20120921

Mimpi bengong.

Tengok tajuk pon dah tahu -,- Hahahahahaha. Ni semalam punya mimpi lah ni. Tah macam mana dalam mimpi tu orang lain pon sibuk jugak nak masuk kan. Wkwkwkwk

Dalam mimpi tu balik dari mana tah. Bila aku fikir balik mungkin yang keluar makan hari tu kot. Lol. Eh, haa nak balik. Lepas tu orangnya bukan 3 4 orang tapi 7 orang. Mak, abah, along, angah, Syawal, Raman. Boleh? Tetiba orang lain pon nak jugakkkk masuk sekali mimpi tu.

Apa kau ingat muat 7 orang naik satu kereta? Dalam mimpi tu mak dengan abah macam biasa lah duduk depan. Lepas tu Raman duduk belakang. Aku, along dengan Syawal pon duduk belakang. Tetiba tengok-tengok angah pergi depan duduk atas riba mak. WHAT? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Bengong betul mimpi aku ni. Lepas tu elok-elok pulak dah habis sampai situ terus hilang mimpi tu. Aku terjaga. Lain kali nak mimpi yang best lah sikit. Ni mimpi tah pape :b  


Mimpi pasal patpetpot lagi best! Eceh. Padahal memuyakikkkkk!

20120917

Jamuan Raya ofis abah ;)


Jumaat lepas, 7 Oktober ofis abah ada buat jamuan raya. Abah 2 hari sebelum majlis dah sibuk nak menghias gerai bagai. Dah kata ada pertandingan hiasan gerai. Tu yang semangat. Sekali bila hari Jumaat demam! Abah dah tahu tak sihat macam orang lain, nak jugak buat kerja-kerja berat.

Aku dah macam... What? Abah demam? Janganlah demam,nanti tak pergi. Lol. Tu pon abah sempat pergi pasar Selayang dengan Cik Zali nak beli buah-buahan. Oh, gerai abah makanan buah-buahan. Abah kata abah dah cop awal-awal nak gerai buah sebab kerja senang. Tahu nak senang je oh :D

Abah awal-awal dah suruh mak buat bubur kacang+durian untuk letak kat gerai tu jugak nanti. Hari Khamis abah beli durian, malam tu kitorang melantak durian tu kengkonon takut peti ais berbau. Nanti dengan makanan-makanan dalam peti ais rasa durian. Pandai sangatt

Sekali hari Jumaat tu aku yang kena beli sebab abah cari kat Chow Kit takdok. Aku beli dekat JJ je 5 peket RM15. Ah, bedal walaupun kecik-kecik peket dia. Aku malas jugak. Dah lah time tu pon rasa macam nak demam je. Oh whyyyy

Malam tu pukul 8 baru gerak dari rumah. Mula-mula ingat nak pergi satu kereta je. Sekali last minute pergi 2 kereta sebab Syawal nak ikut jugak. Nak jugak. Hahahahaha. Takde lah. Kang merajuk -,- Lol.

Jamuan sangatlah boring! Dah lah pengacara macam tak bersemangat je. Lepas tu majlis tak start diorang dah sibuk ambil makanan. Tapi ye lah, pukul 9 baru start majlis. Tak kebulur pulak orang menunggu. Tapi aku tak lapor. Sabar je menunggu. Ececeh.

:: Di manakah aku? Lol ::


:: Gerai abah takde dalam ni. Gerai abah belah lain ::

:: Haaa, ni gerai abah. Gerai kumpulan abah maksudnya tapi abah ketua ;) ::

:: Abah dengan Cik Halim. Kalau gambar cerah nampak lawak. Biar aku upload gambar gelap :B ::

:: Beratur. Ramai orang kat gerai laksa femes ni ha. Setiap tahun mesti ada ::

:: Laksa tak sedap. Aku hirup kuah je :/ ::



:: ABAHHHHHH =.=' ::

Pukul 12.30 baru balik. Gila kental menunggu sampai majlis habis. Tapi abah sangatlah tak bertuah. Cabutan bertuah nama abah tak naik pun! Sedih lah wei. Cabutan bertuah kaum ibu mak dapat tupperware kecik. Boleh lah letak donat seketul kalau tu. Lol. Kbai

20120913

E-day Angah

25 Ogos 2012 angah pulak bertunang. Oh, hari tu hari Sabtu. Macam biasa hari Jumaat dah start masak-masak sebab kenduri buat masak sendiri. Macam kenduri sebelum-sebelum ni. Mana pernah guna catering sbeba masak sendiri lagi sedap ;) Muehehe

Hari Khamis kakak dah datang. Kalau tak selalu hari Jumaat baru datang sebab Isyia sekolah. Tapi ni dah cuti sekolah. Hari Khamis dah datang. Nak siapkan hantaran dengan pelamin kengkononnya tu. Hari Khamis okay lagi takde buat pape pon. Aku sebagai aunty yang baik, bawak pergi taman, main-main dengan diorang. Eceh

:: Aqil ::

:: Aqil sibuk nak main pistol belon tu jugak. Sampai menangis-nangis. Haih ::

:: Auntibab, Mia, Isyia ::


Hari Jumaat dah start nak sediakan bahan-bahan nak masak. Kali ni hari Jumaat tak masak sangat. Cuma sediakan bahan-bahan je. Makanan kebanyakannya masak hari esok. Ada masak lemak. Kang basi, naya je. Mana nak cari lauk lain. Tak sempat dah pun kalau tu.


:: Orang yang sama jugak tolong. Semua orang blok ni. Kalau kenduri besar barulah orang blok lain tolong jugak ::


:: Aktiviti mengopek kerang nak buat tett ::

Pasal khemah dah lama cakap dengan Cik Isa. Lepas tu boleh pulak dia lupa. Nasib baik pergi rumah dia. Baru teringat. Dah malam baru Akob ke siapa tah datang pasang khemah. bukan banyak pon, 2 biji khemah je. Kalau ramai sangat, dah makan blah la. Wkwkwk



Malam tu jugak baru lah sibuk nak buat pelamin. Bukan pelamin pon. Ala-ala tempat yang cantik untuk ambil gambar. Haa, cenggitu. Kalau nak ambil gambar kan cantik sikit kalau hias sesikit. Takde lah nampak dull, boring. Euwww




_______________________deleted_____________________


:: Bersepahnyaaaa. Dah macam tongkang pecah dah gamaknya ::

Dah siapkan pelamin ni baru lah start menyiapkan hantaran dengan sireh junjung. Tapi esoknya hantaran buat balik sebab daun sireh yang buat malam tu lembut sangat. Kali ni hantaran angah warna biru pink. 9 dulang balas 7.


Haa sudah hari Sabtu. Pagi tu semua sibuk nak mandi cepat-cepat. Kalau bilik air sepuluh takdenya macam tu kan. Kat luar diorang dah mula masak-masak dah. Ucu satu family pukul 9 lebih dah sampai dari Melaka. Kali ni tak awal sangat macam Along bertunang hari tu.

Setiap kali kenduri Ucu dengan Mak Su mesti ada untuk masak. Kenduri kali ni makanan nasi lauk kampung. Takde ayam sebab orang mesti dah muak makan ayam je masa raya kan. So, kita tukar menu ;) Makanan :

Nasi putih
Ikan masin masak lemak
Sambal udang
Ulam (timun, kacan botol, petai)
Sambal belacan
Kerabu kerang

Bukan ada tu je. Memang dalam perancangan nak tambah dengan makanan lain jugak. Abang Poi dah duduk rumah ibu dia pun sanggup balik kampung sekejap nak masakkan makanan tu.

Tambahan makanan: 

Lemang super sedap!
Rendang ayam (takut India tak boleh makan kalau daging)
Laksa

Gambar makanan lupa ambil! -______________-'






:: Mak Su in action mencelur pucuk paku nak buat kerabu kerang. Kerabu tu memang masterpiece Mak Su. Special betul sebab tukang buat diimport khas datang dari Bukit Rambai, Melaka. Ececeh ::


:: Hantaran belah perempuan ::

Gambar hantaran belah lelaki takde. Gambar hantaran dua-dua pon takde. Gambar cupcakes hantaran pon takde. Semua takde. Haishh. Tapi cupcakes hantaran tu lebih kurang hantaran along hari tu cuma yang ni semua bunga. Kan?

Some pics masa rombongan sampai, perbincangan kedua-dua pihak. Layannnn



:: Kiri: wakil pihak lelaki. Kanan : Wakil pihak perempuan 







:: Aku tak tahu mana satu gambar sarung cincin risik, mana satu cincin tunang -,- ::

:: Angah pakai biru, family kelabu. YEAYYY ::

 Tahun depan entry along dengan angah kahwin pulak ;) Okay dah babai. Mementang dah habis trial :D

p/s- omg tengok entry ni balik. makeup ke apa tu. hahahaha. time tu tak tahu nak cari orang make up. main amik je mak andam kat kedai. Lol. Sekarang dah tahu, tapi untuk apa? Eh?!

20120912

Aidilfitri 2012 pt.2

Amboi tetiba ada part 2 pulak. Hahaha. Kalau semua aku nak cerita satu entry panjang sangat pulak. Dah lepas bersalaman semua bagai, duduk watlek tengok tv dulu. Lepas tu abah ajak pergi beraya rumah nenek Sg.Tunku. Kitorang okay aje.

Awal pagi dah pergi berjalan nak beraya kat rumah orang. Apa ada hal ;) Dah berapa kali raya tak pergi rumah nenek ni. Tahun ni baru nak pergi.



:: Makan ni je? Banyak ni je? Macam tak percaya. Betul ke ni aku. Lol ::

Kalau pergi rumah nenek ni duit raya mesti banyak. Weeee. Along angah yang dah tuo dah kerja tu pon dapat. Mana boleh! Haahhaha.Tapi kalau tak raya pon, mesti ada je dapat. Kadang-kadang lagi banyak daripada tak raya. Wakakaka, mata duitan betul aku ni. 

Balik dari rumah nenek ni takde pergi memana dah. Duduk je rumah nenek menunggu orang datang. Kalau orang datang pon, terus laju-laju aku pergi dapur baring kat katil nenek. Buruk betul perangai. Macam mana nak kenal sedara kalau macam tu.

Raya pertama tu Cik Timah satu family ada datang rumah nenek. Masa nak balik tu, salah satu daripada kereta anak dia terlanggar tiang elektrik depan rumah. Mak aih, kemek terus belakang kereta. Lekuk dia betul-betul ikut bentuk tiang. Pehh, bencana di raya pertama.

Petang tu macam biasa menggedik ambil gambar. Tapi gambar semua alahai boleh dikira P&C .

:: Ni je yang okay. Dah lah seluar pon buruk. Errrr ::

Balik beraya rumah nenek Sg.Tunku tu ada jugak ambil gambar kat sawah depan rumah nenek. Lawa ambil gambar kat situ. Ceh, puji nampak. Haha, memang betul tapi orangnya yang tak lawa. afsdhsadgfsdgsg. 

:: Ni namanya percubaan nak ber'cheers' ala-ala cheerleaders tapi tak jadi.HAHAHA ::

Dah, habis untuk hari raya pertama. Sangat boring kan? Ada aku kesah. Kesah ha. 

Raya kedua ada kenduri bertunang cucu Nenek Tob. Aku nak cepat terus main pakai je baju raya pertama tu dengantudung serkup. Dah tu terus jalan laju-laju dengan mak, Mak Su, Iqa sebab nenek dah call. Lagipun rombongan lelaki dah sampai. Tercungap-cungap dah sampai tu. Ingat kurus boleh jalan lajulaju? Lol.

:: Sempat lagi!! ::


:: Bawa beg plastik isi tudung yang Cik Ot jual sebab ada orang nak tengok. Kau mampu pergi kenduri rumah orang berniaga? ::

Dah sampai rumah Nenek Tob, baru duduk sekejap dah kena tolong kaut makanan. Eh, nak mengeluh pulak. Makanan semua pakai hidang. Aku tolong letakkan makanan yang dah berkaut tu letak dalam talam. Talam tu kena susun pulak. Hahaha, bajet bagus oh aku ni. Rasa macam nak sepak laju-laju je biar sedar sikit. Puihh



:: Makanan. Makanan banyak lebih sebab masak banyak tapi jemput orang sikit je. Mana nak habis ::

Dah siap bungkus makanan yang banyak sangat tu untuk berkat, tetiba siapa tah call nenek suruh balik sebab ada orang datang. Kitorang semua lelaju bangun nak balik. Tak tengok pon pelamin dengan orang yang bertunang tu. Eh, aku ada perasan perempuan tu turun. Pakai baju kuning. Tapi macam HAHAHAHA je. Faham? Jahat :b

:: Nenek dah jalan dulu. Menunggu kitorang yang jalan macam mak nenek ni lambat betul! ::


:: Iqa manjang muka garang -.- ::


:: Mak Su sempat lagi buat peace :D ::

Balik dari kenduri ni pon dah pukul berapa. Abah pon pergi jugak. Tapi duduk dengan lelaki semua tu lah. Pukul 2 siap-siap terus balik KL. Haa, sekejapan je balik kampung nak beraya. 3 hari 2 malam cukup. Padahal balik rumah pon bukan buat pape pon.

:: Tol Jalan Duta. Hujan lebatt ::

Dalam perjalanan balik sekejap hujan, sekejap okay. Lepas tu hujan balik. Ha, berselang-seli. Sampai rumah hujan! Tak boleh nak angkat barang bawak masuk rumah. Terperap je semuanya dalam bonet kereta. Kbai. Raya tahun depan pulak :b Heh heh