20141030

CCM : Cameron Highlands 2013

Lama sungguh iols tidak berblogging. Duit kat nuffnang pon macam gitu je aku nengoknya. Ada lah naik sesikit dalam 2-3 kupang. Lol.

Kemain lama tu sampai lupa pasal cuti-cuti Malaysia kekononnya tu walaupun tidur sana satu malam je. Kemain. Ni kira short trip, short vacay, getaway. Ha lebih kurang je kan semua terms tu kan? Semua perkataan aku balun. Biar senang sikit nak faham kot ada yang terbengong-bengong nak memahami apakah itu short trip, apa tu short vacay. Hahaha kau dah kenapa Abo. Eh tapikan ada orang yang eja gateway lah getway lah gateaway lah. Pagar tu nak pergi mana woi eja gateaway. Aku pon dah confuse nak eja macam mana. Setelah digoogle ni ejaan sebenar eh

GETAWAY
  1. a place where one escapes for relaxation, vacation, etc., or a period of time for such recreation: a little seaside getaway; a two-week getawayin the Bahamas. used as a means of escape or fleeing: a stolengetaway car. used for occasional relaxation, retreat, or reclusion: a weekend getaway house.
  2. dictionary.reference.com/browse/getaway
So, ada faham ke tidak? Annoying jugak kan aku nih siap kemain rajin nak google untuk tunjukkan kebenaran. Hebat sangat lah BI kau tu? Haktuih :p

Hahaha woi ni dah bulan 10. Pergi Cameron bulan 10 ke 11 tah tahun 2013. Ni bulan OKTOBER, tahun 2014. Nak dekat setahun. Ke dah setahun. Walaupun dah lama, aku tetap jugak nak blogkan. Eh, Aniq pon dah nak setahun -_-'


Memandangkan sudah lama berlalu, iols tersangat lah lupa macam mana boleh semua setuju je, on je, tetiba semua depolarized sampai reach threshold level dan setuju. Kau dah kenapa tetiba nak bebajet biology bagai ni. Lol

Yang aku ingat, bertolak dari rumah pagi. Guna highway Plus keluar tol Simpang Pulai. Tak ikut Tapah. Sampai sana dalam tengah hari. Makan tengah hari? Makan kat apartment je chuols. Bawak bekal dari rumah. Mummy masak nasi dengan rendang ayam. Tu pon bisa menyenakkan perut sekalian umat rombongan. Kekenyangan dan mahu ketiduran.

Sampai sana tengah hari, tak check-in lagi. Pergi Big Red Strawberry Farm. Sebelum pergi dah google tempat menarik kat Cameron Highlands. Kebanyakan orang memang pergi sini. So, lai lai lai. Moh kita pon pergi sini jugak. Kang mummy bersembang kat depan dengan Cik Arah Cik Mah senang nak cerita kan. Lagi pulak memang tempat orang selalu pergi. Kalau mummy tak pergi, macam mana nak bersembang? Kah kah kah kongajo sangat *dush*




Memula kekononnya nak makan macam-macam. Maklumlah, nafsu. Lepas tu katanyaaaaa nanti nak makan dekat ladang teh je. Iols okay je. So, kat sini makan sikit je. Takde lah makan sangat. Beli aiskrim ke apa benda tah. 2-3 jenis. Paling untung, aku tak beli apa-apa. Aku ngap orang punya je. Sangat untung. Dan menjimatkan. Hahahaha





Abah tunggu kat kereta je sambil makan ubi rebus panas panasss




Dah lepas tu, baru lah pergi check-in homestay/apartment. Kat Tanah Rata. Apa ke namanya tah, aku pon tak tahu. Yang aku tahu, 3 bilik. Besar. Untuk 10 orang muat. Homestay macam biasa lah, ada dapur. Macam rumah. Tapi nasib baik mummy tak begitu rajin nak masak. Hahahaha nasib baik? Ha ye lah aku kan suka makan luar, so tu macam peluang. Lol. Mummy masak lagi sedap tahu? & lagi jimat Ya Allah tak habis-habis lagi ke pasal penjimatan berganda kau tu Abo zzz

Petang lepas asar, hujan. Hujan hujan hujan dan hujan. Agak-agak dah reda sikit, terus keluar nak pergi pasar malam. Kang pergi pasar malam lambat-lambat, ramai sangat.






Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa takde lah menarik sangat. Biasa-biasa saja. Ke aku yang tak pandai nak menikmati keseronokan ittewww. Haha. Tapi kalau nak beli borong macam sayur, buah termasuk strawberi boleh lah. Tapi kena jalan hujung ke hujung. Kang takut dah beli, kat depan sana lagi murah rupa-rupanya. Tak ke dah rugi. Manjang fikir rugi aku ni -__-'

Esok pepagi dah check out. Pergi sarapan jap. Lepas dah kenyang melantak nasi lemak dengan ayam goreng :D terus pergi Bharat Tea kat tanah rata. Mak sesampai kat sana terus masuk kedai dia nak beli teh. Gelojoh benor. Orang dah cakap nanti nak pergi Kea Farm. Situ mesti lagi murah. Dia nak beli jugak, biar lewww.






Balik sempat singgah dekat tempat ada tulis Tanah Rata ni. Berhenti. Nak amik gambar kenkononnya. Mengada gila aku tetiba malas. Tak nak amik gambar. Dah orang nak ajak balik baru nak pulak :p Mengada sangat malas orang nak layan heh. Oh lepas tu time tu ada kereta yang lalu-lalang kat situ tetiba nak hon kitorang sambil pandang-pandang. Apasal? Jealous? lol




Kea Farm. Pergi. Aku takde duit. So, tak menarik mana pon bila pergi tempat  yang memerlukan duit dan kau takde duit. Hahahaha. Mummy beli strawberry lepas tu rugi. Along beli lagi murah. Dah lah pek besar. Ha tengok, fikir rugi lagi. Nampak sangat nak murah je aku ni kan -___-' Hmm keturunan :p





Oh, otw nak balik singgah Bharat Tea yang lagi satu kat mana tah ni. Yang ni berhenti sebab nak pergi sendiri kat ladang. Yang kat Tanah Rata jauh nak berjalan. Kena turun bawah pulak tu. & time tu lepas hujan. Kosser sangat nak pergi. Yang ni depan parking je ladang dia. So pergi lah ke situ.


& lepas tu balik! Cameron best lah jugak. Tapi takde lah memanggil-manggil sangat nak suruh aku pergi sana lagi lepas ni. Biasa-biasa je. Mungkin kalau aku dah ada duit berkepuk-kepuk dalam poket baru syok kot. Hmmm berapa tahun lagi lah tuuuuu :p

So itu lah dia cerita tahun lepas yang boleh tahan juga lah dia punya dah berkulat tu. Muehehe. Kbai!