20120726

Program Latihan Khidmat Negara


PLKN! Yeee aku sangat excited sebenarnya. Err. Aku suka sebenarnya tengok orang yang dapat masuk PLKN sebab aktiviti dia semuanya best-best! Kalau dapat yang jauh macam Sabah Sarawak lagi best. Pengalaman katanya. Ceh. Aku dah macam eh nak masuk PLKN. Mintak-mintak lah dapat nanti aku form 5. Haa, cenggitu lah.

Lepas tu.. Hari ni macam biasa lah. Aku balik sekolah kalau tak on laptop tak sah. On twitter. Sekali kecoh ramai yang cakap pasal PLKN. Ok, dah boleh cek. Aku pon terus bukak web PLKN nak cek. Sekali, lambat bebenor web tu loading. Nampak sangat ramai yang tak sabar nak cek dapat ke tak kan. Termasuk aku sekali.

Dah lambat sangat web tu load, aku terus cari beg sekolah laju-laju sebab nak ambil phone. Cek PLKN guna sms. Terus tekan PLKN jarak SEMAK jarak Nombor I/c . Tett Tett. Maaf! bla bla tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 10/2013.

Hoi, aku sedih kot. Aku dah macam nak masuk nak masuk PLKN. Tengok kat Twitter ramai yang tak dapat. Amy dapat. Abu text aku, dia cakap dia dapat. Aku jealous dengan Abu. Lepas tu dia marah cakap aku perli dia. Haihh, betul kot aku jealous. Seronok en en en masuk PLKN.

Dah tu, aku tak puas hati lagi. Aku check lagi sekali tapi kali ni guna web pulak. Kot-kot sms tu tipu kan. Bukak dekat link ni http://apps3.mod.gov.my/terpilih.html , sekali haaa hamek kau. DAPAT! Yang aku cek tak dapat tu sebab tersalah tekan nombor I/c. Hahahaha



Tetiba teringat. Angah kahwin bulan 2! Siri 10/2013 ni mesti sampai bulan 3 kan? Dah tu nanti Angah kahwin macam mana? Aaaaa. Dah rasa macam kenapa lah aku dapat. Aku dalam hati dari awal lagi dah kalau lah dapat PLKN nak yang sesi pertengahan tu. Eh, ada ke? Sebab bulan 2 Angah kahwin. Bulan 8 Along pulak kahwin. So, kalau yang sesi yang tengah-tengah tu waktu diorang kahwin, aku ada!!

TAKDE MOOD TETIBA. Eceh :p Babai T__________________________T

Siapa suruh tak nak aktif koko. Padan muka



20120725

Bazar Ramadhan Setiawangsa

Ni hari Ahad hari tu. Hari ke-2 puasa di bulan Ramadhan. Nak lagi sedap menyebutnya ROMADHON. Tak lawak pun -,-

Hari Ahad hari tu ai nak makan karipap. Tu alasan je. Sebenarnya saja nak keluar pergi jalan-jalan tu yang sampai ke bazar tu. Mula-mula ingat nak pergi bazar dekat Keramat Permai lepas tu rasa macam eh kat Setiawangsa pon ada jugak. Baik aku pergi sana. Pulak tu katanya hari Isnin esoknya keputusan boleh berniaga lagi ke tak kat situ. So, haruslah aku pergi kot-kot esoknya dah takde. Hahaha

Dulu bazar Setiawangsa dekat belakang sekolah rendah. Tapi tahun lepas dah takde dah sebab apa tah. Tiba-tiba tahun ni ada balik. Lepas tu siapa ada kontroversi lagi. Orang puncak lah ni. Pergi report dekat DBKL, tu yang kecoh tu. Tapi keputusannya diorang boleh berniaga lagi. Eh? Kan? Hahaha tak tahu buat-buat tahu -_____-'


Hoi, serious ramai orang dekat bazar. Aku yang naik motor ni dari jauh tengok perghh padat macam milo!. Aku parking jauh sikit daripada bazar. Jauh sikit? 100 meter jauh ke tak? Lol lol lol. Padahal dekat depan bazar tu dah ada parking untuk motor kot. Ahh, memang lah ada parking tapi semuanya dah penuh dengan motor orang lain. Lagipun aku bukannya pandai sangat nak menyelit-nyelit ni. Kesian T_T

:: Siapa ada Rela jaga uols ::




Bazar ni betul-betul depan pagar sekolah rendah. Kau dapat bayangkan tak kesesakan yang akan terjadi bila hari sekolah? Bazar ni depan Centrum Setiawangsa jugak. Depan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang Datuk Jamal punya tu. Btw, dia tu nampak sangat nak jadi ahli politik -,-



Yang tetiba aku ni cakap pasal ahli politik bagai ni kenapa? Aku jalan 1 bazar tu saja nak tengok-tengok apa yang menarik. Nasib baik satu pusingan je tau. Ce kalau 3 4  5 kali, mau pengsan kat tengah-tengah bazar tu. Auta je. Aku tengok kedai yang ada banyak orang nak beli dah semestinya kedai jual tepung pelita. Ha nasib lah jumpa kuih ni masa bulan puasa je. Kalau bulan lain jaranggggg sangat kan.


:: Orang beratur sampai ke belakang sana tu ::


Lepas tu kedai jual murtabak pon ramai. Siap beratur panjang-panjang lagi. Aku ada dengar orang tu cakap 'Asal kedai murtabak je beratur, asal beratur je mesti kedai murtabak'. Nampak benor feberet ramai orang. Yang satu kedai tu murtabak dia dah lah tebal, jual murah pulak tu. RM 2 je satu, mana nya orang tak beratur panjang-panjang kan. Sanggup sebab nak beli murtabak yang berbaloi-baloi harganya. 

Yang ni aku tak pernah jumpa lagi. First time katanya. Asam pedas claypot. Kita pilih nak ikan apa, yang mana baru dia masak. Ramai jugak orang yang beli kat kedai ni. Aku bau dari tepi pon macam fuhh bau dia memang masam!




Hasil pembaziran di bazar ramadhan Setiawangsa, aku beli karipap RM 2 je. Kah kah kah. Itu je? Karipap dia murah je RM 1 dapat 3. Sekarang mana nak jumpa dah orang jual kuih murah cenggitu, kalau tu mesti 5 RM 2. Karipap kat kedai ni pon laku jugak. Masa aku beli tu kosong bekas dia. Ada karipap sardin je dia baru goreng. Masa tu dia tengah goreng karipap ayam. Kalau nak merasa karipap yang lain, kena tunggu berapa lama tah.


:: Yang dalam bekas kuning yang tinggi tu semua dah habis. Serious laku :o ::

Gambar-gambar yang aku ambil ni semuanya ambil senyap-senyap. Pandai tak aku ambil gambar? Tetiba rasa macam aku ni berkebolehan nak jadi spy lah pulak. Hahaha. Aku letak phone dekat dagu konon saja pegang cenggitu. Padahal... Bila balik tengok gambar, tengok-tengok eh eh eh eh ada Cik Cah dengan Ila dalam gambar.


BABAI ;)




20120711

Jalan-jalan tak ada kerja

Hari Sabtu hari tu angah keluar dengan Syawal pergi Jalan TAR. Aku tinggal. Kisah yang sedih. Lepastu aku text aku nak datang. Sanggup okay aku naik motor sampai Setiawangsa lepas tu naik tren sampai Masjid Jamek. Apahal gigih sangat aku ni? Tak sangka tak sangka.

Sampai sana jumpa dekat Semua House. Minum jap. Lepas tu baru tawaf berapa puluh kali tah Jalan TAR tu. Tapi satu je masalah sekarang ni, apahal berat aku tak turun jugak?! Wakakakaka. Ada hati. Lol :b

Pusing cari baju Angah je okay. Mula-mula aku ingat nak beli kain untuk buat baju raya tapi hmm tak ada yang berkenan pon. Ingat nak beli kain saree lepas tu macam tak elok pulak kain dia. Mungkin aku tengok tu yang murah. Aku kan kedekut, nak yang murah je. So, mungkin untuk raya kali ni aku pakai baju lama je. Uwaaa T______T

Aku ni memang tak sedar yang SPM dah nak dekat. Hari Ahad tu keluar lagi. Berjalan lagi. Bersuka-ria lagi. Hari Ahad keluar pergi Ikea dengan Along, Angah, Syawal. Keluar daripada pagi sampai lah ke petang. Eh, takde lah pagi pon. Tipu je tu. Pergi pukul 11.30 padahal. Sampai Ikea terus ngap ngap ngap. Makannn!






Dah kenyang baru lah boleh jalan-jalan satu Ikea tu. Dalam poket ada berapa ringgit je, takde lah nak shopping pon. Sedih tak sedih tak cerita aku ni? Bak seringgit derma kat aku ;D Ada beli berapa barang je pon konon untuk kenduri kahwin akan datang. Cehh. Balik tu beli karipap 1/2 dozen panas panas. Eh, sebelum balik pergi Padini dengan Cotton On The Curve jap lepas tu balik.


Takda maknanya nak balik. Balik dari Ikea tu terus pergi Carrefour jap. Angah nak cari baju dia lagi!! Lepas dah dapat baju, pergi JJ Wangsa Maju pulak. Along nak beli shades. Poyo je. Konon nak pergi pantai kena lah pakai shades. Haktuihh :b Untunglah pergi Krabi kan kan kan. Babai 



20120710

E-day Along

 Sebelum ni cerita pasal cerekarama 3 minggu lepas. Eh, cerekarama? Haha, bengong. Kali ni cerita pasal E-day Along yang dah 2 minggu berlalu. 2 minggu okay 2 minggu. Tak tahu 2 minggu berapa hari? Masuk sekolah rendah lah kau :b

Along bertunang 30 Jun 2012 iaitu hari Sabtu. Hari Sabtu tu sepatutnya aku sekolah ada motivasi ke apa tah. Macam best and aku dah tentunya nak pergi. Eceh. Tapi aku idok le pergi sekolah. Aku kan lebih pentingkan family ? Hahahaha

Hari Rabu along dah start cuti. Kemas rumah, beli barang dengan mak apa semua. Hari Khamis pon keluar beli barang lagi. Macam tak faham sikit. Barang apa yang tak cukup-cukup lagi ni? Balik sekolah hari Khamis tu takde orang kat rumah. Sedih iols. Nyampah :c HAHAHAHAHAHAHA

Sabtu majlis. So, hari Jumaat tu dah mula lah orang nak masak apa semua bagai. Ye, masak sendiri lagi lagi lagi dan lagi. Mengerah tenaga jiran-jiran je kerjanya :/ Hari Jumaat Angah pon cuti jugak. Hari Jumaat tu pon beli barang lagi! Blerghhhh.

Tengah hari tu diorang yang tolong masak ni makan udang besarrr masak sambal, hati+pedal ayam masak kicap, ikan goreng, masak lemak labu, ikan masin. Tu je kot. Kitorang yang kat rumah pon makan tu jugak. Diorang masak sama-sama dan makan pon sama-sama. Tapi takde lah adegan suap-menyuap ni. Hoho



 

 

 

 

 Dah penuh perut siap sendawa kuat gila diorang pon sambung balik buat kerja. Basuh ayam, goreng ayam, masak kari. Tu je kot. Tah, diorang buat kerja sampai malam pulak. Banyak kerjanya. Goreng papadom, buat bubur gandum, ayam yang dah goreng masak sambal. Eh, aku pon tak tahu sangat :/

 

 

Malam tu kakak baru sampai. Along angah keluar beli bunga untuk tepak sireh dengan buah sebab terlupa nak beli. Padahal dah keluar pergi pasaraya berpuluh-puluh kali, boleh pulak terlupa nak beli buah. Dah keluar pergi JJ.

:: Beli bunga 6 kuntum je. Dah esok pagi tu pergi lagi keluar mencari bunga ::


Eh, kakak sampai lepas tu buat pelamin mini. Eceh, nak ada jugak. Iyolah, senang nanti nak ambil gambar macam lawa sikit. Takde lah duduk kat lantai belakang dinding takpun belakang langsir raya 3 tahun yang lepas. Hahahaha, over tau :b

:: Before. Kerusi yang lain angkat bawak naik rumah atas ::

:: After. Hitam legam. Gelap betul gambar ni. Lupa nak pasang lampu ::


Hari Sabtu tu birthday mak jugak. Maknanya Along bertunang masa birthday mak. Jumaat malam Sabtu tu dah pukul 12 pon diorang buat kerja lagi kat luar. Kitorang pon (aku, Along, Angah, Kakak & Kak Deq) buat surprise. Heheheh. Bawak kek keluar sambil nyanyi lagu birthday. Yang jiran-jiran dah pandang je macam eh eh eh. Lol




Hari Sabtu semua sibuk tunggu giliran nak mandi. Biasalah... Pukul 7 lebih Ucu dah sampai dari Melaka. Pukul 5 lebih dari sana katanya. Kalau tak mula-mula Ucu tak boleh datang sebab ada Hari Keluarga kat kem. Tapi dah tunda, tu yang Ucu boleh datang. Kalau tak, siapa lah nak masak nasi. 

Pukul 9 lebih kawan along angah dah sampai. Awal betul! Diorang duduk je lah dalam bilik. Yang lain ni sibuk buat apa pon aku tak tahu. Aku sendiri, aku buat apa pon aku tak tahu. Bengong. Oh, aku ada keluar pergi JJ jap nak beli lapik untuk letak hantaran. Penat aku berlari dari parking masuk dalam JJ. Aku lari? Kah kah kah



:: Dengan sepupu dan anak sedara yang kecil comel alolololo ::

Dah siap apa semua. Dalam pukul 12 orang dah datang. Family diorang duduk je kat khemah. Jiran-jiran bersembang, ada yang balik tukar baju. Lepas tu tiba-tiba...

Menantu Pak Long nak beranak! Sejarah betul okayy. Hari orang nak bertunang time-time tu jugak lah ada orang nak beranak. Dia duduk kat khemah. Dah kelam kabut semua orang. Macam lawak pon ada time tu. Diorang ramai suruh dia tukar pakai kain batik, minum air selusuh tah apa tah lagi.

:: Masa ni ambulans tak sampai lagi. Tu tengah minum air selusuh lah tu ::

:: Nurse tengah check ::

:: Dah siap check apa semua baru dia bawak naik ambulans nak pergi hospital ::


Ambulans gila lambat! Sekali bila rombongan belah lelaki sampai, ambulans pon sampai. Dah diorang tak tahu nak menyambut siapa. Nak sambut rombongan ke sambut ambulans? Hahahaha. Yang rombongan dah masuk dalam, yang kat luar tengok lagi yang nak beranak tu. Nurse cek apa semua dulu baru bawak pergi hospital. 

Masa berbincang tu aku duduk luar. Lepas tu masuk, tengok dari  pintu je lah. Ambil gambar sikit tapi tu pon alahai tak nampak. Gambar memang kena tunggu daripada OP je lah. Hantaran perempuan tema hijau pink, lelaki biru putih. Hantaran 9 balas 7 sajorkk.

:: Wakil belah lelaki diorang bawak ketua kampung. Orang Melaka memang adat macam tu katanya. So, belah kitorang pun wakil guna lah ketua penduduk iaitu Cik Isa dibantu oleh Cik Anas. ::

Kan aku duduk luar lepas tu macam masuk tengok sekejap lepas tu keluar balik lepas tu masuk. Sekali lepas tu bila aku masuk dah nak sarung cincin. Tepat pada masanya tu. Aku pon ambil lah gambar dari jauh. Sobs, ai kan gemuk tak boleh nak menyelit ke depan nak ambil gambar. Sedihnyaaa T_T Haha



:: Ni Rahman dah masuk, ambil lah gambar sesama ::

:: Dua-dua parents. Kiri parents lelaki, kanan perempuan ::

:: Siblings. Kenapa aku duduk macam tu T_T ::

:: Dengan cousin 2 orang yang banyak membantu ni haa. Heheheh ::

:: Along dengan hantaran dua-dua belah ::


:: Kek daripada belah lelaki. Belah perempuan bagi cupcakes ::

Dah habis majlis baru lah kitorang semua ni makan. Makanan hari tu nasi tomato, ayam masak merah, kari daging, acar, buah tembikai, air hijau, bubur gandum dengan durian. Burbur gandum favourite semua orang. Laju je orang makan bubur tu. Aku dah malam tu baru rasa lepas panaskan. Second trip, Ucu masak nasi minyak untuk bagi orang yang bekerja. Dengan lauknya lah. Takkan bagi nasi je -,-  Aku tak rasa nasi tomato, makan nasi minyak je. Sedap gilaa!