20120529

Nikah 27 April



I'm back. Hahahahahaha. Malasnya -,-




Okay, Farahain nikah 27 April 2012. Ikut perancangan nak petang lah kalau tu lepas solat Jumaat. Tapi sebab minggu tu ramai yang nak nikah ustaz tu jadi sibuk. Ha tu lah ramai nau yang gatal nak kahwin sampai kena ikut giliran nak nikah. Err. So, masa jumpa Ustaz Muadzeen tu dia cakap hari Jumaat yang boleh pagi pukul 9.30 . Lepas tu ramai lagi yang nak nikah. Terpaksa lah cakap okay. Takkan nak cakap tak okay pulak. Done.

26 April. Malam tu isteri ustaz tu text Farahain cakap kena nikah awal. Pukul 8.00 . Oh Mak Datuk tak nak awal lagi kan. Pagi tu semua dah sibuk nak mandi bersiap apa semua. Orang make up tu pulak tak tahu rumah kat mana. Pukul 7 lebih baru sampai rumah. Tu pon aku yang merempit ambil dia bawak balik rumah. Laju-laju dia make up. 



:: Abah mau pakai samping. Tah pandai tah idok tu. Hahahaha ::


Haa kau. Dah orang make up tu sampai lambat, lambat lah siapnya. Abah dah pergi dulu naik motor sebab takut ustaz tu dah sampai. Kang dia tinggalkan pergi pulak kalau takde orang. Ustaz tu dahlah kerek gilaaa. Annoying. Aku dalam hati dah cepatlah cepatlah cepatlah. Hahahaha tak boleh blah. 

Pergi nikah ni naik 2 kereta sahaja. 1 kereta aku, along, angah, mak. Lagi 1 kereta Farahain, nenek aji, Kak Deq, Hazlee. Yang lain semua sibuk. Nak siapkan masak untuk sarapan, untuk orang balik nikah. Nak kemas lagi. Ni semua sebab Bersih wtf tu lah. Menyusahkan orang. Dah lah duduk kawasan perumahan polis. Polisnya lelaki pulak tu kebanyakan. Dah kurang orang nak buat kerja. Tu yang semua orang sibuk gila. Perempuan kena buat kerja perempuan tapi kena buat kerja lelaki jugak. Gila.



:: Nikah kat Masjid Muadz bin Jabal. Yang aku tahu, Peej dengan Dena nikah kat sini jugak. Tapi hari esoknya ::

Akhirnya, sampai jugak kat masjid. Sampai dalam pukul 8.15 . Ustaz tu pon tak sampai lagi. Okay janji Melayu. Dah tahu dah. Duduk dulu kat luar tu sementara nak tunggu Ustaz tu sampai. Tapi takde lah lama sangat pon nak tunggu ustaz tu. Alaaa, rumah dia dekat sebelah pejabat masjid je padahal. Nak lambat-lambat datang nak pergi mana.. Masa sampai tu Helmi dengan family dia dah sampai dah. Berapa lama dah sampai tak tahu lah. Tak perlu nak tahu kot.






Dah masuk dalam. Dah sedia nak nikah. Kalau tak sebenarnya abah yang nikahkan. Tapi, abah tak berapa nak nampak tulisan kat kertas, terpaksa lah tukar. Ustaz tu yang nikahkan. Saksi masa nikah ni Cik Anas suami Cik Yati dengan Haji Bahari. Haji Bahari ni dulu duduk Teratai jugak tapi sudah pencen, sekarang jadi imam kat masjid. Oh masa ni kesian jugak kat abah. Terpaksa duduk bersila. Padahal abah bukannya boleh duduk bawah pon. Kaki sakit. Pulak tu 3 jari kat kaki kanan tu dah takde memang susah lah.


:: Mas kahwin dengan gelang untuk batalkan air sembahyang. Dibuat sendiri oleh Helmi katanya. Ye ye aje. Lol ::

Oh, masa nikah ni takde bawa pape hantaran sebab masa bertunang buat hantaran sekali hantar. So, masa nikah ni berlenggang kangkung lah ke masjid. Cuma Helmi je lah kena bawak mas kahwin dengan gelang untuk batal air sembahyang tu. Sebab tu lah kalau orang tak ramai pon takpe. Kalau masa nikah ada bawak hantaran tu yang jenuh. Orang dah lah semuanya sibuk kan.

:: Surat persetujuan nikah? Abah datang bawak benda ni. Sobs ::



Masa nikah tu tak dengar apa pon tiba-tiba dah. Aik? Haha. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sajo Farahain bukan Miss lagi. Mwehehe.... Lepas nikah tunggu Helmi solat sunat dulu baru batal air sembahyang. Masa Helmi solat sunat ni pon sibuk ambil gambar. Jap, video nikah Hazlee ada record tapi bila dah masukkan dalam laptop tak boleh bukak. Sayang gilaaaaa. Gigih dia record tiba-tiba jadi macam ni pulak. Kenangan tu

:: Penyerahan mas kahwin ::



::Gambar salam je ada. Gambar cium-cium ni nehi. Takdok. Malu. Hahaha, memandai je. Dah orang tak nak, takkan nak paksa pulak. ::

Few pics gambar family lepas selesai akad nikah. Pictures speak louder than words. Sebenarnya aku dah tak tahu nak taip apa sebenarnya niiiii. Malas. Ha tu je lah jawapannya. Malas malas malas malas. Tehehehe :D


:: Abah mengalahkan pengantin. Saje je baju nak warna sama. Mengada. Hik hok ::




:: Tah pape lah aku. Semua gambar nampak macam takde leher. Ada macam penyu kat terengganu tu tak? Dah lah serabai. Tudung tetiba warna pink. Attention seeker betul. Lawak ::

:: Siblings ::

Balik nikah tu keluarga Helmi ikut jugak. Jamuan makan lepas nikah lebih kurang macam tu. Sarapan pagi. Makanan ada nasi lemak lauk ayam goreng berempah, pulut dengan rendang, nasi impit kuah kacang, bahulu. Ha tu je lah kot. Balik tu diorang jiran-jiran sibuk lagi buat kerja. Lepas tu suruh aku pergi kedai beli tu beli ni. Okayyy saya menurut perintah. Haha. Keluarga Helmi dah balik baru lah diorang berhenti rehat. Makan-makan kat khemah. Gambar takdok. Sobss T_T