20120917

Jamuan Raya ofis abah ;)


Jumaat lepas, 7 Oktober ofis abah ada buat jamuan raya. Abah 2 hari sebelum majlis dah sibuk nak menghias gerai bagai. Dah kata ada pertandingan hiasan gerai. Tu yang semangat. Sekali bila hari Jumaat demam! Abah dah tahu tak sihat macam orang lain, nak jugak buat kerja-kerja berat.

Aku dah macam... What? Abah demam? Janganlah demam,nanti tak pergi. Lol. Tu pon abah sempat pergi pasar Selayang dengan Cik Zali nak beli buah-buahan. Oh, gerai abah makanan buah-buahan. Abah kata abah dah cop awal-awal nak gerai buah sebab kerja senang. Tahu nak senang je oh :D

Abah awal-awal dah suruh mak buat bubur kacang+durian untuk letak kat gerai tu jugak nanti. Hari Khamis abah beli durian, malam tu kitorang melantak durian tu kengkonon takut peti ais berbau. Nanti dengan makanan-makanan dalam peti ais rasa durian. Pandai sangatt

Sekali hari Jumaat tu aku yang kena beli sebab abah cari kat Chow Kit takdok. Aku beli dekat JJ je 5 peket RM15. Ah, bedal walaupun kecik-kecik peket dia. Aku malas jugak. Dah lah time tu pon rasa macam nak demam je. Oh whyyyy

Malam tu pukul 8 baru gerak dari rumah. Mula-mula ingat nak pergi satu kereta je. Sekali last minute pergi 2 kereta sebab Syawal nak ikut jugak. Nak jugak. Hahahahaha. Takde lah. Kang merajuk -,- Lol.

Jamuan sangatlah boring! Dah lah pengacara macam tak bersemangat je. Lepas tu majlis tak start diorang dah sibuk ambil makanan. Tapi ye lah, pukul 9 baru start majlis. Tak kebulur pulak orang menunggu. Tapi aku tak lapor. Sabar je menunggu. Ececeh.

:: Di manakah aku? Lol ::


:: Gerai abah takde dalam ni. Gerai abah belah lain ::

:: Haaa, ni gerai abah. Gerai kumpulan abah maksudnya tapi abah ketua ;) ::

:: Abah dengan Cik Halim. Kalau gambar cerah nampak lawak. Biar aku upload gambar gelap :B ::

:: Beratur. Ramai orang kat gerai laksa femes ni ha. Setiap tahun mesti ada ::

:: Laksa tak sedap. Aku hirup kuah je :/ ::



:: ABAHHHHHH =.=' ::

Pukul 12.30 baru balik. Gila kental menunggu sampai majlis habis. Tapi abah sangatlah tak bertuah. Cabutan bertuah nama abah tak naik pun! Sedih lah wei. Cabutan bertuah kaum ibu mak dapat tupperware kecik. Boleh lah letak donat seketul kalau tu. Lol. Kbai