Haaa, lama sudah aku tidak mengepos bahan tidak berfaedah lagi tidak berguna lantas menjadi sampah masyarakat di sini. Siapa setuju, angkat tangan macam saya SOLEY SOLEY SOLEY LEYYY :D
Cuba bukak mata besar-besar sikit bior nampak apa minatang aku post tu hah. Kau nampak? Mak cik ELYA dak dak Emareseng post kat chatbox tanya aku RETI UPDATE VELOG? Hesh, ni yang aku malas nak menaip ni, panjang bebenor ceritanya. Tapi takpe lahhh
PERTAMA ;
Dah sebulan aku mula tusy ataupun dalam bahasa baku englishnya, TUITION. Aku sebenarnya malas nak bertusy-tusy bagai ni tapi apakan daya, dalam kelas BIO yang cikgu TUTI frutti ajar tu kadang-kadang aku faham, kadang kadang aku rasa macam nak bako je lab tu bila tak faham langsung. HESH T__T .
Aku ambil 4 subjek je sebab kalau amik satu RM33, kalau 4 subjek dan ke atas RM 25 satu subjek. Dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai menjilat jari baik aku ambil 4 subjek, cukupkan 2 keping not RM 50. keh keh. Oh, awak tusy kat Maths Clinic Setiawangsa je. Tak mampu nak masuk PREP. sobs sobs
BIOLOGY
PHYSICS
CHEMISTRY
SEJARAH
KEDUA ;
Tusy hari Isnin, Selasa dan Khamis. Hari Selasa ada perjumpaan Skuad PPDa tapi aku memang pegy. Sekarang hari Rabu takde perjumpaan Kelab sebab nak bagi laluan latihan rumah sukan. Baru 2 minggu. Aku semangat kesukanan memang membara-bara tahun ni, biasalah awak nak aktif koko. Minggu lepas aku pegy tapi semalam tak pegy sebab hujan lebat + guruh + kilat dan sewaktu dengannya.
Maka saya penat dan mengantuk bila balik sekolah setiap hari. Itupun boleh dijadikan alasan kannn :P
KETIGA ;
Hari Jumaat minggu lepas pegy Kem Ketua Platun dekat Pusat Latihan Belia Bukit Lagong. First time hokayy aku tidur dalam khemah. Malam pertama masyaAllah, hazab sungguh aku nak tidur. Fanassss betul sampai baju aku basah. Macam mono ni
Malam kedua aku rasa nikmat gila tidur! Balik dari night walk pukul 3 aku rasa lepas tu mandi. Masuk khemah terus tidur, walawehh sedap gila tidur. Tak panas langsung + tak sedar apa-apa pong. Selalu begitu kalau pegy kem kan. Malam pertama mesti tak boleh tidur, malam kedua heaven gila tidur !
KEEMPAT ;
TAMBAHAN.Hari sabtu ni aku takde kat rumah lagi, 3 hari 2 malam juga. Sabtu, Ahad dan Isnin. Sibuk betul haku sekarang mengalahkan orang nak pergi pilihan raya. Ouh, pilihan raya Sarawak along pegy sana. Setiap kali ada pilihan raya kecil ke besar ke, mesti pegy. Heshh, jealous sikit. HAHA, lari daripada tajuk. Lariiiiiiii
SIBUK GILAAAAAAAA
p.s - Hari Sabtu minggu lepas ada majlis
Anugerah Cemerlang kat Hotel Flamingo.
Tak dapat pegy sebab pegy kem kan. Bior
je lah, dapat jugak duit ngan sijil kan :D