20110215

Berdangdut sakan

Tatkala blog-blog lain yang pemes lagi amos meletakkan lagu untuk berdangdut bersama-sama, aku pun gatal tangan bergedik deng dang dang dong nak jugak letak lagu kat velog. Terus bukak Youtube cari lagu yang aku tengah layan buat masa ni, Speak Now. Taylor Swift punya lagu, LIKE :D




Setelah mengambil kod yang perlu untuk ditampal dengan gam gajah pada blog, aku pon mula menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dengan penuh khusyuk dan gigih. Padahal senang je pon nak menampal kod tu kan, itu pun nak kecoh.

HASILNYA ;


Ada satu butang untuk kau main tekan-tekan. Kalau nak, boleh tekan. Kalau tak nak, tak payah tekan pon. Aku takde buat autoplay sebab aku tak suka nanti kot ada orang sakit jantung bukak blog, volume baik punya kuat terus terkejut meninggal dunia. Exaggerate betul haku.

Lepas ni, agak-agak nak berdangdut sakan bukak velog tekan je itu butang. Kan senang ;P

20110212

I ♥ MY FRIENDS

I MY FRIENDS


I ♥ MY FRIEND, S TERTINGGAL =.="

P.S- Azreen yang lukis benda alah ni. Kalau nak mengharapkan tangan aku yang keras macam kayu ni takde lah segorgeous itu .

P.S.S- Kenapa banyak sangat  dalan entry kali ni. Agak tidak memahami kenapa. Why, why, why? Super Why?



20110210

Gemilang

Gemilang bukan sekarang gemilang. Bukan Gemilang lagu Jaclyn Victor yang menang Malaysian Idol. Bukan cerita Gemilang yang kat TV3 jugak. Eh, betul ke TV3 memandai je aku nih. Sekali kena saman, guna duit Nuffnang pon tak cukup. LAWAK -__-'

Derrr, Gemilang majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa 2010 Jilid ke berapa (?) Hadoi, majalah sekolah sendiri pon tak tahu. Lehh, perlu tahu kali ke berapa. Jilid ke-13 kot, mengikut firasat aku ibarat ahli nujum yang memang tidak pernah diiktiraf dan tak mungkin sama sekali.

Hari ni masa belajar BM, dengar apa yang Cikgu Shaharuddin sampaikan dengan penuh khusyuk dan tawaduk tiba-tiba dengar announcement [ceh, nak cakap announcement jugak] suara Puan Khatijah  ataupon nama famous amos dalam Facebook Cikgu Khaty A** 

Sesiapa yang sudah membayar duit majalah sebanyak RM12 pada tahun lepas boleh mengambil majalah Gemilang di Laman Bacaan pada jam 1.10

Majalah sekolah tahun lepas ;D

Huahuahua, lebih kurang macam tu lah dia cakap. Aku bukannya pengingat pon, pelupa ada lah! Tu aku tokok tambah lah kot rasanya. Azreen cakap majalah tahun ni kurang lawa. Aku rasa biasa je, bukan aku yang design pong. Leh, mencari pasal betul aku. Azreen baca ni habis kat sekolah dia marah. Takutkan Azreen XD

Like a G6

Wow woww, lama gila aku tak hapdet belog. Okay, aku tahu takde siapa yang kesah sebab tu malas nak hapdet. Benci! Haha, sangat gedik. 

Hokey, setelah dikira dengan begitu khusyuk dan tekun berapa hari yang aku tak hapdet aku telah mengenal pasti yang jawapannya adalah tidak tahu. Mak cik-mak cik sekalian boleh menghadap segala jenis PC dan LAPTOP dengan begitu fokus, mata jangan berkelip-kelip tapi gaya gediks boleh je ;p



Waduh waduh, pendahuluan je dah 2 perenggan belum masuk ke tajuk utama lagi. Masalah betul aku nih memang mencari pasal. Like A G6 tu lagu Far East Movement yang aku tahu LIKE A G6 je ulang seploh kali sambil nyanyi gaya Inul Daratista. Heh heh

Hari ini hari khamis ada subjek chemistry ye untuk pengetahuan ibu-ibu bapak-bapak semua yang ada di sini. Hari ni cikgu buat experiment pasal naphthalene ataupun dalam bahasa yang kau paham sangat-sangat, UBAT GEGAT.



Tetapi, aku sebagai seorang penyanyi kumpulan Far East Movement hanya mampu menyanyikan lagu Like A G6 sahaja. Ergh, bukan bukan. Aku seorang pesakit (?) G6PD. Time buat experiment kena duduk kat luar lab. Begitu lah nasib diriku yang malang tak boleh duduk dalam lab bila orang lain bersuka ria buat experiment mencairkan ubat gegat. T__T

Kalau aku duduk kat dalam lab jugak boleh pengsan. Betul ke? Tah tak tahu.