20120912

Aidilfitri 2012

Hmm, walaupun kira dah lewat aku tetap nak post ni jugak. Hampir setiap tahun hari terakhir puasa baru balik kampung. Hampir setiap tahun. Bukan setiap tahun. Tahun ni pun balik kampung hari terakhir puasa, sehari sebelum raya.

Dah katanya kitorang balik hari last puasa kan. Haruslah subuh-subuh dah bertolak dari rumah. Walaupun berapa jam je perjalanan nak balik kampung tu :p Tapi idokleh subuh yang betul-betul subuh. Pukul 6.50baru keluar rumah. Singgah rumah Faiza jap ambil baju raya Along ke Angah, lepas tu dalam pukul 7 terus jalan! Ka;i ni naik satu kereta je sebab dah berlima. Tahun depan 3-4 kereta pulok :D

 
:: Pukul 6.50 macam 5.50 :b ::

:: Sampai tol DUKE macam dah cerah dah. Dah katanya pukul 7 ::

Nak raya je jalan mesti jammed. Macam dah agak akan jammed. Baru je masuk Plus tengok wuihh banyaknya kereta. Tapi dah jalan ke depan macam clear lah pulak. Tetiba sampai dekat mana tah sebelum Slim River dah mula jalan perlahan je. Ada sekali kot macam berhenti. Kereta yang ikut lorong kecemasan jangan cakap lah, banyak. Tapi, abah baik. Abah tak ikut lorong kecemasan pon. Lol. Padahal kekadang tu abah ikut situ jugak. Ish ish

:: Mula-mula okay lagi. Nak bawak lelaju pon boleh. Dipersilakan sesangat ;) ::

:: Yang ni kalau sambil bawak nak korek hidung pon sempat. Tapi bulan puasa lah pulak. Wkwkwk ::


Dah lepas tu takut jammed melarat sampai ke Behrang, Sungkai sana tu abah terus keluar dekat Slim River. Haaa kau. Nak pergi ke rumah tol tu pon bukannya lengang. Kereta bersusun-susun beratur. Dah kaunter ada dua je. DUA JE. Kan aku dah ulang. Satu tunai. Satu TnG. Cubalah buat SmartTag -,- Takpun tambah lorong TnG lagi satu. Takdelah jenuh kereta-kereta bersusun nak bayar tol. Haihh



:: 250m lagi nak sampai rumah tol dah beratur cenggini kereta ::



                              :: Alahai, cantik benor muka memasing baru bangun dari tidur. Selekeh je. 
                                                                   Nasib baik ada orang nak. Wkwkwk ::


:: Mulalah kereta-kereta yang sampai 2-3 lorong nak menyelit ke depan jadi 2 lorong je ::

Yeayyy akhiranya tah pukul berapa tah sampai kampung. Lol, dah lama tak ingat. Mula-mula singgah rumah Nenek Aji dulu. Lepas tu agak-agak dah lama terus pergi rumah Nenek Adik. Aktiviti membuat lemang pon bermula!

Pulut nenek beli 10 ke 11 kg. Batang buluh, tebang sendiri depan rumah. Nenek campur je saiz besar kecik buluh yang Chu'mang tebangkan. Orang kampung ramai juga yang mintak dekat nenek sebab ada banyak buluh. Buluh tu tanam masa arwah atuk ada lagi. T_T

Dengan pulut yang banyak tu ha, dah masukkan beras pulut dalam buluh tetiba buluh tak cukup. Nasib baik depan rumah je. chu'mang tebangkan lagi. Mertua Ucu pon tak cukup buluh. Ada sorang orang kampung tu pon tak cukup buluh, datang nak mintak lagi. Buluh-buluh ni dah tebang 2 ke 3 hari sebelum tu. Tapi mana lah tahu tak cukup kan.

Lemang-lemang tu yang mana sedap, aku lah yang buat tu. Eceh, padahal tolong masukkan beras pulut dengan santan je. Poyo lah. Poyo.


Dah siap masukkan pulut dengan santan dalam buluh, kerja Ucu dengan Chu'mang pulak nak masak semua lemang-lemang tu. Ketupat rumah nenek mana pernah buat. Takde siapa pon yang pandai menganyam ketupat. Sedih ah. Tahun ni pon takde buat nasi impit sebab mak malas. Boleh pulak kan... Rebus 3 plastik je untuk makan sendiri :b

Bila diorang dah start melemang, nenek, mak, along dengan angah potong daging dengan potong ayam. Sikit je. Daging berapa kilo je. Ayam pon berapa ekor je. Tak banyak. Mak Usu tambah kerang berapa kilo tah jugak. Ayam tu ayam keras untuk masak lemak kuning. Daging untuk masak rendang. Kerang pon masak rendang.


Dah lepas tu apa kerja diorang buat kat dapur aku dah tak tahu. Sebab yang ni buat kat beranda depan je. Aku boleh lah menyibuk. Tapi bila dah masuk dapur, aku layan tv je lah. Eh, ke aku tidur. Lupa lah pulak :/

Tahun ni aku takde baju raya. Sedih lah dengar. Lepas tu aku bukak almari mak. Eh, aa satu baju ni mak tak pernah pakai. aku angkut lah. Tapi, tangan dia pendek. Ahh, boleh je kalau nak alter kan. Rumah nenek macam takde mesin jahit.

Me: Nek, mesin tu boleh guna tak?
Nek : Boleh je.
Me : Nek, macam mana nak guna mesin tu?
Nek : Macam mana nak guna kalau tak tahu? Nak jahit apa? Bak nanti aku jahitkan
Me : :D

Sekali bila nak jahit guna mesin, mesin tu tak betul pulak. Dah nenek kena jahit guna tangan. Lepas tu nenek bising sebab kena jahit dalam gelap. Orang tua biasa lah mana lah nampak sangat nak jahit benda haluihh. Lain kali dah senja baru nak jahit. Hahahahahaahha. Tapi bising-bising tu buat jugak :b Saje je tu kann. Tu pon lepas aku suluh guna torchlight. Muehehe




Dah siap nenek jahit lengan baju yang pendek tu plus aku siap gosok baju raya, terus duduk-duduk depan rumah tengok orang lalu -lalang kat jalan. Woi, nampak sangat takde kerja. Lepas tu Ucu bakar sampah buluh dekat tepi parit tu pehh meletup-letup bunyi dia. Tetiba macam eksaited pulak. Terus ambil gambar. Lol :b Dah lah abu dia terbang amboi jauh betul sampai ke depan rumah.



Aku kan penyibuk. Nenek nak pergi isi minyak dalam pelita pon sibuk aku ikut. Siap ambil gambar lagi tu. Bukan nak tolong nenek, tapi buat menyemak pulak kan. Nenek terkial-kial nak isi minyak dalam tu, aku boleh pulak tengok je. Dasarrrr! Hehehe


:: Tali dia termasuk dalam tong tu. Kalau mengharapkan jari aku memang tak muat lah. Keh keh ::






:: Scenery hari terakhir puasa. Sukaaaa! ::


MALAM RAYA!






:: Yeayy, mercun bunga api. Lol. Jakun betul, macam tak pernah tengok :b ::






















Pagi Aidilfitri 2012. Takde gambar sangat. Takde gambar family. Wehhh, sedih ah camni. Nak gambar T______T  Dah lah gambar sikit je. Tah pape pulak tu kebanyakannya. Muka pinggan aku ni je ha yang lebih. Eee, putar balik masa pleaseee. Doraemon, mai sini! Nak pinjam hang punya mesin hat boleh putar masa tu. Lol






:: Kuih raya yang tak seberapa. Tak banyak macam kat rumah orang lain. ::

:: Kek lumut, kawan Hazlee bawak and kek pelangi ::



:: Pagi raya. Rindu arwah atuk :'( ::

:: Tetiba ada pisau kat situ. Bekas siapa tah makan pelam kuini tak simpan balik pisau ::

DAH PANJANG SANGAT NI. NANTI RAJIN SAMBUNG BALIK :D