20130525

1313 - Nikah

Nikah? Siapa nikah? Uhuk uhuk. Oh, 1 Mac 2013 angah kahwin. Ramai yang kahwin tarikh tu kan. Sebab tarikh cantik. 1313.

Haa, bulan 8 kang along pulak kahwin. Last kenduri kahwin. Yang bulan 8 kang special sikit. Orang dia yang special. Unik. Paling besar, gemuk, berat. Wakakaka!! Kemain, siap pakai Felinna nak kempiskan perut yang buncit. Takut tak muat baju lettuww. HAHAHAHA.

So, 1 Mac 2013 Noorfaradila binti Basir sudah nikah dengan Muhammad Syawal bin Mahidin. Hamboih, kemain! Siap nama penuh ha kau aku taip :B


Nikah buat pada hari Jumaat. Angah nikah kat Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Akad nikah buat lepas asar.  Tak macam Farahain hari tu, pepagi dah tercongok depan masjid nak nikah. Tapi buat petang pon sebab family Syawal dari Pahang. Jauh kan. Kalau pagi, macam leceh sikit.

Dalam pukul 3 kot, kawan angah dah datang nak make up. Nama dia Yunn rasanya. Owner  kedai online Uniquestyle Muslimah. Tapi... aku tak berkenan sangat make up dia. Huahuahua. Tebal. Padahal dah cakap nak simple + tak tebal. Tapi sekalinya... Tang mata tu paling! Haih, kala RCW uols. Kahkahkah.


:: Ni haaa. Tengok tang mata. Dah lah pakai shawl bulat ahahaha ::

Nikah lepas asar. Kalau tu sepatutnya sebelum azan dah pergi. Sekalinya dah azan pon kat rumah lagi. Tak ke kelam kabut semua orang. Nak jalan pergi kereta pon kemain laju berjalan. Kelajuan mengalahkan Usain Bolt berlari :p


Lebih kurang pukul 5.30 kot baru masuk dalam masjid untuk akad nikah. Blablabla. Pergh, kemain lama ustaz ni berceramah. Aku dah tertunggu-tunggu bilanya nak akad ni woi?!  Macam aku pulak yang nak kahwin kan. Haha. Dia dah takde nak nikahkan orang ke lepas tu? Lama benor. Hadoi.






5.45 +- barulah akad. Imam adalah imam yang sama nikahkan Farahain hari tu. Aku ingat 10 kali akad baru sah, ghopenya sekali je dah sah. Alaaa, biasa sangat doh sekali je lafaz akad nikah. Lulz. Ramai sangat dah yang nikah sekali lafaz je. Boring. Ahahahaha.



Dah selesai nikah, ambil gambar sesikit & balik! Balik tu ada jamuan sikit untuk rombongan lelaki. Nasi putih, hati+pedal masak ungkep, kacang panjang, ikan goreng, sambal udang, ape benda tah lagi. Tak ingat...









The hantaranssss. Hahahaha. Dedua aku buat, macam tak percaya chuolsss! Haha tipu je. Buat sesama lah. Dah hantaran simple gila gila gila memang lah boleh buat kan. Cuba yang susah siap bunga segar tu. Hmmm. Hantaran DIY guna paper crepe buat bunga tisu. Aku rasa lawa. Lalalalala~

:: putih daripada Syawal, purple daripada angah :) ::



Okay, next! Esok-esok lah pulak. Bai ;)