20101008

beberapa hari sebelum PMR



okay, hari ni hari jumaat tapi cuti sebab hari ni takde periksa. yeayy, 3 paper lagi tapi 2 subjek ; math + kh.




hari sabtu minggu lepas beberapa hari sebelum PMR. cikgu saja je suruh datang konon sebab nak susun meja tengok tempat duduk semua. malas tahu nak datang sekolah hari sabtu sampai kasut kotor pon aku tak basuh terus minggu ni pegy sekolah pakai kasut abah T___T



sebelum rehat masuk kelas tapi sekejap je sebab lepas tu rehat terus duduk bertapa dekat dewan ramai-ramai. tapi buat apa kat dewan aku dah lupa sebab dah lama kan,  tapi belum tahap purba zaman paleolitik neolitik logam semua tu. okay berhenti merepek kertas sejarah dah lepas.






susun meja kemas kelas semua tu untuk orang yang terpilih sahaja. nasib baik aku tak payah kemas kelas semua tu. fuhh, lepas dorang yang kemas kelas tu turun dewan, ada mohon restu salam cikgu-cikgu. semua nak menangis je kan tapi aku tak pon. tahan tahan tahan



time UPSR dulu aku menangis tapi aku pon tak tahu sebab aku menangis. sebab tu kali ni aku senyum je bila salam cikgu, cover-mengover itu amat penting. KAH KAH KAH. cikgu najwa ngan cikgu azlin menangis tapi cikgu hasniza, teacher biasa je. cikgu lain tak perasan :I


post seterusnya,