20120605

Marhaban

Marhaban. Jumaat malam Sabtu buat ni. Malam tu kitorang adik-beradik, mak, abah pakai baju hitam. Yang perempuan pakai jubah warna hitam, abah pakai baju melayu warna hitam. So sweet. Hahaha, baldi satu plisss. Tapi tapi tapi, sayang gila sebab tak ambil gambar satu keluarga T_T

Malam tu semua family members dah datang. Diorang semua duduk kat rumah Riadah. Amboi, kalau duduk kat rumah ni, mau semput. Sesak okay. Kau ingat rumah banglo? Rumah flat je hokay. Kakak, Mak Usu datang rumah. Eh, kata nak pakai baju hijau. Hahaha, tu dalam perancangan yang lepas. Malam tu tetiba tukar plan nak pakai jubah. Aku pun bukannya ada jubah. Bukak almari mak, angkut jubah mak satu. Nasib baik sama saiz. Awww

:: Haih, gedik sunggu lah minah sorang ni ::


Masa malam marhaban tu Farahain pakai baju yang dia pakai masa nikah pagi tu. Make up? Tak payah nak bermake up bagai. Eh, pakai make up lah jugak tapi sikit je. Bedak, lipstick, eyeliner. Kakak semua yang baru sampai tu masuk bilik ha hamek kau penuh terus bilik tu. Dah kata, bilik saiz sarang burung je. Mananya tak sesak. Nasib baik takde yang pengsan tak cukup oksigen. Heheh

Lepas tu Mak Usu tanya mana yang lain. Diorang semua kat rumah Riadah berehat, mandi solat apa semua. Mak Usu cakap dia nak pergi sana jumpa diorang yang lain. Kitorang pon apa lagi bawak lah Mak Usu dengan anak-anak dia pergi sana. Kitorang bertiga je lah tapinya. Aku, Along, Angah. Yang lain kat rumah menunggu marhaban nak start.

:: Sempat lagi nak ambil gambar. Tetap suka walaupun gegar seribu. Eh ::

Haa ni dah sampai kat rumah Riadah. Nenek Aji dengan Mak Ong ada kat rumah. Yang wak, nenek sabak, nenek diorang rehat kat rumah Riadah tapi bila time nak tidur diorang tidur kat rumah. Masa ni semua orang dah sampai. Aku rasa aku dah taip tadi. Lantak. Suka hati aku lah nak taip apa. Penuh satu rumah. Mak Mah masa ni sibuk dengan cucu-cucu dia. Haih, kecoh satu rumah tu. 

:: Nenek sabak dengan nenek. Diorang dah siap nak pergi kat khemah untuk marhaban ::

Dalam 20 minit duduk kat rumah riadah tu, kitorang ramai-ramai gerak pergi dekat khemah. Okay nasib baik majlis baru nak start. Tak lambat, tak cepat. Well done. Orang marhaban dari Kelumpuk Serindit baru nak duduk. Tetamu, jiran-jiran pon baru sampai. 

Lepas tu Farahain kena duduk atas pelamin. Aku tak tahu apa motifnya. Mula-mula lagi lah kena duduk sorang-sorang sebab Helmi tak sampai lagi. Kalau aku memang dah malu dah time tu duduk sorang-sorang. Ye lah, orang lain semua duduk ramai-ramai boleh bersembang apa bagai. Ni tetiba kau forever alone dekat situ. Ahaha

:: Tetamu yang terdiri daripada jiran-jiran ::

:: Haa, Farahain duduk sensorang kat situ ::

:: Makcik-makcik kumpulan marhaban dari Kelumpuk Serindit AU3 ::


:: Video. Ada lah 2 3 video tapi jenuh lah nak upload semua ::

Gambar orang ramai dekat sikit. Aku malu sebenarnya nak ambil gambar diorang. Haih, tah kenapa tah nak malu bagai. Apa kau ingat kau tu hotsetap? Lol. Tapi ye lah jubah mak yang aku pakai tu jenis yang butang. Nasib Bila gerak sikit dia macam ternampak kat dalam. Eh? Hahaha, nasib baik aku pakai seluar kat dalam kalau tak... Tak dapat nak bayangkan XD



:: Nampak mak kat sanaaaa! Pakai jubah warna hitam, tudung kelabu corak ::


:: Adik-beradik tanpa Farahain. Dah dia duduk kat pelamin takkan nak suruh datang kat kitorang semata-mata nak ambil gambar pulak.Gilos ::

:: Muka aku ni memang cantik sangat! Rasa nak tenyeh-tenyeh je ::


:: Gambar ni macam okay sikit. Hahaha yelah tu ::

Masa ni Helmi dengan family dia dah datang. Datang-datang terus naik atas pelamin duduk je berdua kat atas tu. Serious aku tak tahu apa motif diorang duduk kat atas pelamin masa tu! Hahahaha. Banyak sangat hahahaha dah aku rasa =oo=


:: Ni semua orang berdiri nak selawat aku pon datang lah nak ambil gambar. Tu pon suruh Kak Deq temankan :b ::


:: Omaa ::

:: Doa penutup. Dah nak habis marhaban ::

Kan untuk kenduri tu ada sembelih lembu. So, malam tu diorang guna tulang-tulang lembu tu untuk buat sup. Ramai yang cakap sedap. Habis marhaban, semua serbu makanan nak makan. Baguslah. Tapi aku tak rasa pon. Serious macam tak selera. Makanan semua habis untuk malam tu kecuali masak lemak pisang muda hapakebenda tah tu. Airnya air sirap ;D Well, kenduri lah katakan. Hik hok

:: Sup tulang.  Meja pon tak berlapik lagi. Malam tu betul-betul simple sesimple simplenya ::

Makanan lain aku tak ambil gambar pon :B Baiiiiii