20120725

Bazar Ramadhan Setiawangsa

Ni hari Ahad hari tu. Hari ke-2 puasa di bulan Ramadhan. Nak lagi sedap menyebutnya ROMADHON. Tak lawak pun -,-

Hari Ahad hari tu ai nak makan karipap. Tu alasan je. Sebenarnya saja nak keluar pergi jalan-jalan tu yang sampai ke bazar tu. Mula-mula ingat nak pergi bazar dekat Keramat Permai lepas tu rasa macam eh kat Setiawangsa pon ada jugak. Baik aku pergi sana. Pulak tu katanya hari Isnin esoknya keputusan boleh berniaga lagi ke tak kat situ. So, haruslah aku pergi kot-kot esoknya dah takde. Hahaha

Dulu bazar Setiawangsa dekat belakang sekolah rendah. Tapi tahun lepas dah takde dah sebab apa tah. Tiba-tiba tahun ni ada balik. Lepas tu siapa ada kontroversi lagi. Orang puncak lah ni. Pergi report dekat DBKL, tu yang kecoh tu. Tapi keputusannya diorang boleh berniaga lagi. Eh? Kan? Hahaha tak tahu buat-buat tahu -_____-'


Hoi, serious ramai orang dekat bazar. Aku yang naik motor ni dari jauh tengok perghh padat macam milo!. Aku parking jauh sikit daripada bazar. Jauh sikit? 100 meter jauh ke tak? Lol lol lol. Padahal dekat depan bazar tu dah ada parking untuk motor kot. Ahh, memang lah ada parking tapi semuanya dah penuh dengan motor orang lain. Lagipun aku bukannya pandai sangat nak menyelit-nyelit ni. Kesian T_T

:: Siapa ada Rela jaga uols ::




Bazar ni betul-betul depan pagar sekolah rendah. Kau dapat bayangkan tak kesesakan yang akan terjadi bila hari sekolah? Bazar ni depan Centrum Setiawangsa jugak. Depan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang Datuk Jamal punya tu. Btw, dia tu nampak sangat nak jadi ahli politik -,-



Yang tetiba aku ni cakap pasal ahli politik bagai ni kenapa? Aku jalan 1 bazar tu saja nak tengok-tengok apa yang menarik. Nasib baik satu pusingan je tau. Ce kalau 3 4  5 kali, mau pengsan kat tengah-tengah bazar tu. Auta je. Aku tengok kedai yang ada banyak orang nak beli dah semestinya kedai jual tepung pelita. Ha nasib lah jumpa kuih ni masa bulan puasa je. Kalau bulan lain jaranggggg sangat kan.


:: Orang beratur sampai ke belakang sana tu ::


Lepas tu kedai jual murtabak pon ramai. Siap beratur panjang-panjang lagi. Aku ada dengar orang tu cakap 'Asal kedai murtabak je beratur, asal beratur je mesti kedai murtabak'. Nampak benor feberet ramai orang. Yang satu kedai tu murtabak dia dah lah tebal, jual murah pulak tu. RM 2 je satu, mana nya orang tak beratur panjang-panjang kan. Sanggup sebab nak beli murtabak yang berbaloi-baloi harganya. 

Yang ni aku tak pernah jumpa lagi. First time katanya. Asam pedas claypot. Kita pilih nak ikan apa, yang mana baru dia masak. Ramai jugak orang yang beli kat kedai ni. Aku bau dari tepi pon macam fuhh bau dia memang masam!




Hasil pembaziran di bazar ramadhan Setiawangsa, aku beli karipap RM 2 je. Kah kah kah. Itu je? Karipap dia murah je RM 1 dapat 3. Sekarang mana nak jumpa dah orang jual kuih murah cenggitu, kalau tu mesti 5 RM 2. Karipap kat kedai ni pon laku jugak. Masa aku beli tu kosong bekas dia. Ada karipap sardin je dia baru goreng. Masa tu dia tengah goreng karipap ayam. Kalau nak merasa karipap yang lain, kena tunggu berapa lama tah.


:: Yang dalam bekas kuning yang tinggi tu semua dah habis. Serious laku :o ::

Gambar-gambar yang aku ambil ni semuanya ambil senyap-senyap. Pandai tak aku ambil gambar? Tetiba rasa macam aku ni berkebolehan nak jadi spy lah pulak. Hahaha. Aku letak phone dekat dagu konon saja pegang cenggitu. Padahal... Bila balik tengok gambar, tengok-tengok eh eh eh eh ada Cik Cah dengan Ila dalam gambar.


BABAI ;)