20110725

Cara makan ubat batuk. LOL

Assalamualaikum kum apa kombet bet apa betmen men apa mentol tol apa tolak lak apa laksaaa. Okay, sudah. Cukup! Nak lebih-lebih sambung sendiri menyanyi sambil menari berketipak-ketipung sorang-sorang. Aku malas nak layan. Daaa ;p Btw, shedapnya laksha. Nak laksa mak buat. Dah lama mak tak masak. Malas benor katanya.


.............................................................................................................................

Deyy, tertarik wayar laptop pulaks. Dah termati. Nasib baik hidup balik, kot KO terus je. Mampuih aku nak menjawab kang.

K, sekarang sila fokuskan mata ke arah tajuk. Sila baca betul-betul. Kalau lembab nak membaca tu silalah eja dengan selaju yang mungkin. Tak tahan ni, lambat sangat! Kalau yang buta huruf tu, harap maklumlah ye, pandai-pandai engko lah nak suruh sesiapa tolong bacakan. Eh, kalau buta huruf macam mana nak baca yang aku baru tulis tadi tu ha. Kantoi ;p

Hadoi, sekarang ni musim batuk lah, selesema lah. Semalam + kelmarin selesema kemain hebat! Mukus-mukus jahat macam buat perhimpunan Bersih 2.0 je. Kalau asyik dok terbersin je tu mesti para peserta perhimpunan tengah buat rusuhan. Macam aku tak tahu pulak. Tak suka selesema.

Hari ni asyik batuk je pulak. Tak nak melarat, cepat-cepat aku start motor pergi kedai Raaina semata-mata nak beli ubat batuk Cap Kelapa Laut. Nasib baik ada. Pheww. Aku tak suka makan ubat dan memang jarang. Kalau makan pon memang ubat batuk je lah. Sekarang meh aku ajar cara nak makan ubat batuk dengan betul. Cehh

1. Kena ada stok ubat batuk Cap Kelapa Laut dulu. Cap Ibu dan Anak tak best =.="


2. Makan ubat batuk sebanyak yang engkau mahu. Lepas tu sila minum susu cekelat DL Kid.


Tu je. Senang bangat. Nampak beno tipunya cara nak makan ubat batuk dengan betul. Betul hapenya? Tak betul langsung. Ajaran sesat, makan ubat batuk dengan susu ;p


Sekarang sila reward diri sendiri dengan Roller Coaster sebab boleh makan ubat batuk tanpa tekak terasa menjelojok sampai nak termuntah. HIHI.

Noy nama glamour.

Hari Jumaat hari tu. Last Ustazah Noy masuk kelas. Hari terakhir dia praktikal kat sekolah. Okayy, masa dia mula-mula masuk duluuuuuu, aku tak berapa nak layan sangat. Tapi, dah lama aku okay je. Layan je apa yang dia ajar semua tu. Plus, dia ajar lain sikit. Belajar buat pembentangan. Kalau ada 2 masa, 1 masa tulis atas kertas mahjung, 1 masa lagi bentang. Jimat masa, jimat air lioq dia.

Okayy, nasib baik hari Jumaat hari tu aku tak nangis. Boooo. K, fine. Aku ingat lagi masa darjah 3 aku menangis sebab Ustaz Dzul, masa last day dia praktikal kat sekolah. Lupakan, tu masa darjah tiga. Aku budak hingusan berumur sembilan tahun yang tak tahu malu lagi. Sekarang dah enam belas tahun, takkan nak nangis kot ;p


Ni lah Ustazah Noy. 

Kek yang disponsor oleh Sara.

Amboi, Shiera pulak yang over. JK ;)


Sara yang menangis kesedihan sebelum tu xD


Gambar ni saja je nak tunjuk board kat belakang kelas tu. HAHA

Hari ni hari Isnin. Omakaih, malas betul aku nak pergi sekolah hari ni. Tahap kemalasan dia tu sampai pagi tadi buat alasan kat mak konon tak nak pergi sekolah. Tapi, pergi jugak. Well, pelajar cemerlang lah katakan. #batuk.

Hari ni Ustaz Rizal Saharan yang aku suka sangat tu dah mengajar balik. Walamak weh, dah lama tak mengajar katanya. Sakit perut aku bila dia mengajar. Haaa, kau tak tahu dia mengajar macam mana. Suka sangat buat lawak yang buat orang tak rasa dia tu Ustaz, macam Ustazah adalah! Eh, bukan. Macam kawan je ;) Rugi siapa yang tak dapat Ustaz Rizal jadi cikgu PI kelas dia. Keh keh keh.

Haaa, yang belah kanan tu lah Ustaz Rizal. 

p.s- Gambar aku ngan dia malas nak letak.
Hitam kemain! Thank you Ustazah Noy 

20110708

Windu.


Team bolaa :>


Serious windu semua orang. Rindu kawan-kawan tahun lepas. Rindu kelas tahun lepas. Kelas 3 Rajin. Rindu guru kelas tahun lepas. Cikgu Najwa. Rindu cikgu-cikgu subjek tahun lepas terutamanya cikgu Sejarah. Cikgu Hasniza. Rindu BBQ dengan Azreen, Elya, Nabilah ++. Kenapa rindu sangat ni? Lambatnya lagi cuti sekolah T___T


I am waiting and hoping and wishing for the time, when we can be together again!


Tahun ni tak best macam tahun lepas. Kawan-kawan tahun ni tak macam tahun lepas. 4 Amanah. Guru kelas tahun ni lain jantina dengan guru kelas tahun lepas. Lelaki. Cikgu Shaharudin. Belajar Sejarah dengan cikgu Kamishah tak faham langsung! Nak Cikgu Hasniza, tapi tahu tak boleh. Elya dah kat Emareseng. Tinggal aku dengan Azreen. Nabilah kelas B. Faineeee.