20131230

Sanding 240813

Gahhh kemain lama tergendala tak siap-siap update pasal wedding along! Busy bebenor sebelum ni memikirkan masalah negara yang tak berkesudahan. Katanya :p Why bother why bother why bother! Ceh dan dan nak jadi Azwan Ali Kak Tom Mak Tom tuh.


Hahah okay pagi hari sanding kita mulakan dengan cerita drama swasta tak berapa nak swasta sangat tu. tu sebenarnya cerpen tahap budak sekolah rendah darjah 6 nak ambil UPSR je kot. Saya menangis kesakitan dan bahagia akhirnya. Lol amende tah pfft -____-'

Along start make up awal. Faressa datang pukul 9 rasanya. Along punya session make up dengan Faressa 9-11 sebab Faressa ada nak make up kan orang lain. Dah along book dia lambat, tu yang kena awal. Tapi ok lah kot, baik siap awal daripada siap lambat. Lagipun sanding pukul 12.30 .



:: Gemuknya kau!! Hahahaha ::



Haa bunga manggar! Dah pukul berapa tah baru perasan tak cucuk lagi. Nasib baik ingat. Kalau tak pengantin berarak tak berbunga manggar lah.


Oh, teringat time standby nak tunggu pengantin berarak. Aku suruh Yaya, Iqa, Mia dengan Mimi duduk kat bunga manggar tu. Bebudak biasa lah. Kang tetiba diorang hilang, takkan aku yang nak bawak bunga manggar tu. Memang idok le!


Ha lepas tu aku pergi dekat along rasanya tetiba diorang panggil Kak Tiha ke Bab tah. Rupa-rupanya ada bebudak nak ambil bunga manggar tu. Eh, kalau pengantin dah berarak amik lah korang dengan batang-batangnya. Ni pengantin beum berarak dah nak amik. Kang tak sempat nak berarak dah togel. Lepas tu aku tak bagi sambil buat muka macam mak tiri. Lalalala~

Lauk-pauk hari kenduri macam biasa, ketua masak Cik Piee dengan Haji Din. 3 kali buat kenduri berturut-turut upah diorang sebab memang dah terbukti diorang masak sedap. Omnomnom. & macam biasa segala kerja potong bawang semua tu dibantu oleh penduduk Kelumpuk Teratai!

Nasi putih
Nasi minyak
Ayam golek*
Kari daging
Daging masak hitam
Acar timun
Buah oren
Air sirap+oren
Bubur pulut hitam   
 Cendol**



Kenduri kali ni abah amik ayam golek. Sedap! Orang tu duduk Klang. Memang buat untuk kenduri/majlis. Cendol pulak mak suruh Mak Mah dengan Cik Amat buatkan. & diorang sponsor. Diorang memang berniaga kat rumah diorang kat Nibong Tebal. Semua barang diorang bawak dari sana. Kemain jauh! Tapi serious sedap  amat sangat jugak. Ramai puji :D



Memandangkan ni last kenduri kahwin (ehem) makanya mak pon nak buat cabutan bertuah untuk orang yang buat kerja. Hadiah semua beli kat kedai 2 ringgit kat kampung, ECO. Tupperware je semua. Macam-macam bentuk. Hamper buat 10 rasanya. Ada air gas, keropok 2 yang besar, biskut dengan sumi. Tu je kot.



Hahaha yang tah pape. Farahain dia paling banyak buat kerja (adik-beradik). So, dia pon dapat lah rosette dengan nombor cabutan bertuah. Tetiba time panggil nombor, nombor dia naik. Dapat hamper pulak tu. Kemain berlari keterujaan! Kah kah kah. Lepas tu ada yang macam tak puas hati. Cik Ina sebagai ketua eceh kata amik je. Lol. Mak Usu, Mak Mah pon ada dapat jugak. Tapi Farahain lah paling gah bom kebabom hadiah hahahahaha!


Scallop khemah oren campur pink! Memula along nak kelabu putih takpun semua putih. Tapi Pak Akob takde warna kelabu. Lepastu fikir macam kalau putih je macam dull je walaupun lawa. Serious aku suka kenduri putih bersih! Pak Akob ada warna apa je. Tak banyak. Lepas tu dia cadangkan warna tu. Kitorang pon okay je. Macam lawa. & memang lawa pon. Hahaha pujiannnn.

Oh ha lupa pulak. Pukul 12.40 kot pengantin berarak. Dengan kompang Sri Cahaya sama dengan angah hari tu jugak. Tapi kali ni takde silat :/ .





Memandangkan kali ni kenduri buat time hari raya. Banyak bertindih dengan kenduri kahwin orang lain, open house yang kemain banyak lepas tu sekolah ganti, banyak orang yang datang lambat. Majlis habis pukul 4.45 rasanya. Tetamu terakhir, Datuk Kamaruddin. Memula dia cakap tak boleh datang, sekalinya lepas meeting dia terus datang walaupun dah lambat.



So, along dengan Raman pon terpaksa keluar pergi outdoor lambat. Walaupun padahal kat Taman Rashida depan rumah tu je. Hahahah. Outdoor dengan KK sahaja sebab Wan Mahazir terpaksa balik awal sebab ada emergency. Pukul 1 ke 2 tah dia balik. Tak perasan.





Warghh akhirnya siap entry pasal hari sanding ni kan. Macam kan seksa dan azab sangat je nak buat. Ehehehe.




OH TINGGAL AKU SORANG JE LAGI TAK KAHWIN. SEDIHNYEWWWWWW! :P

Tq to uols uols yang banyak membantu tu. Yu noe who yu are.