20110414

Yawa-Starbucks Green School Carnival



Yawa-Starbucks Green School Carnival
9-11 April 2011
Denai Alam Riding and Recreation Club

:: 3 students from Surabaya ::

Hoyeahh, aku pegy kem kat situ ler. 3 hari 2 malam, tidur dalam khemah T_____T. 4 bas kot semuanya, 22 buah sekolah. Hamek kau, tak cukup ramai lagi tu? 4 orang dari Surabaya Indonesia (3 perempuan, sorang leaki). Tapi dalam kumpulan aku takde dak-dak Indon ;p

:: Aku kumpulan 1; CAFFE MOCHA ::
*say hye to IRFAN

Dah kata Yawa-Starbucks Green School Carnival, nama kumpulan mestilah berasaskan nama kopi yang ada kat starbucks kan. Ada nama kumpulan Pumpkin Spice, apa tah lagi. Aku ingat yang tu je sebab aku fikirkan rasa dia mesti sepelik nama kan. Paling ingat nama kumpulan sendiri lah kan, CAFFE MOCHA 


Makan dari hari pertama kat sana sampai hari terakhir guna daun pisang. Cawan lu pikir lah sendiri. Aku guna botol 100plus yang dah kosong aku minum untuk recycle banyak-banyak-banyak kali. Makanan kat sana okay lah. Keenakan dan kesedapan aku bagi 4 daripada 5.

Oh, setiap kali makan kena ada beberapa orang pegy amik nasi, lauk masuk dalam mangkuk, hidangkan untuk orang lain. Tapi kumpulan aku nak apa-apa sendirian berhad. Eh, ketua kumpulan YOGI dia tak makan selagi orang lain tak habis makan. Kalau lauk tak cukup dia tambahkan. Sangat baik!


:: MY GROUP MEMBERS :DDD ::

Hari kedua kat sana ada 16 workshop, yang aku ingat ada 2 fotografi, buat sabun, silk printing, buat roti BOM, CPR, kraftangan daripada telur. Apa benda tah lagi, aku tak berapa nak ingat semua tu. Roti BOM dia walawehh, percaya sama gua. Sedap to the max okeh. Malam setiap kumpulan kena buat presentation pasal entrepreneurship.


:: Aku yang paling besar tu ;D ::
:: Tak nampak kasut aku kat mana T____T::


Aktiviti hari terakhir buat apa je. Main dengan tali kena buat bentuk bulat konon BUMI. Semua orang kena campak kasut kat dalam tu konon sampah. Ha, cenggitulah. Lepas tu, pegang tangan untuk passkan hulla hoop(?) sampai orang hujung. Kumpulan kalah kena buat aktiviti selut. Kumpulan den monang!




// Time kat camp tu, ada dia ni; DANIEL. Pelakon cerita apa tah, 
AZ memang suka dia sebelum ni. Bila nampak terus macam orang sakit jiwa. 
Ouh, dia satu kumpuan ngan AZ pulak tu. Lagi lah makcik tu suka gilaaaa kan. 
Daniel ni sekolah kat SMK DAMANSARA DAMAI 1.