20120608

Port Dickson

Port Dicksonnnn! Oyeah oyeah oyeah oyeah. Hahahah. Hari Jumaat yang hari last sekolah sebelum cuti sekolah tu kitorang pergi PD. Kitorang tu aku, mak, abah, angah. Along tak ikut sebab sibuk dengan kerja. Farahain dengan Helmi datang hari Sabtu. Hari Jumaat tu pon lepas Maghrib baru bertolak dari rumah pergi sana. Nak pergi petang? Memang tak lah. Angah balik kerja pon pukul 6. Sampai rumah pukul 7. Nak pergi petang apanya.

Pukul 10 rasanya baru sampai. Kitorang duduk dekat Mess PDRM. Greysands. Pergi sana sebab ada Hari Keluarga tempat kerja abah. Kalau tak takde maknanya nak pergi ke sana. Mana ada rajin. Duduk dekat rumah nombor 19 ;) Tapi jauh sikit dengan pantai. Kira macam jalan 2 minit baru sampai kat pantai T_T

Pagi hari Sabtu ada senamrobik. Tak join pon. Hahahahahaha. Abah je yang join. Padahal bukan jauh pon. Bukak sliding door tu, kat depan rumah. Depan rumah tu ada gelanggang. Ha, kat situ lah. Tapi, kitorang duduk dalam rumah tengok TV. Lepas tu, pukul 8.30 baru Farahain dengan Helmi sampai. diorang pergi join senamrobik. Bila dah habis senamrobik baru kitorang keluar. Eeeeee, pemalas betul

:: Gelanggang. Hadiah untuk games. Tapi ada banyak lagi, tak habis angkut masa ni. Ambil dari dalam rumah :b ::

:: Abah tengah senamrobik. Tak nampakk. Abah yang pakai baju kelabu. Tutup langsir sebab nanti orang nampak. Maluuu ::

Lepas habis senamrobik baru kitorang keluar sebab masa tu masa untuk makan. Sarapan lah maksudnya. Hahaha keji noks orang nak makan baru kau nak tunjuk muka. Dasar tak tahu malu. Sarapan dekat tepi pantai. Pagi tu apa je makanan dia. Tak tengok pon. Abah yang ambilkan semuanya. Hahaha, pemalas. Again. Abah ambil samosa, karipap, roti, sardin, lepat. Air kopi, air mineral. Tu je lah.

:: Omaa ::

:: Abah dah kenapa? Makan macam tu pulak mukanya. Hahahihihoho ::


:: Angah , meee ;D ::

:: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ::

Dah semua orang penuhkan perut dengan makanan. Acara sukan pon bermula! Kali ni games semua buat dekat gelanggang. Kalau tak macam sebelum ni buat dekat pantai. Tapi tu dulu. Dulu, pantainya luas. Air laut jauh kat tengah. Sekarang, bila air pasang memang sampai ke tepi tembok air dia. Nak main kat tepi pantai macam mana.

Macam tak percaya. First time aku main permainan kat Hari Keluarga ni. Sebelum ni pernah jugak tapi beberapa tahun yang lepas kali terakhir aku main tu. Main belon kasih sayang dengan angah. Lol. Farahain dengan Helmi pon main jugak. Farahain dengan Helmi terkeluar awal daripada kitorang. Belon diorang pecah. Habis basah Farahain sebab dia yang tangkap belon tu. Semua orang gelak.

Aku dengan angah bertahan lagi. Lepas tu orang tu cakap hadiah sampai nombor 10. Bila kira orang nya dah kurang daripada 10. Hahaha, dah suka dah masa tu. Yeayy, dapat hadiah. Lepas tu tah macam mana. Bila aku nak baling belon tu dekat angah, terbaling rendah pulak. Melantun-lantun bola tu dekat lantai. Dah terkeluar. Bagi nama dekat Ajk. Dapat nombor 7. Bila penyampaian hadiah, tiba-tiba hadiah sampai nombor 5 je. Huwaa, sedih.

Lepas tu ada permainan botol beracun pulak. Alaa, macam main kerusi yang pasang lagu tu. Tapi ni guna botol. Aku terkeluar awal. Haih, nasib malang betul lah. Angah bertahan lagi dalam game tu. Sekali, dia bertahan sampai akhir. Antara nombor satu atau nombor dua. 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2. Sekali dapat nombor 2 je. Pon boleh


:: Kumpulan perempuan ::

:: Lelaki satu kumpulan ::




:: Dapat hadiah tuala je ::

Hari dah makin panas. Iyolah, dah nak tengah hari. Dekat tepi pantai pulak tu. Lepas tu, sampai air cendol dengan laicikang 2 bekas besar yang macam dekat pasar malam tu. Buah potong banyak gilaa. Macam-macam ada. Ada dadih jugak. Buah potong tu masa baru sampai, berebut semua orang nak ambil takut habis. Termasuk aku. Aku ambil nenas, tembikai susu, jambu. Jangan tamak haloba :B

Lepas tu sambung acara lagi. Masukkan bola ping pong dalam baldi. Satu kumpulan 4 orang. Semua orang masuk. Kitorang je tak masuk. Mak nak masuk sebenarnya tapi.. Lepas tu tengok je lah orang lain main. Lain kali kita main yehh kalau ada Hari Keluarga lagi. Ngeh ngeh



Lepas tu dah malas nak tunggu. Sebab games untuk budak pulak. Tak tahu lah ada untuk orang tua punya ke takde dah lepas tu. Malas. Ajak angah balik. Konon nak balik, last last pergi pantai. Heheh. Ambil gambar sikit. Gedik-gedik. Macam tak biasa kan. Awww




:: Tenggelam kakiku dan kakimu. Lol ::

:: Farahain dengan Helmi di sanaaa ::

:: Homai kaki siapa tu yang kembang macam gajah? Euww ::

:: Alolololololo ::

:: Kenapa hitam? Gelap? Kenapa tudungku sedemikian rupa. Lol ::


:: Duduk kejap kat tepi tu nak keringkan kaki. Sempat lagiiii ::

Nak balik rumah dari pantai tu singgah ke taman pulak. Haih. Angah je lah ambil gambar. Lepas tu dia cakap. Eh, buai ni kecik lah. Kalau kau yang duduk ni mesti tak muat. Okayy -,- Kat tepi tu ada pool. Teringin nak mandi. Apakah? Vangang




Balik rumah, tengok dari tingkap je lah apa yang diorang buat. Lepas tut tetiba teringat ada explorace. Huh, dah balik dah pon. Tak payah lah. Lain kali saja

Malam tu kemuncak dia. Eceh, kemuncak. Ada makan-makan. Karaoke. Cabutan bertuah. Lepas Maghrib laju-laju pergi tepi pantai nak ambil tempat. Kang orang dah ramai, takde tempat nak duduk. Sekali sampai, tak ramai pon lagi orangnya. Boleh lah pilih nak duduk kat mana :DD

Lepas baca doa semua orang serbu makanan. Aku ambil rojak buah dulu sebab tu paling dekat. Lepas tu ada yang aku ambil, angah ambil, Farahain ambil, Helmi ambil. Sorang sikit lah ambil. Bila kumpul semuanya penuh meja. Macam-macam ada. Tapi ayam dia masin! Kurenggg

Aku, angah dengan abah tunggu sampai habis. Takde lah habis. Dah nak habis. Mak awal lagi dah balik sebab Cik Imah dia datang hari. Dia nak tumpang rehat kat rumah. Mak pon balik lah dah Cik Imah nak tumpang rehat. Farahaind dengan Helmi berjalan-jalan pergi taman pergi ke mana tah tak tahu.

Abah ada masuk teka kacang, teka biji betik. Abah menang teka biji betik dapat beg roda. Cabutan bertuah kaum ibu, mak dapat Tupperware yang besar untuk dlam fridge. Cabutan bertuah staff, abah dapat set cawan corak vantage. Okay lettewwww.



:: Bukan senang nak dapat gambar abah senyum ;D ::

:: Biar lah gambar gegar. Yang tak gegar simpan je dalam laptop. Heheh ::






Done. Hari Ahad tu balik dalam pukul 10 terus pergi kenduri kahwin anak kawan abah dekat Maktab PDRM Cheras. Mula-mula ingat nak pergi yang dekat Semenyih tapi lupa bawa kad. So, tak tahu rumah dia kat mana. Dah sesat bagai. Terus tukar pergi yang dekat maktab tu. Wokeh babai