20140102

Bertandang 1913


1 September 2013 family Raman ada buat majlis bertandang kat Kampung Pengkalan Samak, Merlimau, Melaka. Sekali dengan adik lelaki Raman yang kahwin semalamnya. 

Kenduri hari ahad. Hari Jumaat malam aku dengan along naik bas dari TBS pergi Melaka. Raman dah balik sana dulu sebab nak tolong family dia buat prep. Bas pukul 9.30 rasanya sampai sana pukul 12.30 . Driver dia dah lah tah pape. Aku duduk depan sekali. Memang nasibbbbb lah terpaksa menghadap orang tu berapa jam.



Sampai Melaka Sentral Raman dah tunggu. Diorang hantar aku pergi rumah Ucu dekat Bukit Rambai, lepas tu diorang pon balik rumah Raman. Bertapa lah aku kat rumah Ucu sampai hari Ahad. Hari Sabtu kemain dari pukul 11 sampai 6 lebih duduk berkelah kat Pantai Puteri. Dah lah tak bawak baju lebih! Eh tapi takde geng pon nak mandi sesama. Eh?




Hari ahad subuh sepii along dengan Raman dah datang rumah Ucu nak amik aku.  Diorang dari rumah Raman pukul 5 lebih nak dekat pukul 6. 6.40 diorang dah sampai. Oh, Ucu pon pergi sana jugak nanti tapi lambat dalam pukul 10. Aku tak nak lagipun memang tujuan aku pergi sana awal sebab nak tolong along bersiap. Kononnya lah kan :p

Malam tu along kata dia tidur pukul 3 lebih rasanya. Sebab kenduri diorang semua family buat sendiri. Lagipun malam tu diorang ada buat tahlil ke doa selamat jugak. So, along tak sempat nak top up inai dia yang dah pudar lepas seminggu. Ai is terpaksa chuols pakaikan inai dalam kereta yang tengah bergerak. Fuh, mencabar sungguh sampai keluar peluh jantan. Eh? Hahahaha.



Dah sampai sana jadi pulak cerita yang aku nak terberak tapi macam nak tapi malu. Hahaha bongok. Duduk dekat rumah Mak cik Raman kat depan rumah. Ada 2 pengantin. Along dengan bini adik Raman. Bini adik Raman tu datang lambat, walaupun rumah dekat situ jugak. So, along kena start make up dulu. Hoih, boring kot menunggu sorang-sorang. Tapi takde lah lama sangat. Bila dah siap, ha kau kalah Che Ta bulu mata pelesu ituuuu! Keh keh keh. Along kemain tak suka tapi orang tu tetap nak jugak letak. & dia cakap memang dia ada bulu mata tu je. Hadoi Che Ta sangat tau takkk?



Dah siap, duduk kat luar tengok tv. Lepas tu group untuk bag pipe dah sampai. Diorang duduk rumah pakcik Raman kot. Tah tak amik tahu pulak. Lepas tu KK dengan opie pulak sampai lepas beberapa kali along hantar yang share destination kat Whatsapp. Hahah. Sampai-sampai along tanya dah sarapan kat mamak? Hahaha bahan KK sebenarnya sebab time kenduri kat rumah dia tersalah hantar mesej kat whatsapp cakap pasal sarapan kat mamak.



Ha lepas tu lepas tu. Malam sebelum ke bila tah. Along dah siap gosok uniform istiadat Raman. Tapi tak pandai. Ada 2-3 side. Lepas tu macam tak kemas. Oh, Raman is banyak sangat songeh dia okeh! Mengalahkan pompuan!! Hahaha. Dah lepas tu aku kena gosok hilangkan side sebab kalau along yang gosok cair lah make up. Sayang pulak takde gambar aku tengah menggosok. Ehehe

Pukul 11 semua sudah sampai. Abah mummy angah Syawal Farahain Helmi Nenek Nenek Aji Mak Ong. jiran-jiran Cik Cah Cik Nan Cik Arah & anak menantu cucu Cik Ina Cik Su Ita Cik Yati Cik Anas Cik Mah.  Ucu dengan kakak pon sampai. Wahaha kemain semua aku listkan. Sebab tak ramai sangat. Ye lah aku ingat. Cuba kalau orangnya kemain ramai sampai 5-6 bas. Takdenya ingat. Pengsan nak menaip pon!



Kawan-kawan Raman untuk sword bearer datang asing-asing . Pulak tu ada yang lambat. Nak menunggu berarak hari dah mendung. Masing-masing dah cuak. Janganlah hujan, janganlah hujan. Kalau dah nak hujan, nak buat macam mana. Ye dak? Aku yang mendengar orang cakap tu heyyy berbulu telinga mak hincik.



Adik Raman berarak dulu. Lepas tu baru lah Along dengan Raman. Nak berarak tu hadoi semua nak amik gambar, semua nak record. Aku pegang phone along, Raman & phone sendiri. Phone aku nak habis bateri. Along punya pon dah separuh. Aku tak tahu unlock pattern phone Rahman. Tapi macam tahu. Sebab pernah nampak. Aku try & betul. Hahahaha nampak sangat mata tu tu tuuuuu :p





Pengantin duduk je terus hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya. Nasib baik. Kalau tak macam mana nak berarak kan. Memandangkan ada 2 pasang pengantin, so ada 2 rombongan. Pulak tu ada sword bearer dengan group bag pipe. So, memang yang bawah khemah untuk rombongan. & kat beranda rumah mak cik ke pak cik Raman tah untuk sword bearer dengan group bag pipe dan ahli rombongan yang tak cukup nak duduk kat bawah khemah. Pulak tu hujan memang kelam kabut kottttt. Nasib baik takde VIP -___________-' (faham kan? kah kah kah)



Dalam pukul 3 lebih kitorang dah gerak nak balik KL. Jiran-jiran diorang dah balik lagi awal. Pukul 2 ke 2 lebih. Sebelum balik singgah rumah Ucu dulu. Bawak angah  dengan Syawal yang tak pernah pergi lagi rumah Ucu lepas kahwin. Pukul 5 ke 6 dah gerak balik. Hamboi jalan kemain jammm. Berapa kali tidur bangun tidur bangun tak sampai-sampai. Penat!!


BYE!!