20140411

DIY Hantaran paling jimat.

Hantarans yang sangat cantiknessss daripada along nak bagi Rahman dibuat oleh aku, adik paling osemmmm dalam dunia. Sila muntah sekarang! Hahahahaha :B

Kah kah kah. Hantaran paling mudah pernah aku buat dalam 3-3 hantaran yang pernah aku buat.  Ceh, aku ke? Patutlah tak cantik. Har har har. Padahal hasil kerjasama segala wonderpets eh wonder girls (gelinyewww) dalam rumah ni kottt.

Yang paling penting sekarang ni kos gubahan hantaran mesti murah semaksimum yang mungkin. Kalau boleh RM0 lagi bagus!! Muahaha kedekut benor. 

Bantal hantaran guna balik Syawal punya hari tu yang warna kuning cair. Oh, hantaran daripada along 9. Syawal punya bantal hantaran tu ada 7 sajo. So, nak cukupkan 9, tambah lagi satu. Untuk sirih junjung tak payah letak kat bantal hantaran. Ha, kan dah jimat tambah satu je bantal hantaran tu. Hehehe


Aku rasa bantal hantaran ni paling banyakkkkk kali guna. Daripada time angah bertunang. Syawal bagi kat angah. Time angah nikah. Daripada Syawal jugak. & yang ni along pulak guna bagi Raman. Jimat sangat. Tak sia-sia Syawal beli. Orang lain guna jeeeee. Hahahaha. Eh, along je guna sekali ni je ha. 2 kali tu dia sendiri yang guna!

Bunga sangat lah murah. Dah lah cantik. Bagi aku. & bagi Along. Beli kat Mydin saje chuols. Dah lah murah uols. RM3 saje sebatang. Sebatang ada sekuntum bunga. Beli 10 kuntum RM 30 sajo. Ya Allah murahnyaaaaaa. Eh ke 2 lebih eh? Lupa pulak.

Bunga beli time bulan puasa hari tu. Memula ingat nak beli kat SinYin kedai kat Semua House tu. Tapi time nak balik tu lalu lah Mydin. Mydin pulak time tu tengah buat jualan murah sale apekebenda tah. 50% kot. Along ajak masuk tengok bunga. Tengok bunga yang kekecik. Ingat nak campur. Lepas tu terjumpa yang ni. Tengok harga murah. Lepas tu memang dari awal fikir hantaran tu nak letak bunga sebunjut je kat tepi. Dah jumpa yang cantik & murah, apa lagi. Cecepat pilih & bayar terus! Takut habis katekooo :b

Gubah hantaran ni dah kata senang, petang Khamis baru nak buat. Kalau nak buat Jumaat pagi takde nya  sempat. Itupon petang sangat baru nak buat. Sebab senang konon. Tapi dah nak elokkan kelopak bunga tu pon dah berapa lama. Nak ikat reben kat barang hantaran pon tak pandai. Nasib baik ada Cik Ina jadi penyelamat! Pheww *lap peluh*

Sila abaikan segala sepah-sepah dalam rumah tu ha. Orang nak kenduri. Biasalah~ Hahaha alasan je tu abo -___-'

Sireh junjung pulak aku dah lama nak buat macam ni jugak-jugak. Walaupon bukan aku yang kahwin & ada orang suruh buat macam tu macam ni. Tapi dah suruh aku yang buat, aku guna kuasa diktator. Kena ikut macam tu jugak-jugak!

Inspirasi daripada Chentaweddings

Khamis malam dah gubah sireh junjung sekali time Cik Ina & Cik Cah pakaikan along inai. Malam tu yang ada kat rumah Cik Cah, Cik Ina, Cik Arah & Cik Mah. Biasa lah geng-geng bersembang mak. Muehehe. Cik Ina & Cik Cah pakaikan inai, Cik Mah polish daun sireh, Cik Arah bunjut bunga rampai untuk hantaran.





Oh, memula ingat nak gubah sireh tu pagi Jumaat. Tapi siapa tah 2-3 orang asyik tanya bila nak buat bila nak buat. Nak puaskan hati semua orang, aku pon buat malam tu jugak lepas balik dari Petaling Street beli baby breath & Gerbera.



Baby breath untuk bunga tangan yang kecik cinonet tu ha. Hahah tapi tetap lawa kat mata iols! :p

Gerbera untuk letak kat bedside table. Tak pandai susun. Bunga pon tak segar sangat sebenarnya.

Sireh junjung tu pagi Jumaat baru cucuk bunga. Memula ingat guna bunga Gerbera yang beli kat Petaling Street tu. Lepas tu bunga tu cukup-cukup untuk letak dalam bilik. So, terpaksa kerah Farahain & Helmi pergi cari kedai india beli bunga. Nasib baik ada.

Hasilnya memang rasa macam nak terjun bangunan. Cantik sangat. Hahahaha puji diri sendiri nampak! Heh heh

Sireh junjung paling senang paling mudah macam kacang Ngan Yin paling simple palinggggg cantik! Eh? Hahaha.

Hasilnya: 

Tadaaaaaa!!


Cincin masih lagi mengekalkan konsep pillow ring / ring pillow amende tah. Tapi bantal kecik buat last minit tampal guna hot glue kat tengah-tengah bunga 3 hengget tu.

Tambahan, hantaran daripada Raman bagi along.