20110725

Cara makan ubat batuk. LOL

Assalamualaikum kum apa kombet bet apa betmen men apa mentol tol apa tolak lak apa laksaaa. Okay, sudah. Cukup! Nak lebih-lebih sambung sendiri menyanyi sambil menari berketipak-ketipung sorang-sorang. Aku malas nak layan. Daaa ;p Btw, shedapnya laksha. Nak laksa mak buat. Dah lama mak tak masak. Malas benor katanya.


.............................................................................................................................

Deyy, tertarik wayar laptop pulaks. Dah termati. Nasib baik hidup balik, kot KO terus je. Mampuih aku nak menjawab kang.

K, sekarang sila fokuskan mata ke arah tajuk. Sila baca betul-betul. Kalau lembab nak membaca tu silalah eja dengan selaju yang mungkin. Tak tahan ni, lambat sangat! Kalau yang buta huruf tu, harap maklumlah ye, pandai-pandai engko lah nak suruh sesiapa tolong bacakan. Eh, kalau buta huruf macam mana nak baca yang aku baru tulis tadi tu ha. Kantoi ;p

Hadoi, sekarang ni musim batuk lah, selesema lah. Semalam + kelmarin selesema kemain hebat! Mukus-mukus jahat macam buat perhimpunan Bersih 2.0 je. Kalau asyik dok terbersin je tu mesti para peserta perhimpunan tengah buat rusuhan. Macam aku tak tahu pulak. Tak suka selesema.

Hari ni asyik batuk je pulak. Tak nak melarat, cepat-cepat aku start motor pergi kedai Raaina semata-mata nak beli ubat batuk Cap Kelapa Laut. Nasib baik ada. Pheww. Aku tak suka makan ubat dan memang jarang. Kalau makan pon memang ubat batuk je lah. Sekarang meh aku ajar cara nak makan ubat batuk dengan betul. Cehh

1. Kena ada stok ubat batuk Cap Kelapa Laut dulu. Cap Ibu dan Anak tak best =.="


2. Makan ubat batuk sebanyak yang engkau mahu. Lepas tu sila minum susu cekelat DL Kid.


Tu je. Senang bangat. Nampak beno tipunya cara nak makan ubat batuk dengan betul. Betul hapenya? Tak betul langsung. Ajaran sesat, makan ubat batuk dengan susu ;p


Sekarang sila reward diri sendiri dengan Roller Coaster sebab boleh makan ubat batuk tanpa tekak terasa menjelojok sampai nak termuntah. HIHI.