20130527

020313 - Reception

2 Mac 2013, hari Sabtu. Angah bersanding. Angah kahwin kali ni pon sama hari macam masa Farahain hari tu. Buat kenduri hari Sabtu sebab senang kalau tu hari Ahad boleh rehat. Takdelah hari ni kenduri esok dah kena kerja kan. Walaupun mestilah amik cuti. Sedara-mara pon boleh pilih nak balik hari apa. Sabtu tu ataupun hari Ahad.

:: :) ::


Make up untuk hari sanding, Faressa yang make up. Dia ni sepupu Maria Elena yang make up Maria Elena waktu tunang, nikah & sanding. Oh, sebenarnya dapat tahu dia ni daripada blog Peej. Sebab dia make up Peej masa kahwin tahun lepas. Make up lawa. Me loike :D



Pukul 12.30 dah sanding. Memang dari awal dah rancang nak sanding pukul 12.30 sebab masa tu paling sesuai. Orang tengah ramai & takdelah clash dengan azan kalau berarak pon. Kan ada kompang. Kang tengah berkepak kepung tetiba azan dah macam mano. Kalau tunggu lepas azan, dah pukul berapa pulak baru nak sanding. Tak ke dah lambat.






Kompang Sri Cahaya. Sebelum kenduri punya lah susah nak cari orang kompang. Ada yang mahal lah, dah booked dgn orang lain lah. Yang ni je yang ada. Kawan along angah, Ain  punya sedara ke apa tah. Okay, best. Diorang main lama, siap ada silat. Serious berbaloi dengan harga. 



Untuk lauk pengantin, berapa orang tah yang masak. Yang aku tahu, Cik Mira jadi ketua masak. Lauk apa tah yang diorang masak. Takde lah pulak menengok. Yang tahu, diorang ada buat air kedondong asam boi. Lauk kenduri upah Cik Piee. Lauk semua sedap. Makanan hari kenduri :

Nasi minyak
Nasi putih
Kari lembu
Kari kambing
Nangka masak lemak
Ayam goreng tepung
Acar timun
Buah oren
Air sirap + oren
Bubur pulut hitam
Tambahan : Laksa



Doorgift pulak bagi muffin. Muffin coklat & muffin blueberi. Memula ingat nak tempah kat Gardenia. Tapi kecik. Lagipun tak sedap. Tempah kat orang ni, sedap yang amat! Nyom nyom. Ramai puji. Dah lah besar gedabak. Serious tak sangka. Kek kahwin pon tempah sekali dengan orang tu. Ada yg kat sorang tu, dah lah kecik. Harga sama dengan yang orang ni. Mahal!!





And... Terima kasih bebanyak kat jiran-jiran penduduk kat sini yang banyak tolong. Kalau diorang takde, macam mana lah kan. Dah lah masak sendiri. Lagi satu, kalau buat kenduri masak sendiri jadi meriah! Diorang semua gotong-royong tolong masak. Potong bawang sambil sok sek sok sek kannnnn. Hahaha ;)


:: Kemain semuaaaa!! Gambar perempuan je ada :/ ::

Paling terima kasih kat Cik Arah & Cik Laili yang paling banyak tolong sepanjang majlis. Hari-hari tidur lambat. Cik Cah jugak yang sampai ambil cuti semata-mata untuk kenduri. Cik Nor yang tak berniaga. Cik Su tinggalkan anak jaga kat rumah suruh anak dia jaga anak mengasuh. Lain-lain jugak. Terima kasih bebanyak!! :D


Sikit gambar masa majlis hari tu. Tak banyak pon. Kbai!!











20130525

1313 - Nikah

Nikah? Siapa nikah? Uhuk uhuk. Oh, 1 Mac 2013 angah kahwin. Ramai yang kahwin tarikh tu kan. Sebab tarikh cantik. 1313.

Haa, bulan 8 kang along pulak kahwin. Last kenduri kahwin. Yang bulan 8 kang special sikit. Orang dia yang special. Unik. Paling besar, gemuk, berat. Wakakaka!! Kemain, siap pakai Felinna nak kempiskan perut yang buncit. Takut tak muat baju lettuww. HAHAHAHA.

So, 1 Mac 2013 Noorfaradila binti Basir sudah nikah dengan Muhammad Syawal bin Mahidin. Hamboih, kemain! Siap nama penuh ha kau aku taip :B


Nikah buat pada hari Jumaat. Angah nikah kat Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Akad nikah buat lepas asar.  Tak macam Farahain hari tu, pepagi dah tercongok depan masjid nak nikah. Tapi buat petang pon sebab family Syawal dari Pahang. Jauh kan. Kalau pagi, macam leceh sikit.

Dalam pukul 3 kot, kawan angah dah datang nak make up. Nama dia Yunn rasanya. Owner  kedai online Uniquestyle Muslimah. Tapi... aku tak berkenan sangat make up dia. Huahuahua. Tebal. Padahal dah cakap nak simple + tak tebal. Tapi sekalinya... Tang mata tu paling! Haih, kala RCW uols. Kahkahkah.


:: Ni haaa. Tengok tang mata. Dah lah pakai shawl bulat ahahaha ::

Nikah lepas asar. Kalau tu sepatutnya sebelum azan dah pergi. Sekalinya dah azan pon kat rumah lagi. Tak ke kelam kabut semua orang. Nak jalan pergi kereta pon kemain laju berjalan. Kelajuan mengalahkan Usain Bolt berlari :p


Lebih kurang pukul 5.30 kot baru masuk dalam masjid untuk akad nikah. Blablabla. Pergh, kemain lama ustaz ni berceramah. Aku dah tertunggu-tunggu bilanya nak akad ni woi?!  Macam aku pulak yang nak kahwin kan. Haha. Dia dah takde nak nikahkan orang ke lepas tu? Lama benor. Hadoi.






5.45 +- barulah akad. Imam adalah imam yang sama nikahkan Farahain hari tu. Aku ingat 10 kali akad baru sah, ghopenya sekali je dah sah. Alaaa, biasa sangat doh sekali je lafaz akad nikah. Lulz. Ramai sangat dah yang nikah sekali lafaz je. Boring. Ahahahaha.



Dah selesai nikah, ambil gambar sesikit & balik! Balik tu ada jamuan sikit untuk rombongan lelaki. Nasi putih, hati+pedal masak ungkep, kacang panjang, ikan goreng, sambal udang, ape benda tah lagi. Tak ingat...









The hantaranssss. Hahahaha. Dedua aku buat, macam tak percaya chuolsss! Haha tipu je. Buat sesama lah. Dah hantaran simple gila gila gila memang lah boleh buat kan. Cuba yang susah siap bunga segar tu. Hmmm. Hantaran DIY guna paper crepe buat bunga tisu. Aku rasa lawa. Lalalalala~

:: putih daripada Syawal, purple daripada angah :) ::



Okay, next! Esok-esok lah pulak. Bai ;)



20130523

SASA oh SASA

Hamagatz dah lama tak update blog!! Wahaha poyo gilo nak cakap macam tu. Bebajet je wehhhhh. Taip maksud aku :b

SASA? Amende tu weh? Sejenis ubat untuk kuruskan badan ke? Lolzz. Macam orang tak tahu kan kedai jual barang gedik. Muehehe. Adoi, yang jual barang kecantikan hape semua tu. Apaaaaa?!! Macam tak percaya tetiba aku cakap pasal kedai jenis macam tu. Uhuk uhuk.

Oh ye ye. Cerita ni dah lama. Harap maklum.

:: Selingan. Gambo Fayyadh Dinie kacau Bab ni haaa. Nak terbukak headphone tu dah. Hahahahaha ::

Hari tu punya hari tu. Dah lama dah... Bulan 2 ke bulan 1 tah. Ni dah bulan berapa pulak kan. Bulan 5! Kalau dah aku makan semut macam makan cornflakes memang lah lupa bilanya oi. Haha tetiba. WTV lah. Tak kesah lah bebila pon.

Hmm masa tu pergii JJ Wangsa Maju. Masa lalu depan Sasa tu ternampak promo beli mask 4+1 @ RM11. Wuish, benda murah. Haruslah menggeletis nak beli. Ahahaha. Dah selalu harga sepeket yang ada sekeping je tu pon paling murah aku pernah jumpa RM5. Mestilah excited.

Tapi... sobs.. sobs.. Sebab terlampau excited kot, tetiba aku rasa macam orang bodoh kat situ. Huwarghhh. Eii geram dengan diri sendiri. Tapi lagi geram dengan SA kedai tu. Haktuih!!

Kat situ ada eye mask dengan face mask. Ada lah 3-4 jenama. Aku pon amik lah 2-2 jenis. Face mask + eye mask. Sekali SA dia cakap kena beli 1 jenis je. Kalau beli face mask, semua face mask. Kalau eye mask pon cenggitu. 

Aku ikut okay. Aku ikut apa dia cakap. Aku pon amik eye mask semua. Konon nak pakai untuk hilangkan dark circle. Bukan hilang mata. Lolololol. Tak lawak pon -__________-'

Sekalinya bila nak bayar dia cakap 'Ni satu RM5. Beli 3, RM10.' Aik? Bukan 5 @ RM11. Tapi kenapa tah aku pon bayar je lah. Letak eye mask tu kat tempat dia. Dah kata aku amik 5. Bayar 3 je.


Esok ke lusanya tah.. Pergi Mid Valley. Masuk Sasa lagi. Tak serik-serik uols. Hahaha. Kemain siap tanya SA dia. Dia cakap boleh campur & memang 5 @ RM11. Tak ke menyirap!. Aku pon gatal beli lagi 5. Tapi semua face mask. Muehehe. Kbai!

:: Kemain siap tulis nama. Takut along / angah amik :b ::

Later!

SABAR SABAR SAAABAAAAARRRRRRR!!
:D



                                                                                                   Majlis perkahwinan Noorfaradila binti Basir
                      &  Muhammad Syawal bin Mahidin :)