20100804

semalam

semalam punya semalam dan semalam. ada aku kesah ;p kesah ha, takde siapa pon yang kesah. aku je yang urat kecoh terlebih. adoi, rosak. semua saraf aku dah tak betul sebab tu agak tidak boleh blah bila menaip kan. kalau bercakap lagi lah. haih~

::nak aiskrim::

semalam pergi rumah makcik yang bernama farah ajerah tapi dipanggil dengan nama glamour aje. glamour ke? nak termuntah aku menaip, kah kah kah. tak lawak pon. cuba serius :|

semalam punyalah. makcik tu nak merasa nasi goreng aku, aku kan pandai bab masak-memasak ni. masuk pertandingan memang juara. semua orang jeles dengan aku, bila lalu sebelah je nak jeling. takpe-takpe, aku faham perasaan dengki kau, kau dan kau. sila pergi tandas untuk menegeluarkan muntah anda ;p

tapi weh, sedap nasi goreng tu. masak sama-sama dengan azreen dengan aje, ditambah pula dengan perasaan penuh kasih-sayang memang bertambah sedap nasi goreng tu. nasi goreng takde nama sebab nak buat nasi goreng ayam tapi takde ayam. buat lah nasi goreng macam biasa.


eh, letak sotong dengan udang. udang dia, perghh tengah menaip pon rasa macam nak meleleh-leleh air liur aku teringat. manis je kot udang dia. macak nasi goreng letak sos tiram, azreen yang letak tapi sedap sampai menangis sebab pedas. cili api bukannya banyak pon tapi saje nak feeling terharu ;D



post seterusnya,