20110210

Like a G6

Wow woww, lama gila aku tak hapdet belog. Okay, aku tahu takde siapa yang kesah sebab tu malas nak hapdet. Benci! Haha, sangat gedik. 

Hokey, setelah dikira dengan begitu khusyuk dan tekun berapa hari yang aku tak hapdet aku telah mengenal pasti yang jawapannya adalah tidak tahu. Mak cik-mak cik sekalian boleh menghadap segala jenis PC dan LAPTOP dengan begitu fokus, mata jangan berkelip-kelip tapi gaya gediks boleh je ;p



Waduh waduh, pendahuluan je dah 2 perenggan belum masuk ke tajuk utama lagi. Masalah betul aku nih memang mencari pasal. Like A G6 tu lagu Far East Movement yang aku tahu LIKE A G6 je ulang seploh kali sambil nyanyi gaya Inul Daratista. Heh heh

Hari ini hari khamis ada subjek chemistry ye untuk pengetahuan ibu-ibu bapak-bapak semua yang ada di sini. Hari ni cikgu buat experiment pasal naphthalene ataupun dalam bahasa yang kau paham sangat-sangat, UBAT GEGAT.



Tetapi, aku sebagai seorang penyanyi kumpulan Far East Movement hanya mampu menyanyikan lagu Like A G6 sahaja. Ergh, bukan bukan. Aku seorang pesakit (?) G6PD. Time buat experiment kena duduk kat luar lab. Begitu lah nasib diriku yang malang tak boleh duduk dalam lab bila orang lain bersuka ria buat experiment mencairkan ubat gegat. T__T

Kalau aku duduk kat dalam lab jugak boleh pengsan. Betul ke? Tah tak tahu.