20120913

E-day Angah

25 Ogos 2012 angah pulak bertunang. Oh, hari tu hari Sabtu. Macam biasa hari Jumaat dah start masak-masak sebab kenduri buat masak sendiri. Macam kenduri sebelum-sebelum ni. Mana pernah guna catering sbeba masak sendiri lagi sedap ;) Muehehe

Hari Khamis kakak dah datang. Kalau tak selalu hari Jumaat baru datang sebab Isyia sekolah. Tapi ni dah cuti sekolah. Hari Khamis dah datang. Nak siapkan hantaran dengan pelamin kengkononnya tu. Hari Khamis okay lagi takde buat pape pon. Aku sebagai aunty yang baik, bawak pergi taman, main-main dengan diorang. Eceh

:: Aqil ::

:: Aqil sibuk nak main pistol belon tu jugak. Sampai menangis-nangis. Haih ::

:: Auntibab, Mia, Isyia ::


Hari Jumaat dah start nak sediakan bahan-bahan nak masak. Kali ni hari Jumaat tak masak sangat. Cuma sediakan bahan-bahan je. Makanan kebanyakannya masak hari esok. Ada masak lemak. Kang basi, naya je. Mana nak cari lauk lain. Tak sempat dah pun kalau tu.


:: Orang yang sama jugak tolong. Semua orang blok ni. Kalau kenduri besar barulah orang blok lain tolong jugak ::


:: Aktiviti mengopek kerang nak buat tett ::

Pasal khemah dah lama cakap dengan Cik Isa. Lepas tu boleh pulak dia lupa. Nasib baik pergi rumah dia. Baru teringat. Dah malam baru Akob ke siapa tah datang pasang khemah. bukan banyak pon, 2 biji khemah je. Kalau ramai sangat, dah makan blah la. Wkwkwk



Malam tu jugak baru lah sibuk nak buat pelamin. Bukan pelamin pon. Ala-ala tempat yang cantik untuk ambil gambar. Haa, cenggitu. Kalau nak ambil gambar kan cantik sikit kalau hias sesikit. Takde lah nampak dull, boring. Euwww




_______________________deleted_____________________


:: Bersepahnyaaaa. Dah macam tongkang pecah dah gamaknya ::

Dah siapkan pelamin ni baru lah start menyiapkan hantaran dengan sireh junjung. Tapi esoknya hantaran buat balik sebab daun sireh yang buat malam tu lembut sangat. Kali ni hantaran angah warna biru pink. 9 dulang balas 7.


Haa sudah hari Sabtu. Pagi tu semua sibuk nak mandi cepat-cepat. Kalau bilik air sepuluh takdenya macam tu kan. Kat luar diorang dah mula masak-masak dah. Ucu satu family pukul 9 lebih dah sampai dari Melaka. Kali ni tak awal sangat macam Along bertunang hari tu.

Setiap kali kenduri Ucu dengan Mak Su mesti ada untuk masak. Kenduri kali ni makanan nasi lauk kampung. Takde ayam sebab orang mesti dah muak makan ayam je masa raya kan. So, kita tukar menu ;) Makanan :

Nasi putih
Ikan masin masak lemak
Sambal udang
Ulam (timun, kacan botol, petai)
Sambal belacan
Kerabu kerang

Bukan ada tu je. Memang dalam perancangan nak tambah dengan makanan lain jugak. Abang Poi dah duduk rumah ibu dia pun sanggup balik kampung sekejap nak masakkan makanan tu.

Tambahan makanan: 

Lemang super sedap!
Rendang ayam (takut India tak boleh makan kalau daging)
Laksa

Gambar makanan lupa ambil! -______________-'






:: Mak Su in action mencelur pucuk paku nak buat kerabu kerang. Kerabu tu memang masterpiece Mak Su. Special betul sebab tukang buat diimport khas datang dari Bukit Rambai, Melaka. Ececeh ::


:: Hantaran belah perempuan ::

Gambar hantaran belah lelaki takde. Gambar hantaran dua-dua pon takde. Gambar cupcakes hantaran pon takde. Semua takde. Haishh. Tapi cupcakes hantaran tu lebih kurang hantaran along hari tu cuma yang ni semua bunga. Kan?

Some pics masa rombongan sampai, perbincangan kedua-dua pihak. Layannnn



:: Kiri: wakil pihak lelaki. Kanan : Wakil pihak perempuan 







:: Aku tak tahu mana satu gambar sarung cincin risik, mana satu cincin tunang -,- ::

:: Angah pakai biru, family kelabu. YEAYYY ::

 Tahun depan entry along dengan angah kahwin pulak ;) Okay dah babai. Mementang dah habis trial :D

p/s- omg tengok entry ni balik. makeup ke apa tu. hahahaha. time tu tak tahu nak cari orang make up. main amik je mak andam kat kedai. Lol. Sekarang dah tahu, tapi untuk apa? Eh?!