20150330

Aqiqah & Berendoi Aniq

Ya Allah dah setahun dah weh. Semalam hahaah. Aqiqah Aniq buat masa Aniq 3 bulan, 29 Mac 2014. Buat kat mana lagi? Kat sini lah. Lagipun sini cucu first, bagi lah can *angkat kening* hehe


Aniq buat aqiqah & berendoi. Lepas tu mummy ajak Kak Nur suruh Quinn sekali. Tapi dia buat berendoi je lah. Preparation apa semua kitorang buat sendiri. Dia cuma tumpang je. hehe




Kemain orang sekarang kan, berendoi pon nak berpelamin bagai. Heh. So, Aniq pon haruslah ada jugak. Memandangkan sentiasa nakkan yang murah, buat sendiri. DIY pelamin berendoi yang sangat senang mudah simple. Cantik tak cantik belakang kira. Yang penting penjimatan. Haha!



Nak warna putih je semua. Warna putih kan lawa? Bunga tisu harus, tak pernah lupa. Sebab murah. Kahkahkah. Memula ingat nak beli warna biru lepas tu tak jumpa paper crepe warna tu. Jenuh cari kat Sin Yin, SayangYou, Popular pon. Ha dah macam tu beli je lah warna purple dengan biru apa tah nama dia ni.

Baju nak warna purple kundang tapi along dengan Princess Quinn nak warna maroon. Lagipun takde lagi baju kenduri warn maroon. So, ok. Macam biasa selalu beli kain material yang sama je Cuma tempat beli kali ni kat Nagoya, Aeon Big Wangsa Maju. Murah! Tuan rumah, Angah dengan Syawal pakai warna peach. Lace beli dekat kedai biasa jugak, Kedai Bunga Reben Jalan Tar. Nak yang murah, beli yang lebihan tu je. Bukan guna banyak pon kan.


Awal-awal time cakap nak buat kenduri aku dah cakap dah kali ni nak pakai jubah. Asyik baju kurung je. Boring lah. Boring tahu tak boring? Muahaha. Jubah nak tiru Calaqisya je. Cheapskate taknak beli kat sana kan. Eh tapi padahal lebih kurang sama je. Dah kalau upah kemain mahal. Rasa macam nak terjun bangunan je stress kenapa upah jahit baju mahal sangat. Hish

Weee makanan! Aqiqah anak lelaki kambing 2 ekor. So 2 ekor kambing golek chuols Ya Allah sedapnya slurp slurppppp. Amik dekat Cik Laili. Kandang dia dekat AU1 tu je.  Eee makanan lain dah tak ingat lah apa benda. Yang ingat ayam golek time Along kahwin hari tu je. Air sedap. Sarsi & Ribena. Mmmm dap dap dap




Biskut butang yang dulu-dulu tu comel kan? Memula ingat nak bagi tu je sebab comel, baru lah nampak baby baby sikit nampak macam Aqiqah. Muahaha. Dah tu fikir leceh pulak nak bungkus sendiri satu-satu. Tukar plan. Bagi kacang yang pre-packed, air kotak dengan biskut bear coklat yang plastic warna biru tu. Bungkus dalam kertas pisang goreng. Siap! Diy doorgift senang je kot :p



Takde gambar yang ada nama Aniq pulak =='


Ni Aniq punya. Ada tambah tulis Aqiqah

Lebih untuk goodies tu DIY buat centrepiece. Belakang dia tu ada letak gambar. Kalau nama Quinn, gambar dia. Kalau nama Aniq, gambar Aniq lah!

Design simple simple macam ni, print & tampal atas doily paper. Lepas tu tampal pulak atas kertas posing goreng. Leceh sikit. Tapi senang je kalau dah buat ramai-ramai. Tapi sempat jugaklah berpeluh melap keringat yang tak seberapa ittewww

Aku paling gembira bila Mummy amik kumpulan marhaban rumah teres bawah ni. Kawan-kawan Cik Zah. Eh kumpulan Marhaban ke Qasidah eh? Best!! Siap ada tambourine marakas cing cing cing. Syawal demo siap macam orang zaman 60-an menari cha cha cha tu. Haha! Dap.  Bukan macam marhaban biasa yang selalu kita jumpa tu. Yang bukan baby je tidur, tah tah yang tua pon tertidur nanti ekekeke.










Photographer. Nak lah jugak amik photographer untuk capture moment-moment. Nak mengharapkan diri sendiri/orang lain macam hmmm hmmm. So, melalui FB Onald aku tengok page photographer yang dia like. Aku tapis tapis tapi tengok yang gambar lawa. Lepas tu baru lah pm/email. Dapat. Haziq Saharuddin wedding & portrait photography. Rezeki dapat dia. Isnin tu terus dia pergi Sabah dah mengajar. Tak duduk sini. Output ok, cantik. Recommended.










20150312

Online Seller


Hmmm hmmm sekarang ni siapa je yang tak pernah beli barang online kan. Yang tak berduit pon tetiba berduit time nak beli tu (aku lah tu kahkahkah).


Ada yang suka sis sis. Aku baca macam nak tersengih sengih. Ai is tak berapa gemar. Aku lagi gemar kalau aku=saya , seller aku tak panggil pape pon. Ha macam mana tu? Contoh : Nanti barang dah sampai saya bagitahu ye. Ha gitu. Aku takde lah cakap Nanti barang dah sampai saya bagitahu sis ye. Ermm ermmm tak pandai sangat! Huahuahua

Selalunya kalau orang yang berniaga online ni ramah je. Kalau tak ramaah pon mestilah buat-buat ramah kan. Pembeli mestilah nak merasa dikasihi disayangi dan dicintai. Amboi. Dah kalau jenis penjual yang tak puas hati sikit mula lah nak merempan marah-marah kat personal fb/ig siapa suka. Aku tengok pon rasa gerun. Rasa macam wtv lah kau. Banyak lagi orang lain yang jual benda yang sama macam kau jual. Ha kan dah tak ke rugi sorang bakal pembeli. Walaupun beli sikit je. Tapi rezeki chuols.

Aku? Well mesti lah pernah banyak kali beli barang online kan. Hahaha banyak ke? Ada lah. Hari tu sekali time nak beli sleepsuit untuk Aniq. Kan gambar tu dia takde tulis pon ada lagi ke sold out. Aku pon merajinkan lah diri ini untuk pm fb dia. FB orang ni famous. Murah lah jugak sleepsuit dia.

Macam biasa tanya ada lagi ke tak. Sekali dia balas sold out. Ok. Terpaksa cari penjual lain sebab nak cepat. Kesian Aniq takde baju saiz newborn. Hari tu mummy lah suruh angah beli baju besar-besar sekalinya Aniq kecikkkk je. Yang Angah pon takde beli baju newborn -_-‘

Time Hanan nak beli jugak sleepsuit. Berkenan dengan satu pek tu corak dia comel-comel. Biasalah dah kalau baju perempuan mestilah comel-comel sampai rasa nak beli semua. Duit dalam poket ada berapa pon dah tak heran dah. Hehehe. Aku pon pm lah orang tu lagi. Sekali dia balas amboi aku rasa macam sombongnya dikau. Nak berniaga ke tak nak. Sebab corak dia cantik je aku beli.& murah. Kalau tak, takdenyaaaaaa!

Semalam jadi lagi! Nak beli benda lain pulak. Dia tak berapa update blog. Tapi harga murah. Yang dia tunjuk tu harga promo CNY. Tapi nak yang set tu. So aku pun tanya lah guna WhatsApp. Cakap lah aku berminat barang dia tu, tanya dah ada perubahan harga ke. Dah lama kan. Raya Cina bila masa pulak. Takkan promo tu ada lagi.

Dia balas satu je. Tu bukan ______ (jenama) . Padahal sama je. Company tu dah bergabung ke jual ke macam mana tah. Aku pon balas lah bagi jenama yang betul-betul macam dia nak. Tanya harga lagi. Dia balas promo dah habis. Dah kembali kepada harga asal. Siap bagitahu tinggal berapa unit je lagi. Aku tanya harga lagi. Dah kalau tak bagitahu harga asal. Mana aku nak tahu harga dia. Dah lepas tu tetiba dia balas suruh aku tengok kat blog dia. Apa kejadahnya dah kalau dia takde update pape. Nak suruh aku tengok harga apa lagi! Eh geram pulak.

Dahtu kemain mengajar aku suruh aku baca review bagai cakap kalau dia bagi lain apa yang kita harapkan susah dia kena maki sokmo. Lol. Lol sangat! Aku beli apa-apa pon aku baca review dulu okay.

Ha lepas tu aku reply :

  1.   Saya nak set yang takde (item) . Sebab tu tanya yang set ni. Saya tak kisah ada perubahan harga. Tapi bila tanya kemain jawapan. Berlagak kan
  2. Sebab saya dah baca banyak review lah saya nak beli. Dah kalau seller kemain menyombong,. Takpe, banyak lagi orang lain yang jual. Siap nak marah. Kbai 


PUAS HATI AKU! KAHKAHKAH. 
Nak block aku kat whatsapp pon, blocklah. Ada aku kesah? Heheh