20100813

sekolah

JADUAL ANJAL. yup, memang betul sehari satu subjek aku err maksud aku satu kelas oh mungkin semua form 3 kena menghadap muka cikgu tu sejam ataupon sejam lebih. kalau bukan sejam tak sah namanya, lebih afdhal 2 jam tapi takde subjek yang 2 jam =.="

setiap hari, bukan setiap minggu mesti ada cikgu yang tak datang sekolah. maknanya sehari ada 3 subjek je tapi ada 8 masa. kalau sorang cikgu tak datang dah masa terbuang macam tu je. aku ni dahlah memang pemalas sejak azali, bila cikgu takde nasib baik tangan aku rajin secara tiba-tiba nak buat latihan. bagus!

cikgu bagi banyak kertas untuk buat latihan itu ini itu ini balik. boleh buat masa cikgu relief masuk.  math ada 6 model soalan tapi kertas 2 je yang aku buat sebab best. geo dah siap satu modul yang tebal lepas tu dapat lagi tadi. percuma ke duit sekolah. tapi mak bapak dah bayar yuran sekolah, PIBG semua tu. tak kesah lah ;D

semalam, bm 3 masa tapi cikgu tak datang. hari ni pulak math 3 masa, cikgu tak datang. hari jumaat minggu lepas lagi best, ada 8 masa tapi 2 masa je yang belajar. lagi 6 masa suka hati kau lah nak buat apa pon. ada aku kesah ? <------ agak keji di situ ;p

trial dah nak dekat, aku malas ke rajin ke kena jugak buat latihan.minggu depan dah start trial. ada BERani ?

post seterusnya,

20100809

BORING!
ERRRR =.="

20100804

semalam

semalam punya semalam dan semalam. ada aku kesah ;p kesah ha, takde siapa pon yang kesah. aku je yang urat kecoh terlebih. adoi, rosak. semua saraf aku dah tak betul sebab tu agak tidak boleh blah bila menaip kan. kalau bercakap lagi lah. haih~

::nak aiskrim::

semalam pergi rumah makcik yang bernama farah ajerah tapi dipanggil dengan nama glamour aje. glamour ke? nak termuntah aku menaip, kah kah kah. tak lawak pon. cuba serius :|

semalam punyalah. makcik tu nak merasa nasi goreng aku, aku kan pandai bab masak-memasak ni. masuk pertandingan memang juara. semua orang jeles dengan aku, bila lalu sebelah je nak jeling. takpe-takpe, aku faham perasaan dengki kau, kau dan kau. sila pergi tandas untuk menegeluarkan muntah anda ;p

tapi weh, sedap nasi goreng tu. masak sama-sama dengan azreen dengan aje, ditambah pula dengan perasaan penuh kasih-sayang memang bertambah sedap nasi goreng tu. nasi goreng takde nama sebab nak buat nasi goreng ayam tapi takde ayam. buat lah nasi goreng macam biasa.


eh, letak sotong dengan udang. udang dia, perghh tengah menaip pon rasa macam nak meleleh-leleh air liur aku teringat. manis je kot udang dia. macak nasi goreng letak sos tiram, azreen yang letak tapi sedap sampai menangis sebab pedas. cili api bukannya banyak pon tapi saje nak feeling terharu ;D



post seterusnya,

20100801

ogos


yaww. eh, assalamualaikum ;D

hari ni agak nak menjadi seorang yang berbudi bahasa sikit. sebelum ni takde budi bahasa (?) sama sahaja tapi saje nak mula dengan assalamualaikum. tak jawab dosa, aku tak tahu ;p

hari ni hari ahad ataupon dalam kata lain hari minggu yang sedap kalau tidur bangun lewat tapi boleh jugak kalau tak bangun terus. hari ni dah 1 ogos atau dalam kata lain hari pertama bulan ogos dalam kalendar masihi. bukan masih jelas macam lagu hafiz af7. aku tak suka dia =.="

bulan 8 maknanya bulan ogos.eh, bulan kelapan dalam kalendar masihi. lagi berapa puluh hari je nak PMR. tapi aku masih lagi online menghadap laptop, duduk bersandar dalam bilik bawah angin kipas siling yang sejuk. arghh, mendamaikan xD

apa yang aku tak suka bulan 8 ni ;

jadual anjal dah start. pj, seni, sivik dah takde. belajar subjek teras sampai badan aku jadi keras. setiap hari mesti ada subjek yang kena belajar 3 masa / 1++ jam. menghadap muka cikgu yang sama + belajar dengan buat latihan sampai aku rasa nak termuntah. tapi cikgu fedulik hape pasal aku kan. T____T

percubaan time awal puasa. dugaan betul, dah lah puasa kena jawab soalan yang susah pulak tu kan. memang terseksa jiwa raga aku ;p percubaan dah lah penting keputusan dia tapi soalan memang super duper susah. 

aku kena bersedia untuk percubaan yang susah dengan PMR yang sedang kot. tapi orang lain dah bersedia aku belum bersedia lagi. haih, lambat macam siput. penyakit malas aku melekat lagi. aku kena bersedia, maksud aku baca buku yang ada sampai terkoyak. baru nampak yang aku belajar. LOL

apa yang aku suka bulan 8 ;

PUASA. ngeh, bulan puasa best sebab banyak makanan. maksud aku apa makanan yang aku nak time sekarang ni susah nak jumpa tapi bila bulan puasa  berlambak jual kat bazar ramadhan sampai tak tahu nak pilih beli kat kedai yang mana. fenin kot


bulan 8. haih, aku kena belajar lah sebab percubaan dah berlari-lari anak datang kat aku. tapi, aku tak boleh lari. aku nak dapat keputusan yang cemerlang tak nak yang ok je. ok, bye. aku nak pegy baca buku =.="

post seterusnya,