20110120

Tutorial kalkulator 350MS ke 570MS

Haha sekarang ni aku dah berhijrah masuk tahun 4 AMANAH dari 3RAJIN. Then mula lah cikgu suruh beli ini lah , itu lah. Di antara barang yang cikgu suruh beli ialah kalkulator 570MS/ES.Kemudian , disuatu pagi , pabila lampu ciptaan Allah mula menyinari bumi , burung berkicau , aku terserempak dengan sebuah blog  ni. Boleh pulak terserempak dengan belog kan. Biasalah BM fail. Dekat belog tuh , dia ada ajar macam mana nak hack kalkulator 350MS ke 570MS. Tutorial ni valid untuk budak IPTA , SPM , PMR , UPSR . Haa budak upsr kalau nak kuda dengan cikgu gunalah. HAHAHA. okay okay , jadi harini aku nak kongsi ngan korang ilmu yang aku ada ni. Nak tak ? Taknak boleh berambus sekarang.

Bahan-bahan yang diperlukan : 

1. 1 buah kalkulator CASIO FX-350MS . ES tak boleh ye. siapa yang ada ES tuh pergi nangis balik rumah jumpe ibu suruh belikan yang MS punya. Hahaha.
2.Mata untuk meneliti step2
3.Jari yang kudung untuk menenyeh kalkulator anda

Mula mula , bukak cover kalkulator , bersedia dengan tangan . Tenyeh button MODE kuat kuat sampai patah jari dan pecah skrin ! :D 


Okay , now uolls tekan number 2 dengan penuh semangat ! Jangan tekan dekat skrin pulak . Iphone bapak korang boleh la . Lepas tu , tekan number 24.


Lepastu , tekan M+ sampai jadi 80 


tekan lagi sekali M+ die akan jadi macam ni


Tekan lagi button M+ , dia akan bertukar macam ni 


Tekan 2. Pastuh tekan anak panah ke atas.


Okay rilek dulu , makan kitkat ke. HAHA. then , korang tekan 13131313131313 sampai dah tak boleh tekan lagi dah. Pastikan turutan 13131 betul. jangan jadi 1131313113111 pulak okay ?  


Bile dah jadi macam ni , ringankan lah tangan anda , dan silalah tekan = 


Die akan jadi macam ni . Then tekan lagi =


Pastuh korang tekan 01 , bukan 1 tapi 01 . Kemudian , tekan = pada masa yang sama.


pastu akan jadi camni . Last step , korang kene tekan AC bukan AC MIZAL ye dan kemudiannya MODE. dan PROFITS !!


kan dah jadi ? Suke tak suke tak ? :p takyah membazir nak beli kalkulator baru. Tapi setiap yang baik ada yang buruknya jugak. Kalkulator 350MS yang telah dihack ni,tak ada fungsi kalkulator 570MS yang sepenuhnya.Setakat EQN BASE semua tuh adalah.Jadi kalau kau nak yang power punya , angkat buntut , pergi POPULAR, angkat satu kalkulator 570MS :P