20120710

E-day Along

 Sebelum ni cerita pasal cerekarama 3 minggu lepas. Eh, cerekarama? Haha, bengong. Kali ni cerita pasal E-day Along yang dah 2 minggu berlalu. 2 minggu okay 2 minggu. Tak tahu 2 minggu berapa hari? Masuk sekolah rendah lah kau :b

Along bertunang 30 Jun 2012 iaitu hari Sabtu. Hari Sabtu tu sepatutnya aku sekolah ada motivasi ke apa tah. Macam best and aku dah tentunya nak pergi. Eceh. Tapi aku idok le pergi sekolah. Aku kan lebih pentingkan family ? Hahahaha

Hari Rabu along dah start cuti. Kemas rumah, beli barang dengan mak apa semua. Hari Khamis pon keluar beli barang lagi. Macam tak faham sikit. Barang apa yang tak cukup-cukup lagi ni? Balik sekolah hari Khamis tu takde orang kat rumah. Sedih iols. Nyampah :c HAHAHAHAHAHAHA

Sabtu majlis. So, hari Jumaat tu dah mula lah orang nak masak apa semua bagai. Ye, masak sendiri lagi lagi lagi dan lagi. Mengerah tenaga jiran-jiran je kerjanya :/ Hari Jumaat Angah pon cuti jugak. Hari Jumaat tu pon beli barang lagi! Blerghhhh.

Tengah hari tu diorang yang tolong masak ni makan udang besarrr masak sambal, hati+pedal ayam masak kicap, ikan goreng, masak lemak labu, ikan masin. Tu je kot. Kitorang yang kat rumah pon makan tu jugak. Diorang masak sama-sama dan makan pon sama-sama. Tapi takde lah adegan suap-menyuap ni. Hoho



 

 

 

 

 Dah penuh perut siap sendawa kuat gila diorang pon sambung balik buat kerja. Basuh ayam, goreng ayam, masak kari. Tu je kot. Tah, diorang buat kerja sampai malam pulak. Banyak kerjanya. Goreng papadom, buat bubur gandum, ayam yang dah goreng masak sambal. Eh, aku pon tak tahu sangat :/

 

 

Malam tu kakak baru sampai. Along angah keluar beli bunga untuk tepak sireh dengan buah sebab terlupa nak beli. Padahal dah keluar pergi pasaraya berpuluh-puluh kali, boleh pulak terlupa nak beli buah. Dah keluar pergi JJ.

:: Beli bunga 6 kuntum je. Dah esok pagi tu pergi lagi keluar mencari bunga ::


Eh, kakak sampai lepas tu buat pelamin mini. Eceh, nak ada jugak. Iyolah, senang nanti nak ambil gambar macam lawa sikit. Takde lah duduk kat lantai belakang dinding takpun belakang langsir raya 3 tahun yang lepas. Hahahaha, over tau :b

:: Before. Kerusi yang lain angkat bawak naik rumah atas ::

:: After. Hitam legam. Gelap betul gambar ni. Lupa nak pasang lampu ::


Hari Sabtu tu birthday mak jugak. Maknanya Along bertunang masa birthday mak. Jumaat malam Sabtu tu dah pukul 12 pon diorang buat kerja lagi kat luar. Kitorang pon (aku, Along, Angah, Kakak & Kak Deq) buat surprise. Heheheh. Bawak kek keluar sambil nyanyi lagu birthday. Yang jiran-jiran dah pandang je macam eh eh eh. Lol




Hari Sabtu semua sibuk tunggu giliran nak mandi. Biasalah... Pukul 7 lebih Ucu dah sampai dari Melaka. Pukul 5 lebih dari sana katanya. Kalau tak mula-mula Ucu tak boleh datang sebab ada Hari Keluarga kat kem. Tapi dah tunda, tu yang Ucu boleh datang. Kalau tak, siapa lah nak masak nasi. 

Pukul 9 lebih kawan along angah dah sampai. Awal betul! Diorang duduk je lah dalam bilik. Yang lain ni sibuk buat apa pon aku tak tahu. Aku sendiri, aku buat apa pon aku tak tahu. Bengong. Oh, aku ada keluar pergi JJ jap nak beli lapik untuk letak hantaran. Penat aku berlari dari parking masuk dalam JJ. Aku lari? Kah kah kah



:: Dengan sepupu dan anak sedara yang kecil comel alolololo ::

Dah siap apa semua. Dalam pukul 12 orang dah datang. Family diorang duduk je kat khemah. Jiran-jiran bersembang, ada yang balik tukar baju. Lepas tu tiba-tiba...

Menantu Pak Long nak beranak! Sejarah betul okayy. Hari orang nak bertunang time-time tu jugak lah ada orang nak beranak. Dia duduk kat khemah. Dah kelam kabut semua orang. Macam lawak pon ada time tu. Diorang ramai suruh dia tukar pakai kain batik, minum air selusuh tah apa tah lagi.

:: Masa ni ambulans tak sampai lagi. Tu tengah minum air selusuh lah tu ::

:: Nurse tengah check ::

:: Dah siap check apa semua baru dia bawak naik ambulans nak pergi hospital ::


Ambulans gila lambat! Sekali bila rombongan belah lelaki sampai, ambulans pon sampai. Dah diorang tak tahu nak menyambut siapa. Nak sambut rombongan ke sambut ambulans? Hahahaha. Yang rombongan dah masuk dalam, yang kat luar tengok lagi yang nak beranak tu. Nurse cek apa semua dulu baru bawak pergi hospital. 

Masa berbincang tu aku duduk luar. Lepas tu masuk, tengok dari  pintu je lah. Ambil gambar sikit tapi tu pon alahai tak nampak. Gambar memang kena tunggu daripada OP je lah. Hantaran perempuan tema hijau pink, lelaki biru putih. Hantaran 9 balas 7 sajorkk.

:: Wakil belah lelaki diorang bawak ketua kampung. Orang Melaka memang adat macam tu katanya. So, belah kitorang pun wakil guna lah ketua penduduk iaitu Cik Isa dibantu oleh Cik Anas. ::

Kan aku duduk luar lepas tu macam masuk tengok sekejap lepas tu keluar balik lepas tu masuk. Sekali lepas tu bila aku masuk dah nak sarung cincin. Tepat pada masanya tu. Aku pon ambil lah gambar dari jauh. Sobs, ai kan gemuk tak boleh nak menyelit ke depan nak ambil gambar. Sedihnyaaa T_T Haha



:: Ni Rahman dah masuk, ambil lah gambar sesama ::

:: Dua-dua parents. Kiri parents lelaki, kanan perempuan ::

:: Siblings. Kenapa aku duduk macam tu T_T ::

:: Dengan cousin 2 orang yang banyak membantu ni haa. Heheheh ::

:: Along dengan hantaran dua-dua belah ::


:: Kek daripada belah lelaki. Belah perempuan bagi cupcakes ::

Dah habis majlis baru lah kitorang semua ni makan. Makanan hari tu nasi tomato, ayam masak merah, kari daging, acar, buah tembikai, air hijau, bubur gandum dengan durian. Burbur gandum favourite semua orang. Laju je orang makan bubur tu. Aku dah malam tu baru rasa lepas panaskan. Second trip, Ucu masak nasi minyak untuk bagi orang yang bekerja. Dengan lauknya lah. Takkan bagi nasi je -,-  Aku tak rasa nasi tomato, makan nasi minyak je. Sedap gilaa!