20110908

Ghaye 2011.


Err, kalau buat pertandingan siapa paling pemalas nak update blog aku boleh menang kot. Tak gitu? :B

:: Aku suka corak baju ni ♥ ::

Tahun ni raya balik Teluk Intan. Ewah, macam tahun lain balik tempat lain pulak kan. Dah kata mak dengan abah satu kampung, berjiran lagi. Nak balik mana lagi? Macam nak mintak kena pelangkung je :I Balik 3 hari 2 malam je. Balik hari Isnin sebelum raya sebab pagi tu pergi Klinik AU2 sekejap, abah nak buka balutan kat peha lepas operate kat HKL. Balik, abah gunting rambut sekejap. Lepas tu terus Zoooooom balik kampung! Nasib baik tak jam. 

Malam raya tidur rumah Nenek Aji (belah Abah). Sebab apa tidur situ? Sebab raya pertama ada macam-macam cerita. Rumah nenek Aji takde Astro lagipun. Wahh, alasan. Aku ngan abah buka puasa kat rumah nenek aji, along angah ain mak buka puasa kat rumah Nenek Adik (belah emak). Ouh, petang tu nenek adik pergi klinik sebab semput sangat. Tak nak pergi hospital sebab takut kena tahan wad.

Pagi Raya, makanmakan, salamsalam lepas tu tak tahu nak buat apa dah. Abah cakap abah sedih sebab tahun ni first time Abah tak pergi melawat kubur arwah Atuk Aji. Kalau tak, setiap tahun tak pernah miss mesti pergi kubur. Tapi, mesti abah pergi sorag-sorang. Tu aku tak tahu kenapa. Tak faham sikit. 

Dah lepas beraya kat rumah Nenek Adik, pergi rumah Nenek Aji. Lepas tu pergi rumah Nenek Adik balik....


:: Jalan kaki nak pergi rumah Nenek Aji ::


:: Muka Along dah macam ape dah ::

:: Gambar lompat tak jadi ::

:: Diorang tak suka gambar ni. So, aku masukkan lah dalam blog. Jahat ::

:: Ni dah petang, pakai baju Pangkor sama-sama :D ::




















































































 Selamat Hari Raya Aidilfitri!

*Berapa kali nak cakap Selamat Hari Raya tah.