahwin Noorfazlina binti Basir
& Abdul Rahman bin Musa
(Along&Raman)


Esok-esok lah! :D

20130910

Tanda Putera.




Hari Khamis lepas. Tengok movie Tanda Putera dengan Along & Raman kat TGV Wangsa Walk. Memula macam malas, tak nak. Ahhh, boring. Best ke? Cerita sejarah bagai ni. Sekali bila dah tengok, ha amek kau. Best gila amat sangat paling! Best okay. Dah lah lagu dia pon best. Awie nyanyi.  Rugi siapa yang tak tengok. Yang tak nak tengok tu lagi lahhhh. Ada aku kesah orang cakap siapa yang tengok tu penyokong BN. Macai BN. Aku tengok pon sebab sejarah kot. kata nak sejarah A++++. Hahhaha