Assalamualaikum, Hai, Hello, Apa khabar?
Hari Jumaat. Sedih sikit sebab ada PHYSICS. Aku tak tahu kenapa aku tak suka physics. Physics boleh bikin aku seteres tahu? STRESS STRESS STRESS. Wooo, aku tak tahu kenapa. Aku dah cuba untuk mencintai physics tapi tetap tak boleh. Benci betul aku dengan perasaan yang sebegini rupa.
Dalam lab physics;
Aku duduk depan sekali, konon semangat nak belajar subjek yang paling dicintai dan saling mencintai. Hampeh
Cikgu ; Okay, buka buku teks muka surat .. buat latihan .. muka surat .. latihan ..
Aku ; Aduh cikgu, yang ni pon tak siap lagi. Banyaknya
Cikgu ; Kenapa tak siap lagi. Ni mesti malas.
Aku ; Saya tak faham lah cikgu dari tajuk INERTIA
Cikgu ; Kenapa tak cakap, hari tu saya tanya faham tak? cakap faham je. Bla bla bla yada yada yada.
Lepas tu dia terangkan balik dari tajuk inertia kat semua orang. Okay, THANKS!
Sambil buat modul, buat soalan dalam buku teks dia datang kat meja tanya faham tak apa semua. Dia cakap jangan ambil hati sebab cara dia cakap macam marah je + lain kali tanya kalau tak faham. Haih, masalah sungguh haku. Keh keh keh ;p
Okay CIKGU ELIS SUHAILI, dah kurang sikit stress bila cikgu ajar balik.
TERIMA KASIH DAUN KELADI